Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

5 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Bila Mana Melancarkan Travel Website Baru

June 23, 2016 0 Comments

Tahniah diucapkan kerana baby travel website baru anda sudah berjaya anda siapkan (bagi yang baru ada website). Sudah sampai masa untuk relax dan enjoy sambil makan buah yang siap dipotong selepas kerja kuat yang dah anda dilakukan.

Siap saja website bukan beerti anda sudah sampai ke garisan penamat tapi sebenarnya anda baru saja menjejaki garisan permulaan. Inilah kesilapan bagi mereka yang tak faham. Nama pun baby travel website (website yang baru dicipta). Sudah semestinya perlu diberi perhatian dari pelbagai aspek perlu ditatih, perlu ada sistem, perlu diberi makan2 yang secukupnya sebelum website travel anda boleh lari pecut untuk buat jualan.

Oleh itu saya kongsikan 5 langkah yang boleh anda buat agar website baru anda ini boleh mula bertatih ;-

 1-Maklumkan kepada industri Kewujudan website terbaru anda. 

Ambil masa beberapa minit. Emailkan kepada rakan se-industri berkenaan website yang baru saja kita siapkan ini. Welcoming mereka untuk tidak segan dan silu untuk mengunjungi website yang baru saja dibina ini.

Selain anda juga boleh juga emailkan pada industri yang anda rasakan boleh menjadikan pelanggan yang berpotensi yang akan menggunakan khidmat travel servis anda.

Tujuan ini mudah. Selain unik trafik. Kita juga mahu mereka familiar atau sekurang-kurangnya mereka pernah dengan dan lihat serta tahu bahawa kita sudah memulakan kempen pemasaran atau promosi melalui website a.ka online secara lebih serius.

 2-Mula Promote Website Kepada Follower (Social media) 

Ini penting kita bina database dulu melalui social media. Sebab buka account facebook/instagram jauh lebih mudah berbanding buat website. Bila website siap saja maka sudah sampai masa maklumkan kepada follower secara officially yang syarikat kita sudah pun mempunyai website dan sebarang pakej-pakej percutian menarik mereka boleh dapatkan terus di website.

 3- Set Up Google My Business 

Ini salah satu strategik untuk munculkan website kita di muka terawal Mr Google. Selalunya kedudukan maklumat ini terletak di sebelah kanan. Cara ini juga memudahkan bakal/pelanggan mencari premis perniagaan anda. Rupa bentuk iklan tersebut akan dipaparkan seperti dibawah.

Tips Promosi Website Baru

 4- Hantarkan Ke Directories website Seberapa banyak yang boleh 
Selain google ada banyak lagi enjin carian atau directories yang boleh membantu website kita mudah dijumpai. Kita perlu mendaftar directories ini seberapa banyak yang boleh. Agar carian kita bukan sekadar mesra carian di google. Malah mesra juga untuk carian di enjin carian seperti BING, Yahoo, Explorer dan lain-lain carian enjin yang lain.

 5-Dafatarkan Website Baru Anda Ke Google Webmaster Tool 

Fungsi daftarkan website kita di Google Webmaster adalah dengan tujuan agar website milik kita dapat dibantu oleh Team Google Webmaster untuk di optimakan sebaik mungkin sewaktu di medium online. Antara kebaikan yang diperolehi adalah memudahkan google spider merayap masuk ke website anda untuk memperolehi infomasi carian yang dimahukan pengguna, memberitahu masalah-masalah secara teknikel seperti melware, virus dan lain-lain yang berlaku pada website anda.

Tips Promosi Website Baru-2

Lihat video Google Webmaster tool Secara Ringkas

 

SYARIKAT TRAVEL ANDA SUDAH MEMPUNYAI WEBSITE? MASIH BELUM? Apa Tunggu lagi… Ikuti Bengkel Bina Website Travel Sekarang. Maklumat lanjut Sila picit butang di sebelah SAYA MAHU JOIN BENGKEL BINA WEBSITE¬†

bengkel bina website untuk travel agent

 

 

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: