Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Web Sistem Booking Untuk Travel Bisnes

December 13, 2016 0 Comments

Web Sistem Booking Untuk Travel Bisnes

Assalamualaikum.. Lama saya tidak dapat update info berguna. Maklumlah sekarang baru saja masuk sesi awal tahun jadi banyak kerja yang perlu saya fokuskan dalam bisnes. Bak kata mat saleh “business first”. 

Di blog ini saya hanya sekadar berkongsi maklumat dan ilmu saja. Jadi saya akan buat bila mana saya ada kelapangan dan hanya mengikut jadual-jadual yang telah ditetapkan saja. Selain itu saya akan fokus 100% untuk bisnes.

Oh jauh dah ini..

Baiklah berbalik pada tajuk Sistem booking untuk travel bisnes. Pertama sekali saya nak tanya pada anda yang dah pun buat bisnes travel. Anda sudah ada website sendiri atau belum? atau ada masih pakai website url percuma (blogsport dan sebagainya)..? Oh kamon lah.. Sampai bila takut nak labur dan nak pakai barang percuma. Kalau dah start bisnes simpan banyak sikit modal itu. Jangan duduk lama-lama di takuk yang sama atau bahasa lain jangan terlalu lama duduk zon selesa.

Dalam bisnes kita kene move on dengan cepat dari zon selesa. Sebagai contoh kalau anda hari ini dah pun bergerak dan guna web tumpangan dan percuma maka sudah sampai masa anda move on untuk guna pula versi berbayar. Sudah pasti versi berbayar jauh lebih hebat dan jauh lebih banyak anda boleh manipulate berbanding barang percuma.

Saya sekarang tengah bangunkan satu web sistem booking yang ringkas, mudah, simple, friendly user, SEO friendly serta Mobile Friendly. Dengan adanya sistem ini akan membantu para travel agent di Malaysia ini agar mampu keluar dari kepompong lama dah melangkah satu tapak kehadapan. Selain itu saya juga sedang menjalankan sprint test marketing untuk beberapa teknik marketing khusus dalam “Travel Business”.

Hal ini memerlukan saya duduk, kaji dan bereksperimen di pasaran sebenar. Jika tiada apa-apa kesan di pasaran bermakna sprint test saya itu belum berjaya. Bila tak menjadi maka saya perlu ulang lagi step ini. Ini bukan kerja mudah. Kalau sahabat akrab saya kata ini “KERJA GILA”. Hahaha

Ilmu yang ada disini sebenarnya percuma saja dan saya tidak mengenakan apa-apa bayaran. Cuma bagi yang menghadiri bengkel atau membeli ebook sebenarnya anda bukan beli ilmu tapi anda beli masa saya dan pengalaman yang telah saya peruntukan. Masa saya tiada nilai. Saya sayang masa saya. Masa itu lebih mahal lagi dari Jongkong Emas. Jongkong emas anda boleh kumpul duit dan beli. Tapi masa walaupun seminit anda tidak boleh berpatah balik. Itu belum lagi dikira modal yang saya laburkan. Kadang-kadang hangus..

Apa yang saya perolehi akan saya kongsikan bersama anda. Jadi doa-doakan agar segala eksperimentasi saya ini berjalan dengan lancar. Itu saja untuk kali ini berjumpa kita untuk post akan datang yer..

 

 

Sumber Bisnes : Elia Locardi

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: