Macam Mana Nak Mulakan Bisnes Travel?

Ramai orang bila cakap pasal bisnes travel, perkara pertama yang bermain di fikiran mereka adalah..

“Aku nak buka travel agency.”

Lepas tu mula fikir pasal..

  • lesen.
  • Office.
  • Staff.
  • Website.
  • Logo.
  • Package.
  • Dan macam-macam lagi.

Padahal bagi aku, itu bukan soalan pertama yang patut kita tanya.

Soalan pertama ialah:

“Aku sebenarnya nak buat bisnes travel yang macam mana?”

Gitu…

Sebab perkataan bisnes travel itu sendiri sangat luas. (Aku boleh cakap luas gila..)

  • Ada orang buat tiket flight.
  • Ada yang jual hotel.
  • Ada yang buat inbound tourism.
  • Ada yang buat outbound trip.
  • Ada yang buat private tour.
  • Ada yang buat group tour.
  • Ada yang buat travel content.
  • Ada yang buat travel experience.
  • Ada yang buat travel planning.

Dan ada juga yang sebenarnya tak jual travel pun…

Tapi buat duit daripada audience travel melalui affiliate, sponsorship dan content.

Jadi sebelum fikir pasal apakan lagi fikir nak keluar modal besar untuk lesen dan pejabat, kita kena faham dulu model bisnes yang kita nak bina.

Jangan Terus Buka Travel Agency…

Ini mungkin agak kontra dengan apa yang orang biasa dengar. Dari dulu siapa yang follow aku dalam niche ni faham idealogy yang cuba aku bawakan nie..

Kalau kau baru nak mula dalam industri travel, aku tak akan cadangkan kau terus buka travel agency. Lebih lagi kalua kau betul-betul fresh.

Kenapa macam tuh?

Sebab travel agency ialah satu operating business.
Kau perlu fikir tentang supplier.

  • Customer.
  • Payment.
  • Booking.
  • Cancellation.
  • Refund.
  • Transport.
  • Hotel.
  • Guide.
  • Staff.
  • Marketing.
  • Dan macam-macam lagi.

Kalau tersalah kira harga pun boleh makan margin.
Contoh Customer bayar RM3,000.

Nampak macam besarkan?
Tapi selepas tolak flight, hotel, transport, guide, makan, marketing, payment fee dan kos lain…Mungkin yang tinggal tak banyak.

Jadi sebelum kita buka travel agency, kita kena faham dulu..

Apa sebenarnya yang kita jual?

Mula Dengan Satu Niche..

Kalau aku nak mulakan bisnes travel hari ini, aku tak akan cuba jual semua destinasi. Sungguh! Jangan ikut player dalam padang yang dah ada pengalaman 10 tahun tanpa hala tuju. Sekali lagi jangan…

Jangan buat…

  • China.
  • Japan.
  • Korea.
  • Thailand.
  • Vietnam.
  • Europe.
  • Australia
  • Dan semua tempat sekali.

Sebab akhirnya kita jadi macam katalog travel.
Aku lebih suka pilih satu niche atau satu destinasi dahulu.

Kita ambil contoh..

China…
Kemudian kita jadi sangat familiar dengan destinasi tersebut.
Kita belajar.
Kita pergi sendiri.
Kita cuba hotel.
Kita tengok transport.
Kita cari makanan.
Kita faham route.
Kita tahu apa yang susah.
Kita tahu apa yang menarik.
Kita tahu apa yang tourist biasa tak tahu.
Dan daripada situ kita bina experience.

Haaa… Macam tuh…

Jangan Jual “Trip”

Ini satu lagi benda yang aku rasa ramai orang terlepas pandang.
Customer sebenarnya tak semestinya nak beli trip.

Mereka nak beli experience.
Contohnya kita boleh jua..

“5 Hari 4 Malam ke Chengdu.”

Itu sekadar itinerary.

Tetapi kita boleh ubah cara kita fikir.

Contohnya:
“Chengdu Food & Panda Experience.”

Atau:
“China First Timer Experience.”

Atau:
“Hidden China: Yunnan Experience.”

Nampak bezanya?

Kita bukan sekadar menjual:
Flight + Hotel + Transport.

Kita cuba bina sesuatu yang ada identity..
Dan bila ada identity, lebih mudah untuk kita bina brand.

Boleh dapat tak ni?

Mulakan Dengan Trip Yang Kecil..

Aku juga tak percaya kita perlu terus buat trip 30–40 orang.
Kalau baru nak mula…
buat kecil.

Mungkin 6 orang.
8 orang.
10 orang.

Pergi dengan group kecil.
Buat satu trip.

Lepas balik, tengok apa yang berlaku.
Apa yang customer suka?
Apa yang mereka tak suka?
Mana itinerary yang terlalu padat?
Mana hotel yang tak berbaloi?
Berapa sebenarnya kos sebenar?
Berapa margin?
Apa masalah yang berlaku?

Dan paling penting…
Adakah customer nak datang lagi?
Kalau trip pertama berjaya, ulang.
Bukan terus cari destinasi baru.

Repeat →Improve →Repeat lagi.

Sampai kita betul-betul faham produk yang kita jual sebaik mungkin..

Travel Business Bukan Semestinya Kena Bawa Orang..

Okey benda ni korang kena faham..
Kalau sepuluh tahun dulu ya..

Tapi Bisnes Travel Sekali lagi dah berevolusi..

Satu perkara yang menarik yang korang kene tahu.
Kalau kau minat travel tetapi tak suka mengurus group…

kau masih boleh buat duit daripada industri travel. (Serius weyy)

Contohnya kau boleh buat..

  • Travel Content
  • Bina audience melalui YouTube, Facebook, TikTok atau blog…

Kemudian monetize melalui..

  • Affiliate.
  • Hotel booking.
  • Travel insurance.
  • Travel gear.
  • Sponsorship.
  • Ads.
  • Dan sebagainya.

Atau kau boleh buat..

→Travel Planning: Customer bayar untuk kau bantu susun itinerary.

Atau..

→Travel Consultation :Customer datang dengan bajet dan destinasi. Kau bantu mereka plan perjalanan.

Atau..

→Travel Media : Kau bina website dan content yang akhirnya menjadi traffic asset.

Maksudnya sekarang…

Travel business tak semestinya = travel agency.

Faham tak.. Sekali lagi aku ulang industry ini dah berevolusi dengan pantas wey…

Jadi, Macam Mana Nak Mula?

Haa… Part ni yang korang nanti-nantikan..

Kalau aku nak ringkaskan…
Aku akan mula begini..

1. Pilih model bisnes.

Nak jual trip?
Content?
Affiliate?
Travel planning?
Experience?
Atau kombinasi beberapa benda?

2. Pilih niche.

Jangan cuba buat semua.

3. Pergi dan experience sendiri.

Jangan hanya belajar daripada orang lain.

4. Bina satu produk.

Satu trip.
Satu experience.
Satu itinerary.

5. Test dengan customer sebenar.

Jangan terlalu lama duduk dalam planning mode.

6. Kira nombor.

Kos.
Harga jualan.
Margin.
Cashflow.
Risiko.

7. Improve.

Ambil feedback.
Baiki.

8. Repeat.

Kalau produk pertama menjadi, jangan terlalu cepat cari benda baru.
Ulang benda yang dah terbukti.

Jangan Bina Travel Business Yang Cantik Sahaja

Aku rasa ini antara perangkap paling besar.
Kita terlalu sibuk nak nampak macam travel company. Jadi untuk korang yang minat

  • Logo cantik.
  • Website cantik.
  • Instagram cantik.
  • Poster cantik.
  • Package banyak.
  • Tapi belum ada customer.

Bagi aku…

customer pertama lebih penting daripada website pertama.
Trip pertama lebih penting daripada 20 package.
Experience pertama lebih penting daripada logo.
Dan feedback customer lebih penting daripada jumlah follower.

Sebab pada akhirnya…
travel business adalah business.
Bukan sekadar hobi travel.

Kita kena tahu..

Berapa kos kita?
Berapa kita boleh jual?
Berapa margin?
Berapa orang perlu pergi untuk trip itu berbaloi?
Apa risiko?
Dan boleh tak benda ini diulang?

Kalau boleh diulang…
barulah kita mula ada business.

Dan kalau boleh diulang tanpa kita perlu bermula dari kosong setiap kali…

barulah kita mula ada sistem.
Itu bagi aku beza antara:

“Aku suka travel.”
dengan

“Aku membina bisnes travel.”

 

Fuh panjangan lebar wey.. Aku harap korang dapat hadam dengan baik..

Satu benda nak bagi disclamer siap-siap. Walaupun kita sedang sembang berkenaan “bisnes travel” Gaya bahasa dalam penulisan blog ni tak menggunakan bahasa buku teks, bahasa akademi, bahasa pujangga mahupun bahasa sastera tinggi. Aku menggunakan konsep bersahaja, bahasa santai dan storytelling konsep supaya mesej yang nak disampaikan mudah hadam dan paling penting tak membosankan baik untuk aku yang nak menulis dan baik untuk korang yang nak membaca… 

Korang kalau tengah cari ilmu berkenaan bisnes travel boleh dapatkan ebook aku nie. eBook ni akan bantu terangkan the big picture pasal industri travel dan akan bantu kau nampak mana direction yang patut kau tuju.

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN..

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *