Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

3 Perkara Anda Wajib Buat Sebelum Ada Syarikat Travel Sendiri

May 22, 2016 1 Comment

3-perkara-wajib-buat-sebelum-ada-bisnes-travel-sendiri

Ramai orang ingat bila nak mula bisnes travel ini perlu ada office dulu, perlu ada staff dulu, perlu ada modal dulu tapi sebenarnya hal paling penting bila anda berhajat untuk jalankan bisnes travel secara proper bukanlah hal ini semua. Ini semua adalah next step. Jadi apa yang paling penting dari semua ini Halif? Berikut saya kongsikan antara 3 perkara wajib buat sebelum anda bermula.

#1- Bina Data Base

Berapa data base pelanggan yang anda ada sebelum anda pergi daftar syarikat di Sdn Bhd di SSM? 100..? 200? 300? Cukup ker tuh? Banyak sangat ker tuh? Kalau tahu tak cukup kenapa sibuk-sibuk nak pergi register syarikat. Sebab modal bukan masalah? Kalau modal bukan masalah kenapa tak utamakan apa yang perlu diutamakan? Berapa banyak travel agent hari ini tiada masalah kewangan pada mulanya tapi tak dapat bertahan lama? Kalau tak tahu jawapan maka ini lah jawapan yang tepat. Ibaratnya mereka sibuk bina tapak tapi bahan binaan sikit pun tak nak ambil tahu. Syarikat itu tapak. Bahan-bahan  binaan yang saya maksudkan tadi antaranya adalah database pelanggan. Kesudahanya tapak ada bahan tak ada. Apa jadi?

#2-  Bina Networking

Tak guna ada modal tapi tak ada jaringan yang kuat. Duit akan habis tapi jaringan ini tidak akan habis. Malah kalau pandai jaga maka  semakin kuat dan semakin utuh. Semakin utuh jaringan ini maka risiko bisnes travel kita untuk kecundang semakin rendah. Mengapa? Rakan-rakan industri akan support kita. Bila kita lancarkan pakej maka mereka juga akan support kita. Kalau orang tak kenal mahu dia nak support bisnes awak? Oh sorry-lah 0.00001% saja potensi saja untuk stranger membantu anda.

#3- Bina Channel Pemasaran

Sebelum decide ada syarikat sendiri maka lebih baik anda bina dulu channel pemasaran mana yang akan anda gunakan. Bahasa lebih mudah faham bina channel dulu. Jika secara offline maka saluran mana yang akan anda tumpukan untuk pemasaran dan jika online saluran mana pula yang akan anda fokus. Ramai usahawan bisnes hari ini tiada perancangan dalam pemasaran. Hinggakan bila tanya channel pemasaran mana yang digunakan pun mereka masih gagap-gagap nak jawab.

Itulah 3 perkara wajib yang perlu anda buat sebelum anda mempunyai Bisnes Travel sendiri. Hari ini bisnes bukan seperti dulu. Kalau masih jalankan bisnes dengan cara dulu maka bisnes travel anda berisiko tinggi. Hari ini bukan macam dulu bukak kedai orang beratur menunggu nak beli dari anda. Tapi hari ini anda perlu cari pelanggan. Jika anda tak cari pelanggan maka pesaing anda buat dulu. Apa jadi kalau pesaing buat dulu dari anda? (Jawab sendiri)

======================

28hb May ini saya akan adakan trip ke Singapore. Trip ini khusus untuk mereka yang ingin mempelajari selok belok untuk buat trip ke Singapore secara live. Apa yang dimaksudkan secara live? Untuk maklumat lanjut anda boleh picit butang disebelah  Klik Sini!

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Nur Hidayah says:

    Assalamualaikum….saya nak sangat2 encik bagi saya ilmu,tips serta panduan macam mana nak uruskan perniagaan travel and tour ni dan cara nak kembangkan lagi perniagaan ini… Please tolong saya….

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: