Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Jenis GDS Sistem Di Malaysia

December 13, 2016 0 Comments

GDS sistem? apakah bendanya itu? Hehehe

Baiklah kali ini saya ingin kongsikan mengenai GDS sistem. Disini saya hanya terangkan secara ringkas dan GDS sistem yang familiar/popular saja yang digunakan di Malaysia. Kalau anda mahu advance lagi mengenai GDS sistem jika ada kesempatan akan datang akan saya kongsikan lagi.

Sebelum itu, apakah dia GDS Sistem ini. Apakah kegunaan GDS sistem dalam industri travel.

GDS system adalah sistem tempahan yang digunakan untuk menempahan ticket penerbangan, teksi, hotel room, kereta sewa dan pelbagai lagi yang berkaitan industri pelancongan. Walaubagaimanapun GDS sistem ini tidak boleh diguna pakai melalui orang persendirian. Ia hanya boleh diberikan kepada travel agent atau pihak-pihak tertentu sahaja. Jika di Malaysia travel agent yang saya maksudkan tadi adalah travel agent yang mempunyai lesen sah saja dari kemetrian pelancongan yang dibenarkan. Selain GDS ia juga digelar sebagasi CRS iaitu Computerize Reservation System.

Untuk pengetahuan anda sistem ini bukan percuma ia berbayar dan yuran yang dikenakan bergantung kepada syarikat GDS sistem tersebut. Di Malaysia kita mempunyai tiga jenis GDS sistem yang paling banyak digunakan oleh travel industri. Berikut adalah seperti dibawah ;-

#1-Abacus

#2-Amadeus

#3-Galileo

Apa beza booking secara online dengan booking menggunakan GDS sistem ini?

Contoh Pencarian Maklumat Di GDS sistem

Ada pro & con. cuma ada banyak perkara dalam GDS sistem tidak boleh dibuat dalam sistem website online biasa. GDS sistem lebih detail. Namun cara menggunakan tidak semudah disangka kerana ia menggunakan command tertentu untuk mengeluarkan maklumat yang kita mahu. Setiap GDS sistem mempunyai command tersendiri dan tidak sama.

Website online pula interface lebih friendly dan lebih ditekankan kepada end user. Hinggakan orang yang tak faham dunia tourism pun boleh buat booking sendiri. Tetapi tidak GDS sistem kerana anda perlu ada skill khusus.

Apa pun anda jangan pening kalau anda tak faham semua ini. Tak mengapa kerana sistem ini semua hanya lebih kepada sistem tempahan tiket penerbangan. Tidak banyak travel agent yang buat tempahan hotel menggunakan sistem ini. Sistem tempahan hotel jauh lebih mudah.

Adakah artikel saya ini membantu anda mengenali industri travel. Jika ia bantu berikan maklum balas.

terima kasih.

 

 

 

Sumber Gambar : Andy Katsaitis

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: