Macam Mana Industri Travel Berfungsi?
Hari ni nak bercoloteh panjang lebar sikit dengan tajuk atas nie.. Kenapa aku buat tajuk ni? Sebab ramai new comer masuk Industri tak faham macam mana industri ini berfungsi. Masuk bawak modal RM300k, Lepas siap semua pendaftaran syarikat dan dapat lesen MOTAC. Income masih tak berjaya di hasilkan. Selepas setahun masih krik.. krik.. Masuk tahun kedua modal dah habis bayar staff admin yang tak tahu buat kerja dan bayar sewa pejabat.
So tolong baca slow-slow dan dan hadam satu-satu.. Post ini boleh menyelamatkan duit modal korang dari hangus terbakar.. Ayuh mulakann..
Kalau kita nak pergi bercuti, biasanya kita cuma fikir nak pergi mana, berapa harga tiket flight, nak duduk hotel mana dan berapa bajet yang perlu disediakan.
Kita pilih destinasi, booking tiket, tempah hotel dan tunggu hari nak berangkat. Betul?
Tapi pernah tak korang terfikir macam mana semua benda ni boleh berlaku?
Macam mana satu travel agency boleh jual pakej ke luar negara? Siapa yang uruskan hotel, pengangkutan dan tour guide di destinasi? Dari mana travel agency dapat harga pakej? Dan sebenarnya, siapa yang terlibat dalam satu perjalanan yang kita beli tu?
Sebenarnya, industri travel ni jauh lebih besar daripada apa yang kita nampak sebagai seorang pelanggan. Jadi aku nak bawak korang menyelam ke laut dalam sekejap pasal industri travel nie..
Sebagai orang yang dah lebih 17 tahun berkecimpung dalam industri travel. Sepanjang tempoh tu, aku belajar bahawa untuk memahami bisnes travel, kita kena faham dulu bagaimana industri ni berfungsi. ya.. Ini starting point dia..
Kalau kurang jelas meh aku share satu-satu..
#1. Industri Travel Bukan Sekadar Travel Agency
Bila sebut industri travel, ramai orang terus terbayang travel agency yang menjual pakej percutian.Hakikatnya, travel agency cuma salah satu bahagian dalam industri ni.
Cuba bayangkan satu keluarga dari Malaysia nak pergi bercuti ke Jepun selama tujuh hari.
Mereka perlukan tiket penerbangan, hotel, pengangkutan, makanan, aktiviti dan mungkin tour guide. Setiap keperluan tu boleh melibatkan syarikat yang berbeza.
– Airline menyediakan pengangkutan udara.
– Hotel menyediakan penginapan.
– Transport operator menguruskan pengangkutan darat.
– Tour operator menyusun dan menggabungkan pelbagai komponen menjadi pakej.
– Travel agency membantu menjual produk atau menguruskan perjalanan pelanggan.
– DMC (Destination Management Company) menguruskan keperluan darat di destinasi tertentu.
– Online Travel Agency (OTA) seperti platform tempahan dalam talian menghubungkan pelanggan dengan penyedia produk travel.
Selain itu, ada juga syarikat insurans perjalanan, penyedia sistem tempahan, payment gateway dan pelbagai perniagaan lain yang menyokong industri ini.
Maksudnya, apabila seseorang membeli satu pakej percutian, dia mungkin sedang menggunakan perkhidmatan daripada beberapa syarikat yang berbeza tanpa menyedarinya.
Clear? Ok So persoalan muncul…
#2. Siapa Sebenarnya Menjual Travel Package?
Ini part yang menarik.
Katakan sebuah travel agency di Malaysia nak menjual pakej percutian ke China. Travel agency tersebut mungkin tidak mempunyai bas sendiri di China, tidak memiliki hotel dan tidak menggaji tour guide di sana. Tak..
Jadi, bagaimana mereka boleh menjual pakej tersebut?
Jawapannya ialah melalui rangkaian supplier dan rakan niaga.
Contohnya, travel agency boleh mendapatkan harga hotel daripada pembekal, mengatur pengangkutan melalui operator tempatan dan bekerjasama dengan DMC untuk menguruskan aktiviti serta perjalanan pelanggan di destinasi.
Selepas mendapatkan kos setiap komponen, travel agency akan menyusun pakej dan menentukan harga jualan.
Apabila pelanggan membeli pakej tersebut, travel agency bertanggungjawab menguruskan urusan yang telah dijanjikan kepada pelanggan, mengikut skop perkhidmatan dan perjanjian yang dibuat.
Inilah antara perkara penting dalam industri travel.
Kita tak semestinya perlu memiliki semua benda untuk menjual satu produk travel. Tetapi kita perlu tahu siapa yang menyediakan setiap perkhidmatan dan bagaimana semuanya diselaraskan.
Sebab itulah rangkaian supplier, hubungan perniagaan dan keupayaan menguruskan perjalanan memainkan peranan besar dalam bisnes travel.
Amacam Jelas Tak..?
#3. Macam Mana Duit Bergerak Dalam Industri Travel?
Okey Sekarang jom kita tengok dari sudut bisnes pula.
Katakan sebuah travel agency menjual pakej percutian pada harga RM3,500 seorang.
Harga itu bukan bermaksud RM3,500 semuanya menjadi keuntungan travel agency.
Sebahagian daripada wang tersebut digunakan untuk membayar kos penerbangan, hotel, pengangkutan, aktiviti, tour guide dan komponen lain yang termasuk dalam pakej.
Baki selepas menolak kos berkaitan ialah margin kasar. Selepas itu, masih ada kos operasi seperti pemasaran, gaji, sistem, pentadbiran dan kos lain yang perlu diambil kira untuk mengetahui keuntungan sebenar.
Sebab itulah dua travel agency boleh menjual pakej pada harga yang hampir sama tetapi mempunyai keuntungan yang berbeza.
Satu mungkin mendapat harga supplier yang lebih baik. Satu lagi mungkin menanggung kos pemasaran yang tinggi atau mempunyai terlalu banyak kos operasi.
Dalam industri ini, jumlah jualan sahaja tidak cukup untuk menentukan sama ada sesebuah syarikat itu benar-benar menguntungkan.
Kita kena faham juga struktur kos, margin dan aliran tunai.
Korang boleh dapat tangkap tak apa yang aku cakap ni?😅
Baca Lagi : Macam Mana Nak Mulakan Bisnes Travel?
#4. Apa Bezanya Travel Agency, Tour Operator dan DMC?
Tiga istilah ini selalu digunakan dalam industri travel, tetapi fungsi mereka tidak semestinya sama. Sini aku terangkan..
Travel agency
Biasanya berperanan sebagai penjual atau pengatur perkhidmatan perjalanan kepada pelanggan. Ada yang menjual tiket dan hotel, manakala ada yang menjual pakej percutian sendiri atau pakej daripada operator lain.
Tour operator
Menyusun komponen perjalanan menjadi satu produk atau pakej. Mereka boleh merancang itinerari, mendapatkan harga daripada supplier dan menguruskan pelaksanaan pakej tersebut. Sesetengah tour operator juga menjual terus kepada pelanggan.
Destination Management Company atau di panggil (DMC)
Syarikat yang mempunyai pengetahuan dan rangkaian operasi di destinasi tertentu. DMC boleh membantu menguruskan hotel, pengangkutan, tour guide, aktiviti dan keperluan darat untuk kumpulan pelancong.
Contohnya, sebuah syarikat Malaysia menjual pakej ke Turkiye. Mereka boleh menguruskan jualan dan pelanggan di Malaysia, sementara DMC di Turkiye menguruskan sebahagian operasi di sana.
Namun, pembahagian tugas ini bergantung pada model perniagaan dan perjanjian setiap syarikat. Ada syarikat yang menjalankan beberapa fungsi sekali gus.
Sebab itu sebelum nak masuk industri travel line nie, kita perlu faham model perniagaan yang kita mahu bina.

#5. Dari Mana Travel Agency Buat Duit?
Secara umum, ada beberapa cara travel agency menjana pendapatan.
Pertama, margin daripada pakej pelancongan.
- Syarikat menyusun atau mendapatkan pakej pada kos tertentu, kemudian menjualnya pada harga yang merangkumi margin perniagaan.
Kedua, komisen.
- Bagi produk tertentu, syarikat boleh menerima komisen daripada pembekal apabila berjaya membuat jualan. Struktur komisen bergantung pada produk dan perjanjian dengan pembekal.
Ketiga, caj perkhidmatan.
- Sesetengah syarikat mengenakan caj bagi perkhidmatan seperti pengurusan perjalanan, tempahan atau urusan tertentu yang dipersetujui pelanggan.
Keempat, produk atau perkhidmatan tambahan.
- Ada syarikat yang menawarkan lawatan persendirian, pengangkutan, aktiviti, pengurusan kumpulan atau perkhidmatan berkaitan perjalanan yang lain.
- Bukan semua travel agency menggunakan model pendapatan yang sama.
- Ada yang fokus pada jumlah jualan yang besar. Ada yang fokus pada pakej khusus dengan nilai transaksi lebih tinggi. Ada juga yang menggabungkan beberapa sumber pendapatan.
Yang penting, kita perlu tahu dengan jelas produk apa yang dijual, siapa pelanggan sasaran dan bagaimana setiap jualan menyumbang kepada keuntungan.
# 6. Internet Mengubah Cara Industri Travel Berfungsi
Part nie menarik.. Aku panggil ini evolusi bisnes travel.. ya bisnes travel ni dah banyak kali berevolusi.
Dulu, ramai orang bergantung pada travel agency untuk mendapatkan maklumat dan membuat tempahan perjalanan.
Sekarang, pelanggan boleh mencari penerbangan, membandingkan hotel, membaca ulasan dan menempah pelbagai perkhidmatan sendiri melalui internet.
Kewujudan OTA (Online Travel Agent) dan platform digital juga mengubah cara produk travel dipasarkan serta dijual.
Ini bermaksud pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan dan akses kepada maklumat.
Bagi travel agency, perubahan ini membawa cabaran tetapi dalam satu sudut yang lain ia juga satu peluang yang menguntungkan.
Kalau produk yang ditawarkan sama seperti banyak pilihan lain di internet, pelanggan mungkin hanya membandingkan harga.
Tetapi jika syarikat menawarkan kepakaran destinasi, itinerari yang dirancang dengan baik, pengalaman khusus atau pengurusan perjalanan yang memudahkan pelanggan, ada nilai tambahan yang boleh ditawarkan.
Teknologi bukan bermaksud semua travel agency akan hilang.
Sebaliknya, syarikat perlu memahami bahagian mana yang boleh dilakukan pelanggan sendiri dan bahagian mana yang masih memerlukan kepakaran, perkhidmatan atau pengurusan profesional.
Gituw..
# 7. Jadi, Kalau Nak Masuk Industri Travel, Perlu Mula Dari Mana?
Pada aku, jangan terus bermula dengan soalan, “Macam mana nak buka travel agency?”
Mulakan dengan memahami industri dan menentukan bahagian mana yang korang mahu ceburi.
Korang nak menjual pakej percutian? Nak menjadi tour operator? Nak fokus pada satu destinasi? Nak menguruskan perjalanan korporat? Atau nak membina perniagaan berasaskan kandungan dan pemasaran travel?
Setiap pilihan mempunyai model pendapatan, keperluan operasi, risiko dan cabaran yang berbeza.
Kalau kau nak menjalankan travel agency di Malaysia, korang perlu menyemak dulu keperluan lesen dan pendaftaran yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan yang mahu dijalankan. Jangan anggap semua model perniagaan travel mempunyai keperluan yang sama.
Selepas itu, barulah masuk kepada perkara seperti pemilihan niche, supplier, pembinaan pakej, penetapan harga, pemasaran dan pengurusan pelanggan.
Bila kita faham gambaran besar industri, lebih mudah untuk menentukan langkah yang sesuai dengan modal, pengalaman dan kemampuan kita.
Panjang lebah dah aku menulis.. Korang boleh tangkap tak nie..? 😅
Industri travel sebenarnya melibatkan banyak jenis perniagaan yang saling berkait.
Ada yang menyediakan produk. Ada yang menggabungkan produk menjadi pakej. Ada yang menjual kepada pelanggan. Ada yang menguruskan perjalanan di destinasi. Dan ada yang menyediakan teknologi serta perkhidmatan sokongan.
Untuk mudah faham, Travel agency hanyalah salah satu bahagian dalam ekosistem yang lebih besar ini.
Kalau kau bercadang nak masuk industri travel, luangkan masa untuk memahami bagaimana ekosistem ini berfungsi sebelum membuat keputusan untuk membuka perniagaan sendiri.
Sebab apabila dah faham bagaimana industri bergerak, maka korang bukan sekadar nampak peluang untuk menjual pakej.
Korang mula nampak di mana nilai boleh diwujudkan, bagaimana pendapatan dijana dan bahagian mana yang paling sesuai untuk di ceburi.
Dan bagi aku, itulah titik permulaan yang lebih baik untuk membina bisnes travel.
Semoga penulisan panjang lebar ni buat korang faham dalam industri travel.
Jangan lupa follow Sosial Media aku : FACEBOOK ● INSTAGRAM ● YOUTUBE
