Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Channel Pemasaran 2017 Paling Berkesan Untuk Bisnes Travel

June 15, 2017 0 Comments

Channel Pemasaran 2017 Paling Berkesan Untuk Bisnes Travel

Kerap kali saya bertanya kepada owner-owner bisnes travel baru. Bagaimana tuan buat pemasaran bisnes travel? Kebanyakan memberi jawapan lebih kurang sama begini.

Saya company kecil saja tuan. Belum ada modal untuk sertai MATTA FAIR. Jadi pemasaran yang saya buat buat masa ini adalah menggunakan  flyer, print bunting, banner yang disangkut kan di pokok-pokok taman perumahan, dan melalui kenal-kenalan.

Jawapan yang saya terima ini kena dengan kajian di US iaitu..

80% syaraikat yang beroperasi hari ini masih survive dan mahu berkembang maju dengan hanya menggunakan model bisnes yang telah usang.

Ibaratnya seperti tahun ini anda ingin menunaikan Haji. Namun masih mahu menggunakan jalan laut yang mengambil masa 3 bulan untuk sampai. Wal hal teknologi hari ini mampu membawa anda sampai ke tanah suci yang mengambil masa hanya 8 jam perjalanan.

Diminta laburkan sedikit wang untuk jadi cerdik namun lebih sanggup simpan untuk tidak jadi bijak. Faham ke Faham?

Bukan tidak bagus cara pemasaran lama. Namun hari ini kita perlu cepat. Kita perlu pantas. Kita sudah laburkan duit untuk kos pejabat, kita sudah keluarkan wang pelaburan untuk operasi. Setiap bulan pasti ada duit kita mengalir keluar. Jika kita tak bawak masuk semula cash dengan cepat maka risiko kita dalam perniagaan semakin tinggi.

Berbalik pada tajuk. (Atas tadi baru mukadimah hehe)

Hari ini kita ada pelbagai channel pemasaran yang boleh membantu untuk kita bawa masuk cash dengan cepat dalam bisnes travel. Ada yang percuma ada yang berbayar. Kalau belum mampu berbayar maka gunakan percuma. Pucuk pangkalnya percuma ke berbayar ker perlu dibuat dengan ilmu.

Untuk 2017 medium dibawah ini masih laku keras untuk kita guna pakai di Malaysia :-

  • Instagram
  • Facebook
  • SEO
  • Google Adsword
  • Youtube
  • Website
  • Email Marketing

Soalan pun muncul…

Tuan Halif… Apa benda tuh..

(Sila Google satu persatu kalau tak tahu)

Tuan Halif antara 7 Medium diatas mana yang paling bagus?

Semua diatas bagus. Namun apa yang lebih penting adalah fokus. Jika mampu pulun 2-3 channel sekali gus. Tak mampu pulun 1 pun dah bagus.

Tapi tuan.. Saya mana pandai online-online nie semua. Akaun facebook pun saya dah lupa password.

Mudah saja. Kalau rasa belajar itu susah. Percaya cakap saya jadi bodoh itu jauh lebih susah.

Untuk orang yang banyak beri alasan yang tidak berkesudahan. Terus berikan alasan. Simpan duit anda untuk tidak jadi bijak.

 

Sekian,

Halif Saat

#bisnestravel #rempuh

Anda Mempunyai Masalah Dalam Jualan Bisnes Travel? Biar saya bantu lonjakan jualan bisnes travel anda. Klik Butang dibawah untuk PM. Team saya akan melayani anda.

SAYA MAHU CONSULTANCY DARI PIHAK TUAN

 

Baca Lagi : Travel Marketing Itu Perlu Buat Berulang Kali. Sekali Mana Cukup

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: