Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Masih Buat Pemasaran Jenis Ini?

January 12, 2017 0 Comments

Notis : Print screen ini hanya sekadar untuk sesi perkongsian dan pembelajaran. Saya dah blurkan segala maklumat penerima mahupun maklumat penghantar. Moga kita dapat pelajari sesuatu disini. 

Sedang saya asyik membalas whatsapp mesej yang berpuluh dan beratus mesej yang tidak dibaca lagi. Tiba-tiba terdengar bunyi email masuk. Saya berhenti sekejap dan lihat email apa yang masuk.

Saya buka email dan lihat. Email tersebut seperti paparan dibawah :

Emel ini masuk ke emel peribadi. Dan ini bukan pertama kali saya dapat email sebegini. Saya rasa puan/tuan pun ada  menerima email sebegini. Dalam sebuah buku ditulis oleh pemasaran terkenal teknik ini dipanggil sebagai teknik ‘push’ dan ada juga yang gelar sebagai teknik spammer.

Ramai orang tahu ini teknik spam. Tapi…

tapi masih ramai yang nak guna teknik ini untuk jalankan aktiviti pemasaran. Kalau anda sebuah syarikat sendirian berhad tapi masih melakukan teknik ini maka anda sebenarnya dalam keadaan bahaya. Kenapa? Kesan kepada aktiviti ini adalah seperti berikut :-

  • Syarikat travel anda tidak profesional (Buat pemasaran pun nak guna teknik spam)
  • Dari luaran syarikat travel kelihatan tiada sistem yang betul.
  • Buang masa (peratus untuk orang berminat adalah sangat rendah)
  • Anda boleh disenarai hitamkan oleh pihak email provider sebagai spammer
  • Imej syarikat travel anda akan terjejas

Ada banyak lagi kesan dan ini kesan apa yang saya terfikir secara spontan.

Jika ini yang anda katakan sebagai marketing aktiviti untuk syarikat travel anda. Maka nanti kelak jangan merungut sudah buat marketing tapi tak ada orang berminat.

Itu saja nak bagi tahu..

Semoga Bermanfaat

Halif Saat

Berminat Untuk Mendalami Bagaimana Buat Bisnes Travel. Ikuti Bengkel seterusnya. KLIK LINK GAMBAR DIBAWAH :

Filed in: Travel Bisnes

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: