Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

4 Tips Bila Salas Bisnes Travel Jatuh Mendadak.

November 7, 2017 0 Comments

Cara Buat Jualan Bisnes Travel

Bisnes Travel saya drop menjunam? Saya blur apa saya nak buat.

Jawapan pertama dan jawapan gembira anda perlu tahu adalah. Bukan bisnes anda seorangs saja yang drop dan apa lebih penting untuk anda tahu bukan industri travel saja yang sedang demam teruk tetapi semua industri sedang menjunam.

Jadi tak perlulah cemas sangat kerana semua orang sedang merasa bahang eknomi yang tidak stable ini. Namun saya katakan tidak perlu cemas bukanlah tidak perlu buat apa-apa. Tetapi ini lah masa untuk mencari alternatif jalan penyelesaian untuk buat kajian pemasaran yang lebih effektif untuk bisnes travel anda.

Jadi dibawah saya ingin kongsikan beberapa tips agar bisnes travel anda boleh terus survive :-

1.Ubah Cara Pemasaran. 

Sewaktu ekonomi masih stable bagaimana jenis pemasaran yang anda lakukan? Jika masih menggunakan pendekatan yang sama maka ubah teknik pemasaran. Ingat..

“You Do The Same, You Get The Same”

 

2.  Minimumkan Kos Operasi

Untuk mengurangkan penggunaan minyak maka kita perlu buang muatan berat atas kenderaan. Ada benda yang kita boleh buat kita buat. Ada yang tak boleh kita elak maka kita perlu kekalkan. Untuk selamatkan kapal ini kita hanya perlu letakan hanya benda-benda penting sahaja. Jadi senaraikan benda penting, kurang penting dan tak penting. Ini waktu genting. Anda mahu buang atau anda mahu kapal karam?

 

3. Flexibiliti 

Saya dah banyak kali ulang hal nie. Kalau kita berkeras untuk mempertahankan apa yang kita mahu dengan melanggar arus situasi apa yang berlaku sekarang lama kelamaan kita akan lemah & sakit. Tapi kalau kita mampu untuk flexible dan mudah adapt dengan sesuatu yang baru maka laluan kita jauh lebih mudah. Belajar untuk flexible. Jangan angkuh.

4. Internet

Kalau anda masih belum atau masih lagi terkial-kial menggunakan internet apa tah lagi untuk pemasaran maka sudah sampai masa untuk anda menggunakan medium internet sebagai satu batu loncatan untuk promosikan produk tourism anda. Sampai bila nak cakap tak tahu.. Ada banyak medium yang boleh digunakan. Facebook, Instagram, Twitter, Website, Whastapp dan pelbagai lagi.

 


Bermula December ini saya akan buka sesi consultancy atau personal coaching untuk bisnes travel anda. Sesi ini berlangsung selama 3 jam. Jika berminat boleh terus hubungi team saya dengan klik buatang di bawah.

 

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: