HalifSaat.com Is Back — Apa Yang Akan Di Bina Kali Ini
Sekitar 6 tahun dulu blog halifsaat ini meriah, meriah dengan pelbagai post. Untuk yang dah mengenali aku, aku dah start menulis blog sejak tahun 2007 dan officially dua tahun selepas itu blog halifsaat.com ini terbina.
Kalau masih ingat, dunia blogging pernah sampai ke kemuncak sekitar sekitar tahun 2013/2014. Namun selepas itu sikit-sikit dunia teknologi maya berubah, Ramai berpindah ke sosmed mengambil alih tempat untuk bersosial, menulis dan berkongsi. Perlahan-lahan dunia blogging sepi di tinggalkan seperti sebuah bandar Pripyat di Ukrain dek kerana nuklear.
Tapi tak untuk blog halifSaat, Aku tak stop kat situ, malah tahun 2014 hingga 2019 adalah kemuncak blog ini buat banyak duit. Course, ebook, content, sharing. Blog ni terus mengorak langkah menulis dan menulis, menarik trafik dan generate income sampai sekali lagi dunia berubah total kerana covid datang melanda.
Sejak covid banyak bisnes yang drop, maka aku sendiri terpalit & terpaksa menumpukan sepenuhnya pada bisnes yang di landa badai menyebabkan blog ini terbiar, terbengkalai, dan akhirnya tanpa sedar hingga server expired menyebabkan banyak post sejak aku menulis lenyap.. Jadi 6 tahun blog HalifSaat hilang..
Kenapa Aku Bangunkan Semula…
Pertama sekali, bila hilangnya blog ini maka aku hilang tempat untuk menulis. kalau korang nak tahu..Dulu aku bukan minat sangat menulis & aku tiada bakat menulis. Tapi perlahan-lahan aku pupuk minat menulis ini sejak hari pertama aku tekad buat personal blog. Jadi blog halifsaat ini sebenarnya dulu ibarat gym untuk aku workout dalam dunia penulisan. Aku menulis pelbagai gaya penulisan, pelbagai angle point of view, pelbagai industri dan niche.
Bang Kau Sedar Tak Sekarang Dah 2026,
19 tahun dah berlalu.. teknologi blogging dah ketinggalan jauh. Kenapa tak menulis di facebook, telegram atau group whatsapp jer? Kan mudah..
Dan persoalan paling penting..Ada lagi ker orang nak baca blog? Orang sekarang semua dah beralih ke era video reels TikTok dan lagi gempak orang dah tak buat Video sendiri. Sekarang AI yang buat semua tuh.. Kalau orang nak buat content dalam format artikel sekalipun, mana ada masa orang nak menulis seketul-seketul.. Semua AI yang buat juga..
Dan kau masih dengan blog kau yang usang begini.? rasa nak tergelak kan..
Baiklah.. Jadi kenapa aku bangunkan semula? kenapa aku setia dengan blogging dan bukan video reels facebook, instagram & Youtube atau TikTok. Jawapan dia aku dah berekperimentasi dah semua tuh dan platform sosmed lain masih bergerak seperti biasa. Sampai akaun tiktok aku kene banned permanent lah aku buat. So Blog just another platform yang saja aku nak bangunkan untuk bina personal branding aku as a writer.
Kenapa aku tak menulis di facebook dan platform lain? Jawapan dia mudah.. Blog ni macam diary, bila aku nak review balik post2 lama aku, aku boleh tengok balik. Dan mana yang aku target SEO dia boleh mencanak naik akan tarik lambakan trafik. Dari trafik aku akan convert kepada prospek dan dari prospek akan mengubah menjadi duit dan begitulah proses itu berulang.
Manakala di SOSMED, itu bukan platform sebenar. Kita hanya meminjam secara percuma. Nak mencari balik artikel lama sikit punya leceh. Jadi bagi aku dia adalah dua lapangan yang sama tapi tak serupa. Kalau kau faham macam mana algorithm bergerak kau akan faham apa yang aku cuba sampaikan.
Jadi apa yang aku nak kongsikan dan apa aku nak buat dengan blog aku ni.. ? Konsep aku sama jer.. Aku masih dalam mode belajar. Aku akan jadikan platform halifsaat.com ni sebagai based line untuk aku mengorak langkah. Cuma kali ini post aku tak akan banyak hal peribadi. Sebabkan aku ada pengalaman jadi aku akan kongsikan disini untuk kegunaan bersama..
Berikut apa yang bakal aku kongsikan?
- Bisnes Travel (Pengalaman mengurus bisnes sepanjang hampir 17 tahun)
- Digital Marketing (Boleh kata hampir sama dengan pengalaman di atas bezanya Digital marketing adalah side hustle income)
- Bisnes Bersistem (Dua pengalaman di atas buat aku nampak betapa pentingnya sebuah bisnes yang bersistem)
- Content Digital (Dari zaman Blogging sampai Vlogging aku sangat suka bina content. part yang sangat fun aku buat)
- Financial (ini topik yang besar tapi aku akan spesifikan berdasarkan objektif tertentu)
- Travel The World (Mungkin aku tak sebanyak orang lain tapi pengalaman ni sangat berharga bagi aku)
So, dalam penulisan aku di blog ni, korang akan jumpa topik dia atas. semua sekali aku akan adun, uli, dan masak ranum biar audience yang mencari mudah untuk hadam dan terus belajar.
Jadi itu saja untuk kali ini sebagai pembuka bicara.
Jangan lupa follow aku kat SOSMED :
Facebook • Instagram • Youtube • Thread • TikTok
Halif Saat
