Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Revolusi Bisnes Travel Agent

December 13, 2016

Mungkin ramai usahawan dalam bidang bisnes travel tahu  atau boleh jadi masih ramai yang tidak tahu atau tidak sedar bahawa revolusi bisnes travel sudah lama berubah sejak sepuluh ke lima belas tahun yang lalu. Tercetusnya fenomena perubahan ketika mana muncul enjin tempahan online (Online Booking System) dan bila mana syarikat penerbangan menyingkirkan komisen untuk agensi pelancongan.

Di Malaysia perubahan bisnes model ini mula tercetus ketika peningkatan syarikat penerbangan Airasia dalam pasaran tempatan yang diketuai pemilik syarikat iaitu oleh Dato Tony Fernandes dengan menggunakan strategik online sepenuhnya dan fenomena perubahan ini mula dirasai sekitar tahun 2005-2006 dan berlaku pada sekitar tahun yang sama juga syarikat penerbangan Malaysia Airline mengistiharkan lagi penurunan komisen kepada travel agent untuk setiap tempahan tiket yang dibuat dan ini adalah detik-detik awal perubahan model bisnes travel berubah.

Bila mana perubahan bisnes travel ini berlaku sepatutnya peranan sebagai travel agent juga perlu turut berubah sejajar dengan perubahan yang berlaku. Malangnya rata-rata travel agent masih bertindak seolah-olah perubahan ini tidak pernah terjadi. Orang lama dalam industri terus menerus membakar duit dengan cara lama, manakala orang baru yang langsung tiada pengalaman menjadi mangsa pembakaran duit dengan lebih besar lagi. Walau ada yang sedar akan perubahan ini namun ia hanya sebilangan minoriti.

Sejak fenomena ini berlaku. Tahun ke tahun kita pasti akan dapat berita mengenai syarikat yang gulung tikar kerana tidak dapat lagi bertahan dalam pasaran. Ada yang dapat keluar dengan selamat dan ada pula yang terpaksa akur untuk keluar dalam keadaan yang mendukacitakan yang mana pemilik terpaksa menangung bebanan hutang dan kerugian yang mampu mencecah hingga ratusan ribu ringgit. Hal ini terus berlaku sekiranya tiada initiatif oleh pemilik travel agent diambil untuk turut sama berubah mengikut arus perubahan semasa.

Walaubagaimanapun tidak lupa juga syarikat yang alert akan perubahan revolusi ini dan terus menerus mengambil kesempatan untuk mengorak langkah meninggalkan pesaing-pesaing lain yang tidak sedar akan perubahan yang berlaku. Begitu juga muka-muka baru yang muncul dalam industri ini, walau baru mereka cepat untuk mengikuti dan flexible dalam arus perubahan terkini dan berjaya menjana pendapatan lebih deras dari syarikat lama yang sedia ada dalam industri.

Kesimpulannya dalam industri pelancongan sebenarnya anda masih mampu untuk menjana ratusan malah jutaan ringgit setahun tidak kira anda orang baru atau lama. Tetapi kunci utama untuk terus kekal berjaya membina legasi dalam industri ini adalah flexibiliti dalam sebarang arus perubahan yang berlaku. Jika enggan menerima revolusi bisnes travel ini maka dua kebarangkalian akan berlaku. Iaitu duduk kekal membakar duit dalam industri ini untuk terus hidup atau keluar dengan segera.

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments are closed.

%d bloggers like this: