Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

4 Trend Pemasaran Travel Terkini Yang Wajib Anda Tahu & Ikut.

May 20, 2016 0 Comments

FOLLOW : FACEBOOK 

Artikel kali ini saya nak kongsikan trend pemasaran bisnes travel terkini yang wajib anda follow rapat-rapat. Dalam pemasaran mudah saja formulanya. Jika anda bukan orang pertama maka anda adalah orang terakhir. Faham ke Faham? Tak Faham? Tak apa teruskan pembacaan..

#1-Lebih Banyak Carian Di Lakukan Oleh Pengguna Sebelum Membeli

Hari ini bukan seperti 10 tahun dulu. Jika dulu di Malaysia penggunaan internet sangat terhad. Jika ada pun mungkin di rumah saja atau di pejabat saja. Tapi kini internet boleh di accesss di mana-mana  hatta di telefon sekalipun. Sebelum buat keputusan membeli atau menempah sebarang pakej percutian dengan syarikat kita.Pengguna selalunya akan buat lebih banyak carian terlebih dahulu menggunakan enjin carian seperti google, yahoo, bing dan lain-lain. Berita baik untuk pengusaha syarikat pelancongan adalah kita boleh optimakan strategik pemasaran SEO mahupun Adwords yang mana keyword berkaitan akan memberikan kita prospek yang berpotensi agar membeli dengan syarikat kita.

Berita buruknya tetap ada. Kerana pelanggan akan cuba membuat carian se-detail yang boleh. Sama ada harga pakej yang mahu dibeli, apa kata pelanggan lepas, background syarikat, perlesenan dan hal-hal penting berkaitan.

Hal ini adalah jawapan utama mengapa pelanggan diam selepas sebut harga telah diberikan pada mereka. Pelanggan telah jumpa pesaing sewaktu proses carian dibuat. Pesaing yang lebih maju selangkah saja dari anda. Pendek kata pesaing anda mengikuti trend pemasaran terkini. Anda masih sibuk edar flyer. Begitulah lebih kurang.

#2-Peratus Pengguna Setia Pada Satu Jenama Semakin Merundum

4 Trend Pemasaran Travel Terkini Di Malaysia Yang Wajib Anda Tahu & Ikut.

Menurut Think With Google, hanya sekadar 14% traveler yang akan menempah dengan jenama yang muncul sewaktu carian dibuat. Ini bermaksud jika selepas itu mereka tidak nampak lagi jenama anda muncul maka para traveler tadi akan melupakan anda terus dan mencari jenama yang lebih kerap muncul di minda mereka.

Baca lagi : Bidang Bisnes Yang Menghasilkan Pendapatan Lumayan.

Apa pun kunci yang perlu anda tahu disini adalah jangan pernah rasa bosan dalam mempromosikan jenama anda di pasaran. Teknik ‘remarketing’ adalah teknik paling ampuh untuk menyelesaikan masalah ini.

#3- Pencarian Menggunakan ‘Mobile Search’.

Mobile flight-related queries on Google.com are up 33% year over year, while mobile hotel queries are up 49%- Think With Google

Birds with Married banner

Fakta Think With Google diatas membuktikan penggunaan mobile search dalam industri travel meningkat mendadak. Jika dulu pengguna menggunakan laptop untuk melakukan carian maka kini semuanya dihujung jari. Trend ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dan belum nampak lagi apa-apa sebab penurunan ini akan berlaku.

#4-  Tempahan Terus Menggunakan ‘Smartphone

4 Trend Pemasaran Travel Terkini Yang Wajib Anda Tahu & Ikut-2

Menurut laporan yang dikeluarkan Think with google 88% pengguna yang melakukan carian di smartphone cederung dan bersedia untuk melakukan tempahan terus bila mana apa yang mereka mahu telah diperolehi. Ini bermaksud conversion rate untuk bakal pelanggan bertukar menjadi pelanggan di mobile phone adalah jauh lebih tinggi.

Fakta ini menyampaikan mesej penting yang mana selain website anda perlu duduk di top ranking carian enjin website anda juga harus bersedia untuk menerima tempahan dengan ciri-ciri mobile friendly yang mudah bagi pengguna.

 

Adakah artikel ini membantu? Kalau membantu ‘share’ pada rakan bisnes travel yang lain @ sertai 1,000++ yang lain dengan daftarkan NAMA & EMAIL. Tips Bisnes Travel akan dihantar terus ke email anda secara berjadual.

 

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: