Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Masa Terbaik Jana Pendapatan Dalam Dollar

December 13, 2016 0 Comments

Masa Terbaik Jana Pendapatan Dalam Dollar

Sejak tahun lepas Ringgit terus menerus jatuh merundum dan kejatuhan ini  adalah lebih teruk lagi berbanding kemelesetan ekonomi yang berlaku di Asia pada tahun 1997. Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang hilang ‘purchasing power’ pembeli dek kerana peningkatan kos sara hidup yang tinggi dan penguat kuasaan GST pada April lalu maka ini adalah masa terbaik untuk usahawan Malaysia terutamanya usahawan bumi dalam inudustri pelancongan mula berjinak-jinak untuk mempelajari bagaimana untuk memperolehi pendapatan dalam mata wang dollar.

Siapa yang tidak mahu jana pendapatan dalam dollar. Namun ia bukan sesuatu kerja mudah memperolehi pendapatan dalam dollor namun ia juga bukan alasan untuk kita tidak mencuba.

Persoalannya bagaimana untuk perolehi pendapatan dalam dollar?

Hal wajib untuk anda tahu adalah tiada siapa yang mahu bayar pakej percutian destinasi dalam Malaysia menggunakan mata wang dollar bagi rakyat Malaysia sendiri? (Jika ada maka maka orang itu benar-benar jutawan dollar) . Rakyat Malaysia sudah tentu akan guna ringgit. Kalau anda menyediakan pakej outbound ke luar negara sekalipun pasti anda perlu convert terlebih dulu kepada RM jadi trasaksi tetap berlaku dalam Ringgit dan bukannya dollar. Maka dengan ini kita sudah kenal pasti untuk memperolehi pendapatan dalam dollar maka pelanggan kita bukanlah dari kalangan orang Malaysia.

Jadi siapa pelanggan kita? Pelanggan kita adalah seluruh penduduk muka bumi yang ingin berkunjung ke Malaysia 🙂

Apakah produk pelancongan yang kita perlu sediakan?

Apa saja. Yer apa saja produk pelancongan di Malaysia ini boleh ditawarkan kepada mereka. Sebagai contoh City Tour di Malaysia adalah Penang, Melaka, Kuala Lumpur, Genting, Pulau-pulau di Malaysia, Adventure dan pelabagai lagi.

Harga yang ditawarkan pula bukan lagi dalam ringgit. Kerana sukar untuk pelanggan convert dengan mata wang mereka sekiranya menggunakan ringgit. Jadi cara terbaik memudahkan pelanggan mengira budget adalah dengan meletakan harga pakej kita dalam dollar.

Jadi apa tunggu lagi? Mulakan sekarang jana pendapatan dalam dollar.

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: