Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Masa Terbaik Memasuki Niche Domestik Dalam Pelancongan

December 13, 2016 0 Comments

Artikel ini saya terfikir untuk buat sewaktu berada di sungai Latar Medang. Jadi saja saya abadikan gambar ini sebagai kenangan.

Walau ada menteri-menteri yang gembira akan kejatuhan ringgit. Namun sebagai traveler dan pengusaha dalam bidang industri ini ia bukanlah berita yang mengembirakan malah ia adalah berita yang amat menyedihkan sama sekali. Walaubagaimanapun kesedihan tanpa melakukan apa-apa tindakan langsung tidak memberikan sebarang erti. Sampai bila mahu meratapi tanpa melakukan sebarang tindakan perubahan. Jadi untuk ketika ini saya melihat siapa yang ingin memasuki industri bisnes travel maka niche domestik adalah pilihan terbaik.

Antara sebab kenapa saya berkata begitu adalah :

#1- Ringgit Yang Parah

Ringgit yang jatuh menyebabkan ramai pelancong memilih untuk terus melancong dalam Malaysia berbanding ke luar negara. Ini kerana pelancong Malaysia terpaksa membelanjakan dua kali ganda lagi pembelajaan untuk melancong ke luar negara. Pelancong Malaysia mengambil inisiatif “Wait Until Ringgit Come Back” dan hanya membelanjakan wang sekitar dalam negara untuk ketika ini.

#2- Niche Domestik Mudah Di Jalankan

Niche domestik adalah niche paling mudah untuk dijalankan berbanding niche-niche yang lain. Cuma ramai yang tidak tahu cara yang betul. Potensi niche domestik sekitar 30 juta penduduk iaitu purata populasi penduduk Malaysia ketika ini. Sekiranya dimulakan dengan betul maka cukuplah sebagai permulaan anda hanya mengambil 0.01% sahaja pelanggan dari jumlah total penduduk Malaysia untuk setahun maka anda sudah mampu mempunyai modal untuk mengembangkan bisnes travel anda untuk tahun yang berikutnya. Itu pun saya kira hanya mengambil 0.01%. Cuba up kan sikit lagi dari itu. Lepas itu anda kiralah sendiri.

#3- Penggunaan Bahasa Malaysia

Semua supplier yang perlu anda deal menggunaka bahasa tempatan. Jadi anda pun tidak perlu berbelit lidah untuk membuat sebarang urus niaga dengan mana-mana supplier yang terdapat di Malaysia. Apa yang penting adalah anda perlu faham terma penggunaan tertentu dalam urus niaga pengurusan pelancongan. Penggunaan bahasa tempatan sebenarnya satu bonus kerana anda tidak lagi perlu gusar atau pening kepala untuk berkomunikasi mengenai setiap deal yang dibuat.

 

Baca Lagi : Flow Dalam Urusniaga Domestik

 

————————————————-

Mahu Bina Pendapatan Dari Bisnes Travel?

Untuk anda yang meminati dunia bisnes travel, Saya ada anjurkan sebuah bengkel khusus untuk anda yang meminati dan ingin menceburkan diri dalam bisnes travel ini dengan yuran pembelajaran yang amat berpatutan. Saya akan kongsikan pengalaman 10 tahun dalam industri ini dengan anda. Dan untuk pengetahuan inilah julung kalinya bengkel yang akan membongkarkan Bagaimana anda juga mampu membina perniagaan dari industri ini.

 

 

Sumber Gambar : Minkel Cedeno

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: