Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Nak Jual Syarikat Bukan Seperti Jual Basikal Terpakai

January 12, 2017 0 Comments

Ini satu perkara anda perlu faham dan jelas.

Untuk jual sebuah syarikat SDN BHD dengan satu nilai tertentu ia bukan seperti meletakan harga seperti meletakan harga sebuah basikal terpakai. Syarikat berbeza. Ia sebuah entiti. Bila dikatakan sebuah entiti maka ia sama seperti manusia. Ada surat beranak (SSM) ada surat rekod kesihatan (Audited) ada surat dokumentasi yang berkaitan yang lain, ada akaun bank dan ada pelbagai lagi dokumen-dokumen yang berkaitan.

Transaksi pula bukan boleh dibuat seperti beli basikal terpakai tadi. Sebagai contoh “Nah kau amik duit ini lepas ni basikal kau ini milik aku” tapi sebaliknya banyak sangat protokol dan perlu bekait dengan pelbagai pihak. Antaranya pihak buyer, pihak share holder, director, serta company secretary. Jika syarikat ada pelabur atau membuat pinjaman dari mana-mana pihak hal ini juga perlu jelas.

Siapa nak beli kereta terpakai kalau dokumen tak cukup?

Betul tak saya cakap. Kalau anda nak beli kereta mercedes dengan harga RM150k tapi tak ada dokumen lengkap? geran tak ada, owner tak tahu siapa, road tax dah mati, loan bank masih ada. Anda rasa anda nak beli tak? Confirm tak nak kan.

Jadi samalah macam syarikat. Untuk melepaskan sebuah syarikat semua hal perlu jelas. Semua dokumen perlu lengkap. Jika tak lengkap. Anda simpan sajalah syarikat tersebut buat kenang-kenangan.

Filed in: Travel Bisnes

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: