Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Niche: Mengapa Penting Dalam Industri Pelancongan

December 13, 2016 0 Comments

Niche: Mengapa Penting Dalam Industri Pelancongan

Mahu tahu orang tersebut faham atau tidak mengenai apa yang ditawarkan, cuba tujukan soalan kepada mereka. Sebagai contoh jika dalam industri pelancongan ini cuba tanyakan pada pengusaha travel apakah niche mereka dalam industri. Jika beliau jawab semua jenis servis mereka tawarkan maka kita boleh buat dua kesimpulan utama iaitu sama ada beliau ingin menyorokan info mengenai bisnes mereka(konon-konon risau akan menyebabkan kerugian) kepada anda atau sebenarnya mereka sendiri tidak faham kepada siapa mereka tawarkan servis dan siapa pembeli mereka.

Seperti industri-industri lain, dalam pelancongan kita terlalu banyak skop bidang yang boleh di usahakan. Jadi menawarkan pelbagai produk kepada sesiapa sebenarnya kita sedang menawarkan produk pada entah siapa-siapa. Pelik bunyinya tapi itulah hakikat sebenar jika ada yang tidak faham mengenai niche.

Oleh sebab industri ini terlalu luas dan besar maka sebenarnya kita tidak perlu pun tamak berebut-rebut untuk menyediakan kesemua niche secara serentak. Apa yang perlu kita lakukan adalah hanya fokus paling tidak satu atau dua saja sebagai permulaan.

Lagipun melakukan banyak perkara dalam satu masa akan melibatkan kos yang tinggi. Mahu menyediakan perkhidmatan pakej percutian domestik memerlukan seorang pekerja untuk diuruskan, menyediakan pakej percutian ke luar negara setidak-tidaknya perlukan seorang lagu pekerja. Menyediakan bahagian ticketing juga perlu menyediakan seorang lagi pekerja berkemahiran. Semua ini akan melibatkan kos bisnes anda akan naik mendadak tanpa anda sedari.

Cara terbaik adalah ambil satu niche yang anda minat & suka selepas itu buat sampai nama anda dikenali sebagai ‘Grand Master’ dalam niche tersebut. Boleh juga disasarkan dengan memperolehi beratus-ratus kali keuntungan sebelum menambah atau beralih ke niche yang lain.

Oleh demikian tanya semula pada diri. Jika hari ini aku mahu buat bisnes travel. Apakah niche yang mahu aku pilih? Selepas itu soal banyak kali ‘why’?

Selepas selesai perjumpaan yang bertemakan meet-up raya yang dikendalikan syarikat bertaraf global di ampang. Saya menghabiskan masa dengan membaca buku sementara menunggu malam sedikit agar jalan raya lebih tenang dan tidak sesak untuk pulang ke rumah. Sedang menunggu datang seorang lelaki dan duduk di sebelah saya. Cara pemakaian lelaki ini seperti seorang pemandu teksi. Dia menyapa saya dan bertanya saya mahu kemana. Dari perbualan biasa-biasa hingga perbualan mengenai kerjaya. Tekaan saya tadi memang betul. Beliau seorang pemandu teksi yang sedang menanti pelanggannya habis ‘shopping’ di KLCC. Kalangan pelanggan beliau bukan dari orang tempatan tapi pelanggan beliau kebanyakannya adalah pelancong dari luar negara terutamanya dari negara timur tengah seperti Oman, Kuwait, Qatar dan Bahrain. Mendengar penjelasan itu saya terus mengorek lebih lagi mengenai pendapatan yang mampu diperolehi. Jelas beliau pendapatan secara minimum yang boleh diperolehi adalah sekitar RM250 dan boleh mencecah hingga RM800 sehari. Sekiranya cukup kerja selama sebulan maka hasil ini mampu mencecah sekitar RM10k-RM15k sebulan tambah beliau. Apa yang ingin saya maklumkan disini adalah transportation adalah salah satu cabang utama dalam industri pelancongan. Sasaran pelanggan juga boleh disasarkan sama ada pelanggan tempatan mahupun pelanggan dari pelancong luar yang masuk ke Malaysia. Oleh demikian, jangan dipandang sebelah mata pendapatan seorang drive teksi boleh jadi pendapatan mereka 10x ganda dari pendapatan anda yang bekerja di pejabat.”>Destinasi Peranginan Tanah Tinggi Malaysia

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: