Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

6 Kesilapan Promosi Yang Banyak Di Lakukan Syarikat Pelancongan

May 25, 2016 0 Comments

kesalahan-dalam-promosi-pakej

Ada ketika kita sibuk mempersiapkan pelbagai peralatan canggih di pejabat. Sibuk menyediakan tempat yang bukan sekadar selesa malah boleh dikategorikan luxury di pejabat untuk staff. Namun sebagai owner/director/manager syarikat langsung tak pernah nak ambil tahu mengenai tools pemasaran syarikat. Sudah perabih duit itu ini yang konon-konon boleh menarik pelanggan.Wal hal tools paling temeh syarikat pun masih belum di perbaiki. Berikut saya senaraikan dulu kesilapan banyak travel agent biasa-biasa lakukan dalam menjalankan promosi.

 #1- Design Flyers/Website Buat Sendiri 

Gambar pun sapu dekat hencik google. Size kecik pun di hentam letak dalam flyers. Sudahlah tu design pun buat sendiri tak pun suruh staff admin yang buat. Staff pun tak pandai design hentam kromo saja asal ada. Dengan alasan. Alahh kita dah bayar dia suruh saja dia buat.

Opss.. Alasan ini bahaya sebenarnya. Anda nak jimat dalam masa yang sama anda sedang menjahanamkan jenama syarikat sendiri. Menguruskan orang melancong dan buat design untuk tarik minat orang melancong dua perkara berbeza. Ini anda kena faham betul-betul Kalau anda memang bukan orangnya untuk buat design atau website hentikan. Keluar sikit budget. Upah pada yang pakar.

 #2-Tak Menggunakan Channel Pemasaran Terkini 

Masih lagi main tabur-tabur flyers. Masih lagi main letak-letak flyer kat viper kereta kat super market or pasar malam. Apa yang saya nak bagi tahu.. Tuan.. Puan..Dato.. Datin sekalian. Zaman main tembak-tembak perangkap flyers sudah lama tamat. Kalau anda masih buat lagi cara ini maka sebenarnya and sedang bakar duit tanpa hala tuju yang tepat. Percent untuk anda di hubungi semula menggunakan teknik ini sudah menurun 0.001% . Rakat Malaysia semakin bijak. Smart phone secara purata 2 buah seorang. Nak apa saja semua di hujung jari.

 #3- Tiada Gambar Pelanggan Lepas 

Gambar pelanggan lepas langung tak ada. Setakat gambar pemandangan semua orang boleh letak. Tahukah tuan/puan sekalian 85% manusia buat keputusan membeli sesuatu atas pertimbangan emosi semata-mata. Gambar pelanggan lepas memain peranan dalam meningkatkan emosi pembeli. Dengan adanya gambar pelanggan lepas di tools marketing kita maka ia akan meningkatkan kepercayaan. Akan memudahkan pelanggan buat keputusan. Akan meningkatkan kredibiliti syarikat di mata pelanggan berbanding mereka yang tak letak.

 #4- Tak Konsisten 

Rasa ramai stop bila tak ramai baru nak buat. Tak konsisten. Sekarang cuba anda bayangkan. Anda pergi gym. Bila badan mula nampak hasil. Anda pun stop dan pergi gym. Badan yang nampak hasil tadi mula hilang sikit-sikit. Perut mula boroi balik. Anda pun mula resah. Sibuk aktif ke gym semula. Proses ini anda lakukan banyak kali. Persoalannya sampai bila? Kalau nak badan cantik kita kene konsisten ke gym. Dan kalau nak sentiasa bisnes grow kita perlu buat marketing secara konsisten. Hah macam itulah..

 #5- Terlalu Push Sales 

Kalau dari jauh kita dah nampak orang kat super market nak tahan kita untuk promosi barang mesti kita akan cuba cari jalan lain untuk tidak ditahan. Manusia memang tak suka di promosikan satu-satu benda kepada mereka. Istilah lain yang saya gelar adalah ‘push sales’. Orang tak nak terima anda sibuk suruh juga amik flyers yang dihulurkan. Kesudahannya flyers dibuang merata-rata. Tak sakit hati ker? Habis itu nak buat macam mana? Jawapannya buatlah ‘pull sales’. Tarik kan lebih mudah dari menekan. Kan?

 #6-Tiada Engagement Dengan Pelanggan 

Saya gelarkan cara ini buat bisnes ala ‘SAMSENG’. Kalau boleh sepatah ha**m pun dia tak nak cakap. Tapi duit pelanggan nak pula. Bila tak ada sales merungut pula tuh. Oh ‘kamon’ lah semua. Anda yang baca sekarang mesti sudah sedia tahu. Kita dalam industri travel iaitu industri yang banyak berkaitan dengan custome servis. Selain sekadar menyediakan perkhidmatan travel bina-lah ikatan sebuah talian persaudaraan dengan bakal pelanggan mahupun pelanggan sedia ada. Raikan mereka kerana sudi menjadi pelanggan. Susah ker? Mereka adalah insan yang layak kita raikan sehabis baik. Tanpa mereka siapalah kita.

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: