Tak Semua Bisnes Perlu Jadi Besar

Ada satu konsep dalam dunia bisnes yang aku rasa kita jarang sangat bincangkan.

Ia digelar sebagai Lifestyle Business.

Korang Pernah dengar?

Secara mudahnya, lifestyle business ialah bisnes yang dibina untuk memberikan kita kehidupan yang kita nak.

❌Bukan semata-mata untuk besarkan syarikat.
❌Bukan untuk ada 100 orang staff.
❌Bukan untuk cari pelabur.
❌Bukan untuk masuk IPO.

Dan bukan juga sebab kita nak jadi bilionair. Yes!

Jadi apa guna nak buat bisnes kan.. Tunggu sekejap.. Biar aku ambil sikit mood sebelum nak explain Panjang lebar pasal Lifestyle Business.

Sebab bila kita fikir pasal bisnes, biasanya kita terus bayangkan benda-benda macam ni.

Nak scale.
Nak buka banyak cawangan.
Nak ambil ramai staff.
Nak cari investor.
Nak buat revenue berjuta-juta.
Nak jadi syarikat besar.

Seolah-olah kalau bisnes kita tak berkembang besar, maka kita gagal.
Biasa dengar tak macam tuh?

Bisnes Tak Semestinya Perlu Besar

Sebenarnya, banyak sangat bisnes dekat dunia ni yang kecil.
Ada yang hanya ada seorang pekerja.

Mungkin Pengasas itu sendiri yang bekerja untuk syarikat dia.
Ada yang cuma dua atau tiga orang.

Ada yang kurang daripada 10 orang staff.
Dan mereka memang tak ada niat pun nak jadi syarikat besar.

Mereka tak nak buka 50 cawangan.
Tak nak cari pelabur.
Tak nak kejar valuation RM100 juta.

Mereka cuma nak buat duit yang cukup, hidup selesa dan mempunyai kebebasan.

Itu sahaja.

Dan bagi aku, itu pun satu bentuk kejayaan.

Contoh Mudah..

Bayangkan kau ada sebuah web design agency.
Kau dengan dua orang partner.
atau Tiga orang sahaja.

Korang ada beberapa client yang bagus.
Setiap seorang boleh dapat, contohnya, RM15,000-RM30,000 sebulan.

Adakah syarikat korang besar? Tak!

Adakah korang ada 100 orang staff? Tak.

Adakah korang ada pejabat besar? Mungkin Tak.

Adakah korang boleh beli yacht? Mungkin belum. 😂

Tapi kalau RM30,000 sebulan itu sudah cukup untuk kehidupan yang korang mahukan…

Jadi Persoalan yang timbul apa masalahnya? kan..

Korang tak perlu pun besarkan syarikat.
Tak perlu ambil 50 orang staff.
Tak perlu cari investor.
Tak perlu kerja 12 jam sehari.
Korang pilih client yang korang nak.

Pilih projek yang korang suka.
Dan bila duit dah cukup, korang boleh berhenti mengejar lebih banyak.
Itulah lifestyle business.

Masalahnya, Kita Selalu Anggap Bisnes Kecil Sebagai Bisnes Yang Tak Berjaya

Korang nak tahu tak yang menariknya, dalam dunia startup terutama di US spesifically di Silicon Valley, perkataan lifestyle business kadang-kadang digunakan macam satu penghinaan.

Seolah-olah:
“Oh, kau buat lifestyle business je?”

Macam kau tak cukup ambitious.

Alaa.. Tak payah pergi jauh-jauh lah.. Cukup kita kat Malaysia.. Satu kehinaan bila kau cakap kau self employed dan tiada pekerja.

Cuma kat Malaysia ini kita masih tak popular dengan term Lifestyle Business.

Budaya startup hari ini banyak sangat bercakap tentang:

  • Growth.
  • Scale.
  • Funding.
  • Valuation.
  • Exit.
  • Syarikat mesti berkembang.
  • Revenue mesti naik.
  • Staff mesti bertambah.
  • Investor mesti masuk.

Dan akhirnya jual semula syarikat dengan valuation berbilion dolar.
Nampak hebat kan..Tapi benda jarang orang nak bercakap tentang harga yang perlu dibayar untuk semua itu.

Tekanan.
Stress.

Manakala hidup dalam satu-satu sudut hidup kau ditentukan oleh
Investor & Board of directors.

Senang cakap orang lain yang menentukan apa yang kau perlu buat.
Dan kalau syarikat dah public listed?Lagilah banyak benda yang perlu fikir dan buat hidup kau penuh tekanan.

Jadi Kenapa Kita Tak Bina Bisnes Untuk Hidup?

Aku rasa kita kena ubah cara kita melihat perkara ni.
Lifestyle business bukan sesuatu yang patut kita malu.

Sebaliknya, mungkin ia adalah sesuatu yang patut kita kejar.
Sebab bila orang tanya:

“Macam mana nak capai financial freedom?”

Kadang-kadang jawapannya bukan:
Cari kerja yang gaji lebih tinggi.
Bukan juga:

Buat lebih banyak overtime.

Mungkin jawapannya ialah:
“Bina satu bisnes yang boleh menggantikan pendapatan kerja kau.”

Tak perlu jadi bilionair.
Tak perlu ada 100 staff.
Tak perlu bina syarikat bernilai RM1 billion.

Cukup kalau bisnes itu boleh memberikan kau..

Income yang cukup.
Masa yang lebih fleksibel.
Kebebasan membuat keputusan.
Dan akhirnya…
kehidupan yang kau sendiri mahu.

Aku pertama kali jumpa konsep lifestyle business melalui buku The 4-Hour Workweek oleh Tim Ferriss. Masa aku baca buku ni sekitar 2013 tak silap aku..

Masa tu aku terus rasa:

“Yes. Ini yang aku nak.”

Aku tak fikir pun nak bina syarikat berbilion dolar.
Aku cuma nak satu bisnes yang boleh menghasilkan kira-kira RM30,000 sebulan.

Kalau boleh, dengan sistem yang semakin lama semakin kurang bergantung kepada masa aku.

Bukan bermaksud passive income 100%.
Sebab pada aku, passive income yang betul-betul passive tu hampir tak wujud.

Tapi kita boleh bina bisnes yang semakin kurang memerlukan kita untuk setiap perkara.

Dan yang paling penting…
Aku nak buat benda yang aku suka. Haha

Dah sampai masa usahawan Malaysia Patut fikirkan..

Kita terlalu sibuk nak bina bisnes besar sampai kita lupa untuk tanya satu soalan yang lebih penting:

“Bisnes ini sebenarnya nak bagi aku hidup macam mana?”

Sebab akhirnya…
Kalau bisnes kau menghasilkan RM1 juta setahun tetapi kau tak ada masa untuk keluarga…

Apa sebenarnya yang kau bina?

Kalau syarikat kau ada 50 staff tetapi setiap hari kau stress…
Apa yang kau kejar?

Kalau revenue semakin besar tetapi hidup kau semakin teruk…
Adakah itu kejayaan?Mungkin. Tapi mungkin juga tidak.

Sebab tak semua orang mahukan kehidupan yang sama.
Ada orang memang nak bina syarikat besar.Bagus.
Ada orang nak jadi billionaire.Bagus.

Tapi ada juga orang yang cuma nak bisnes yang cukup besar untuk membiayai kehidupan yang dia mahukan.
Dan aku rasa…
itu pun satu kejayaan.

Wey panjang lebar dah aku membebel. Jadinya harap korang faham dengan apa yang dipanggil Lifestyle Business. 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *