Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

#7 Sebab Mengapa Bisnes Travel Perlu Fokus Pasaran Online

May 18, 2016 0 Comments

Pemasaran-Online-Untuk-Bisnes-Travel

Masih ingat kisah kami kongsikan mengenai syarikat telekomunikasi Nokia yang dominan di pasaran suatu ketika dulu. Jika belum baca boleh baca semula disini.

Hari ini kami nak kongsikan pula mengapa syarikat bisnes travel sudah boleh fokus pemasaran online lebih dari 70% berbanding pemasaran offline. Kami tampilkan 7 alasan dibawah untuk anda fikirkan semula sama ada ia hanya realiti atau hanya sekadar kata-kata kosong dari kami.

 

#1- Kos Pemasaran Rendah

Sekarang kami nak tanya berapa ramai yang nak iklan secara komersial…? angkat tangan. Ok ramai. Sekarang soalan kedua berapa ramai yang mampu untuk bayar iklan di TV, radio dan TV. Tahukah anda iklan sepanjang 2 minit dibayar lebih dari RM30k untuk peak hour. Dan bayaran ini belum menjanjikan apa-apa pulangan.

Kini untuk beriklan anda tak perlu ada modal yang besar. Tak perlu pening kepala nak bermain besar. Tak perlu bakar duit ribu riban untuk beriklan. Yang mana lagi tinggi risiko anda bakar duit maka kebarangkalian untuk duit itu hangus lebih tinggi. Jadi pemasaran online adalah pemasaran yang terbaik untuk anda yang mempunyai modal minimum. Dengan iklan RM1k pun untuk beriklan jika kena pada cara anda mampu buat puluh ribu sebulan. Dengar macam tak logik jer kan. Tapi serius memang kami pernah buat.

#2- Iklan Berjalan 24/7

Iklan di TV tak sampai dua minit. Iklan di paper orang beli dan buang. Tapi iklan di online anda boleh remote sendiri. Rasa nak on terus on rasa nak off terus off. Kita yang menentukan sendiri bila kita nak iklan kita muncul . Waktu peak hour, waktu orang balik kerja, waktu orang baru mula nak on PC masuk kerja semuanya bergantung pada kita sendiri.

Ia akan terus bergerak mencari bakal prospek yang kita sasarkan pada masa yang kita tentukan. Nak iklan 24 jam sehari , 7 hari seminggu iklan pun tak ada masalah.

#3- Boleh Dikawal

Selain boleh kawal pada waktu bila iklan kita mahu dimunculkan kita juga boleh juga kawal pada siapa iklan kita mahu disasarkan. Inilah yang paling kami suka. Kita tak lagi membazir menjual pada mereka yang tidak mahu & tidak berminat. Kita hanya berjumpa pada mereka yang berpotensi saja. atau bahasa lain pada mereka yang hanya akan berkata ‘MAHU’ sahaja.

#4-Berpotensi Jadi Mesin Jualan ‘Autopilot Sistem’

Sekali dengar teknik pemasaran online seperti sangat complex. Tetapi sebenarnya ia tidaklah sessukar mana. Malah ia jauh lebih mudah diuruskan. Bukan setakat pemasaran saja ia juga memudahkan bahagian pengurusan anda. Bahagian tempahan semua boleh di set agar berjalan dengan sendiri. Sedang anda sedang tidur pun jualan tetap berlangsung seperti biasa. Lagi best anda hanya semak wang masuk pada bila-bila masa saja.

#5- Pengguna Internet Yang Semakin Meningkat

Semakin hari semakin orang tak sempat nak tengok TV dan nak dengar radio. Tapi pasti dalam sehari orang sempat-sempat nak online di telefon untuk bukak facebook & instagram. Jumlah pengguna facebook di Malaysia tidak pernah merundum jatuh dari tahun ke tahun tapi sentiasa meningkat naik. Ini bermakna semakin hari orang semakin terdedah dengan teknologi. Rakyat Malaysia adalah antara rakyat paling ramai memiliki lebih dari satu telefon bimbit. Peratusan ini bersamaan 47 peratus -21 September 2013 ‘Sinar Harian’

pemasaran-online-penting-untuk-bisnes-travel

#6-Kredibiliti Meningkat

Sekarang agak meragukan kalau kita di tanya apa nama/domain website syarikat travel kita dan kita menjawab “tiada website”. Apa yang tergambar bila seorang  usahawan travel yang berikan jawapan tersebut. Sebagai pelanggan kita mesti terfikir syarikat ini ketinggalan zaman, Syarikat yang tidak maju, anti teknologi dan masih menjalankan bisnes secara traditional. Jika dulu orang pelik syarikat kita secara online. Sebut website pun belum tentu orang faham apa. Tapi hari ini jika usahwan jalankan bisnes seperti bisnes travel tapi masih tidak mempunyai website agak sedikit meragukan disitu.

#7- Kos Pekerja Dapat Dikurangkan

Dalam bisnes travel antara kos yang agak kasar untuk di modalkan adalah kos pekerja. Lebih lagi pekerja yang mempunyai expertise. Namun bukan semua pekerja buat kerja dengan jujur. Ada juga yang sekadar melepas batuk ditangga. Begitu juga pekerja di bahagian jualan ada mereka yang mempunya basic gaji buat kerja sekadar ala kadar.  Jadi dengan adanya pemasaran online kita seolah-oleh menggantikan pekerja tadi dengan sistem jualan yang mampu bekerja untuk kita 7 hari seminggu. Tanpa merungut tapa mengeluh. Dengan ini kos pekerja boleh direndahkan dan fokus dalam membina mesin pemasaran yang lebih efektif.

Itulah antara sebab mengapa anda perlu beralih kepada pemasaran online untuk bisnes travel anda. Ada banyak lagi dan ini adalah hanya antara sebab penting kenapa anda perlu segera menukar angin kepada pemasaran online.

Suka dengan artikel ini dan mahu dapatkan lebih banyak artikel mengenai tips, strategik, pemasaran dan pengurusan. Daftar secara percuma Nama & Email anda dibahagian bawah artikel ini. Kami akan kongsikan terus kepada anda menerusi email.

Sumber image : Sebastian John

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: