Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Kembangkan Bisnes Travel Anda Secepat Mungkin

January 12, 2017 0 Comments

Gambar Hiasan

Kalau sebelum ini anda buat bisnes travel tanpa lesen lekas-lekaslah apply lesen, kalau sebelum ini buat bisnes travel tanpa ada premis a.k.a office lekas-lekaslah ada office, kalau sebelum ini buat kerja sorang-sorang cepat-cepatlah cari staff dan begitulah seterusnya. Sebab apa?

Sebab selagi anda tak buat semua yang diatas ini anda sedang selesa buat duit dan tak payah mengaku anda sedang buat bisnes. Hakikatnya begitulah ramai orang ingat dia sedang buat bisnes tapi sebenarnya tidak. Selagi mana anda sedang buat duit dan bukan buat bisnes selagi itulah anda akan terikat dengan pelbagai aktiviti. Kalau anda faham konsep bisnes maka anda akan faham apa yang cuba saya sampaikan ini.

Buat duit kita kena buat semua benda. Reply email kita, reply pm kita, angkat phone kita, reply whatsapp kita, meeting kita, appointment kita, buat invoice kita, follow up kita, handling complaint pun kita.  Satu benda ini saja saya nak anda tahu. Yang mana kita bukan KERBAU. Kita manusia yang perlu ada masa rehat, masa bersama orang tersayang, masa bersama tuhan maha pencipta, masa buat sesi networking, masa riadah, masa untuk diri sendiri. Tak kisahlah betapa hebat anda boleh buat semua benda berseorangan. Persoalan saya disini sampai bila?

Kalau Nak Buat Bisnes.. Buatlah Betul-Betul..

Ini apa yang saya lihat.. Orang kita terlalu takut untuk berkembang. Ada saja alasan yang dicipta untuk tidak berkembang.  Eh mahal-lah nak bukak office, eh mahal lah nak ambil lesen, alaa susahlah.. ala tak payah sekarang pun duit tetap masuk juga sama jer tak yah sembanglah nak kembang sangat.. Eh!

Tapi bab berbelanja sebagai contoh pakai laptop, smartphone kalau boleh semua model terkini dengan lambang buah epal yang di gigit. Belum cerita kereta lagi.

Jangan selesa duduk satu zon.. Berkembanglah..

Kehidupan ini kalau memang disarankan oleh agama untuk selesa pasti sang nabi itu adalah manusia paling selesa di muka bumi. Tapi apa yang berlaku tidak. Malah nabi lah manusia paling banyak berkorban untuk mengembangkan agama tuhan. Kita disarankan agar menjadi lebih baik dari semalam. Untuk menjadi lebih baik dari semalam kita tidak boleh selesa di satu tempat. Ini bermakna kalau kita jatuh maka bangunlah cepat-cepat, kalau kita dah pandai merangkak cuba pula berjalan dan bila pandai berjalan maka cubalah berlari. dah pandai lari maka cubalah pula pecut dan begitulah seterusnya. Jangan selesa.

Saya pernah jumpa orang buat freelance umrah dirumah yang hampir 10 tahun beroperasi di rumah. Saya juga berpeluang lihat orang buat bisnes secara freelance. Tiada apa keseronokan yang saya lihat melainkan takut-takut diserbu orang kementrian pelancongan. Takut-takut nak ada premis. Takut-takut nak buat aktiviti pemasaran. Selain walaupun 10 tahun buat kerja dirumah tapi masih gagal untuk beli walau sebiji rumah. Bukan seorang dua saya jumpa buat begini tapi ramai..

Sikit-sikit berkembanglah. Bagaimana nak berkembang? Sudah semestinya jangan langgar ke dinding tanpa ilmu. Mahu langgar boleh tapi dengan ilmu. Anda pernah tengok orang belajar karate boleh patahkan meja kayu tanpa ada sebarang cedera. Kalau kita buat tanpa ilmu boleh juga tapi bukan mejalah yang patah tapi tangan kita yang patah. uhuk. uhuk.

Saya harap anda faham apa yang saya cuba sampaikan. Saya sebenarnya cerita diri saya sendiri waktu awal-awal pembabitan  dulu. Saya dah lakukan banyak kesalahan dan saya nak tanya adakah anda nak ulang balik apa jua kesalahan yang saya buat? Jika ya Silakan..

Ok lah itu saja

Akan datang saya share lagi tips bisnes travel ya..

Halif Saat

Travisory – Business Travel Advisor

 

 

Sumber Gambar : Kevin MadsenI Putu Budi Astawa

Filed in: Travel Bisnes

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: