Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Kesan Social Media Marketing Dalam Industri Pelancongan

December 13, 2016 0 Comments

Pergh tajuk post dah macam thesis dekat Universiti. Yer.. memang saya di universiti pun.. Universiti of Life.. real punya universiti. Ok lupakan pasal universiti mari kita tumpukan sekejap topik penting ini.

Sebenarnya untuk bincangkan tajuk social media marketing ketika ini sudah agak ketinggalan. Tapi disebabkan topik ini dikhususkan dalam industri pelancongan maka ia boleh dikatakan masih lagi satu fenomena di Malaysia. Baru tak baru jugaklah kerana saya dah gunakan medium social media ini sejak tahun 2011 dalam industri pelancongan.

Dalam era tahun 2000an bajet untuk pemasaran masih lagi memerlukan bajet yang agak besar. Era ini jika siapa yang mempunyai modal besar maka dialah yang seolah-olah mampu untuk memegang pasaran dengan menggunakan medium pemasaran yang ketika itu masih tertumpu banyak pada medium klasik seperti surat khabar, radio, billboard, TV, Flyers dan pelbagai lagi medium klasik yang lain.

Namun dengan kewujudan era pemasaran baru seperti adanya social media marketing maka setiap peniaga berpeluang untuk menjalankan pemasaran untuk perniagaan mereka sendiri tidak kira bisnes itu berskala besar mahupun berskala kecil. Seperti dalam industri pelancongan jika dulu big player travel industri banyak mengiklankan bisnes mereka dalam radio (era fm, Ikim fm & Hot fm) dan surat khabar (Harakah, Metro & Sinar) dan kita hanya mampu melihat & mendengar saja iklan-iklan mereka maka tidak untuk hari ini. Kos yang semakin hari semakin meningkat menyebabkan big player juga cuba untuk mencari initiatif menurunkan kos pada tahap minima dan mengoptimumkan keuntungan bagi setiap jualan mereka. Jika mereka masih berkeras menggunakan medium klasik dan ingin berjuang menentang arus maka sebenarnya ia meminta untuk mati secara perlahan-lahan.

kesan-social-media-dalam-industri-pelancongan

Instagram salah satu social media yang berkembang dengan sangat pantas. kita boleh lihat berapa puluh ribu gambar  travel yang viral dalam sehari. Tempat yang tak popular pun mampu popular semula dengan hanya melalui instagram.

Menurut beberapa laporan yang dikeluarkan badan Travel industri dunia pada 2013 sebanyak 95% orang menggunakan facebook untuk aktiviti travel mereka. Dan angka ini terus meningkat dari tahun ke tahun dan dijangka pada tahun 2016 social media akan menjadi pilihan utama sebagai salah satu cara pemilihan pakej percutian secara online. Berikut yang boleh dikongsikan mengenai kesan social media dalam tourism industry.

 

Kesan positif :-

  • Perniagaan lebih cepat berkembang kerana info yang disampaikan lebih pantas.
  • Perniagaan kecil juga berpeluang untuk mengembangkan perniagaan ke aras lebih tinggi.
  • Potensi pelanggan yang lebih besar
  • Kos pemasaran menurun
  • Keuntungan meningkat
  • Testimonial pelanggan/review secara live oleh bakal pelanggan yang lain
  • Pengusaha perniagaan mudah untuk melakukan proses engagement dengan pelanggan
  • Pasaran baru a.k.a lautan biru dapat dicipta
  • Kos pemasaran video lebih mudah dicipta dengan hanya melalui telefon saja.
  • Pasaran tanpa sepadan. Anda boleh luaskan pasaran secara global mengikut geografik, segmentasi,jantina, umur dan lain-lain.

Kesan negatif :

  • Pesaingan lebih terbuka dan sengit. Kerana kos social media marketing rendah.
  • Info negatif mengenai servis yang dijalankan lebih pantas viral.
  •  Pelanggan mempunyai banyak pilihan.
  • Fitnah lebih cepat tersebar. Ada ketika berita palsu yang dicpta oleh pesaing begitu cepat menular kepada bakal pelanggan.
  • Pelanggan boleh review dulu apa pelanggan yang yang sudah menggunakan perkhidmatan kita.

 

Itulah serba sedikit kesan social media marketing dalam industri pelancongan. Walau kos pemasaran social media lebih rendah namun ia belum menjanjikan sebarang kejayaan. Untuk berjaya dalam social media marketing pula maka ia satu lagi topik yang berlainan. Akan datang sekiranya berkesempatan saya akan kongsikan lagi mengenai tips social media marketing dalam tourism industri.

 

 

Sumber Gambar : Esteban Lopera Casas

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: