Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Pendapatan Sebagai Travel Consultant Relevan Atau Tidak?

December 13, 2016 0 Comments

Gambar Saya Sewaktu Berada di Hong Kong Disneyland.

Hari ini saya memilih lagi satu soalan lagi berkenaan bisnes travel yang ditujukan. Soalan tersebut mengenai adakah relevan atau tidak sekiranya kita mahu menjadi seorang travel consultant dan bukan mempunyai travel agent sendiri. Atau dalam bahasa lainnya anda memilih untuk memperolehi pendapatan dengan menjadi penasihat/perunding travel bagi setiap pelanggan yang mahu mendapatkan pekhidmatan anda.

Perumpamaannya seperti ada beberapa orang yang mahu travel ke Chiang Mai Thailand, dan anda yang mempunyai pengalaman yang awesome ke sana. Anda pun menyediakan perkhidmatan untuk memberikan apa saja info, khidmat nasihat dan tips sepanjang perjalanan untuk ke sana. Yang membezakan anda mengenaikan yuran diatas setiap khidmat nasihat yang diberikan atau anda caj mereka untuk kesemua sekali dalam satu harga khidmat nasihat yang anda berikan.

Sejujurnya ini hanya padangan peribadi. Bila sebut mengenai pandangan peribadi boleh jadi ia tepat boleh jadi tidak. Jadi jawapan saya untuk soalan ini adalah tidak relavan untuk sesetengah destinasi. Dan mungkin relevan dengan sesetengah destinasi yang lain. Ia juga bergantung pada pasaran.. Mengapa? jom kita kupas..

Seperti yang kita tahu, Malaysia terkenal dengan budaya percumanya. Selagi tidak perlu keluar duit maka selagi itu mereka akan cuba untuk tidak mengeluarkan sebarang sen hanya sekadar khidmat nasihat. Mengapa tidak relevan untuk sesetengah destinasi? Ini kerana ada sesetengah destinasi yang dah popular kebanyakan pengunjung Malaysia tersebut akan share info-info mereka secara percuma di dua medium popular ini iaitu blog & media sosial. Lebih lagi destinasi-destinasi yang dah popular seperti Singapore, Thailand, Hong Kong, Vietnam, China dan banyak lagi. Jadi lambakan info secara heart to heart ini tanpa dikenakan sebarang bayaran akan menjadi keutamaan berbanding yang berbayar.

Melainkan destinasi tersebut adalah destinasi yang rare seperti Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin, Amerika, Negara Balkan, Benua Afrika dan pelbagai lagi negara yang kurang dikunjungi rakyat Malaysia. Namun skop potensi pelanggan yang mahu ke negara-negara ini amat rendah dan kebanyakan mereka yang terbang jauh ini mempunyai high level education dan bahasa bukan masalah bagi mereka jadi mereka juga akan berusaha mencari info-info destinasi yang mereka mahu secara percuma melalaui blog traveler/backpackers dari pelusuk dunia yang telah berkunjung ke negara tersebut atau boleh juga memalui website-website tourism negara berkenaan.

 

Oleh itu sekali lagi secara peribadi saya meletakan untuk memperolehi pendapatan hanya sekadar travel consultant bukan perkara mudah kerana budaya Malaysia itu sendiri lebih kuat untuk tidak mengeluarkan wang hanya sekadar menerima nasihat/padangan dan budaya percuma itu sangat kuat di kalangan rakyat Malaysia. Melainkan anda mensasarkan pelanggan dari negara lain.  Namun cara terbaik adalah anda menyediakan pakej percutian tertentu dan tawarkan kepada mereka consult secara percuma. Pendapatan dari pembelian pakej percutian dan percuma adalah khidmat nasihat anda untuk mereka. Inilah cara terbaik memperoleh pendapatan sabagai travel consultant di mata saya untuk ketika ini. Sekian.

 

 

—————————————

Pada 10 October 2015.Saya akan menganjurkan bengkel buat kali pertama & terakhir untuk tahun ini berkenaan bengkel bisnes travel “niche domestik”. Tidak pasti bila lagi saya akan buat bengkel sedemikian walaupun tahun hadapan. Oleh itu jangan lepaskan peluang sekiranya anda mahu mempelajari selok belok memperolehi pendapatan dalam bisnes travel ‘niche dometik’. Pendaftaran masih dibuka. Dibawah link untuk anda daftar untuk ke bengkel.

—> http://bit.ly/1iwrRWd

 

 

Sumber Gambar : kwei

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: