Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Apa Itu Copywriting? Kenapa Copywriting Penting Dalam Bisnes Travel?

November 10, 2017 1 Comment

Apa Itu Copywriting

Mungkin anda pernah dengan istilah copywriting sebelum ini di mana-mana. Namun dalam post ini saya akan terangkan sekali lagi secara ringkast. Apa itu copywriting & Kenapa copywriitng ini penting dalam dunia bisnes travel.

Ok tanpa berlengah lagi.. Jom mulakan..

Sekali lagi..

Apa itu copywriting?

Untuk mudah faham copywriting ini adalah susunan sturktur yang mantap dalam membina ayat menjual. Yang mana struktur ayat yang ada formulasi tersendiri. Dengan struktur ayat yang betul. Dengan Penggunaan ayat yang betul mesej yang kita nak sampaikan lebih mudah dihadam oleh pembaca, lebih dekat di hati pelanggan, lebih mudah di fahami dan apa lebih penting lebih menjetik hati pembaca untuk terus bertidak untuk ambil telefon beliau dan terus booking pakej percutian bersama kita.

Eleh… Nak buat ayat.. Buat Je lah.. Bukan susah pun..

Ya Tak susah kalau nak main hentam tanpa struktur. Tapi kalau buat banyak kali tapi masih krik.. krik.. Tak ada orang comment. Tak ada orang PM inbox. Tiada sebarang engagement.  Part mana yang kita nak betulkan? Bukankah itu sudah menyusahkan dan buang masa kita. Tak Gitu?

Kenapa Copywriting Penting Dalam Bisnes Travel?

Sejak 3 tahun lepas saya aggresif dalam buat split test marketing untuk membantu client saya yang giat meningkatkan jualan. Termasuklah yang dalam industri travel. Nak tahu apa yang saya jumpa. Dengan hanya betulkan ayat iklan bisnes mereka saya telah bantu naikan jualan syarikat hingga hampir  100% malah ada yang berganda dari itu.

Bagaimana Nak Tambat Hati Pelanggan Yang Lihat Iklan Kita?

Ada guru kata gunakan ayat memukau. Ada yang kata ayat jampi serapah. Ada kata ayat beracun dan pelbagai lagi. Ada banyak mazhab. Terpulanglah nak panggil apa. Untuk mazhab pemikiran saya mengenai copywriting saya lebih gemar gunakan istilah berikan penawar pada pembaca.

Kenapa Penawar? Sebab dah terlalu banyak racun, dah terlalu banyak sangat pukau memukau, dah terlalu banyak sangat sampah sarap yang dibaca oleh audience di social media, surat khabar dan pelbagai medium lagi. Jadi saya lebih gemar gunakan istilah penawar. Orang sentiasa menjadi solusi (penawar) kepada masalah yang sedang dihadapi. Betul? Jadi kenapa nak pi racun pulak?

Penting Sangat Ker Copywriting Nie Dalam Bisnes Travel?

Ya Penting.. Salah satu alat untuk membantu anda menghasilkan jualan apatah lagi kita dalam musim ekonomi yang sedang demam panas. Masih nak buang duit dan masa dengan main hentam-hentam? Sila fikirkan semula.

Jika part ini anda fail maka laburkanlah wang untuk ambil staff yang mampu bina ayat iklan yang mantap. Jika itu pun anda rasa sukar. Entah saya tak tahu apa lagi yang perlu saya advice.

Seperti yang kita tahu. Nadi penting dalam sebuah perniagaan adalah jualan. Jualan tak masuk apa guna ada staff department lain?

Rasanya cukup setakat ini untuk sedikit mukaddimah copywriting. Semoga sedikit perkongsian mengenai copywriting dari sudut bisnes travel ini membantu anda.

Tinggalkan comment dan jejak dengan LIKE & Comment dibawah.

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. YUSUF MARIKAN says:

    SALAM TUAN HALIF SAAT. SAYA BERMINAT UNTUK MEMPELAJARI TEKNIK PEMASARAN YANG TUAN KENDALIKAN. UNTUK MAKLUMAN SAYA JUGA SEDANG BERJINAK-JINAK DALAM BIDANG TRAVEL AGENSI. DIHARAP DAPAT BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR DARI TUAN. TERIMA KASIH.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: