Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Info Asas Yang Perlu Kita Tahu Mengenai Bisnes Pelancongan

December 13, 2016

Sebut mengenai industri pelancongan bermakna anda tidak boleh lari dari berurusan dengan Kementrian Pelancongan Malaysia. Andai kata sehabat atau kenalan anda menjalankan perniagaan  bisnes travel tapi tidak berurusan dengan Kementrian Pelancongan Malaysia bermakna kemungkinan besar perniagaan itu dijalankan secara HARAM !! atau lebih sopan lagi kemungkinan beliau menjalankan perniagaan tanpa lesen sah!. (^o^)

Oh ya !melainkan beliau adalah ejen untuk sebuah syarikat travel lain. (saya akan terangkan hal ini di post lain nanti)

Sambung semula …

Terlebih dahulu sebelum boleh memomohon lesen pelancongan untuk syarikat dari Kementrian terbabit. Kita sudah pun berjaya mendaftarkan syarikat di SSM secara sah dengan menggunakan tiket  berkelaskan SENDIRIAN BERHAD sekurang-kurangnya dan bukannya sole trader/enterprise. Seperti yang kita tahu untuk mendaftar syarikat yang menggunakan Sendirian Berhad maka kita haruslah mempunyai sekreteri syarikat.

Tips : Pemilihan sekreteri syarikat yang berpengalaman penting kerana tidak semua syarikat sekreteri mempunyai pengalaman mendaftarkan syarikat pelancongan. Pengalaman sekreteri syarikat akan memudahkan pengurusakan dokumentasi pada masa akan datang.

Ini adalah syarat paling utama dan asas yang perlu kita tahu. Nama yang didafatrkan juga haruskan menggunakan unsur yang menonjolkan sebuah perniagaan berasaskan industri pelancongan. Untuk lebih jelas saya berikan beberapa contoh di bawah.

ABC Travel & Tours SDN. BHD. , ABC Vacation SDN BHD, ABC Tour SDN. BHD. ABC TRAVEL SERVICE SDN. BHD.  dan pelbagai lagi

Nama boleh diberikan mengikut kemahuaan anda selagi mana ia menepati syarat yang ditetapkan oleh SSM dan apa yang lebih penting nama yang dipilih masih belum didaftarkan oleh orang lain. Kesamaan atau hampir-hampir sama juga akan menyebabkan anda tidak akan memperolehi nama yang ingin di daftarkan.

Jadi dari nama syarikat saja kita sudah boleh tahu sama ada perniagaan pelancongan itu dijalankan secara sah ataupun tidak. Selain itu bagi yang telah menerima lesen pelancongan sah maka akan mempunyai no. pendaftaran/lesen tersendiri yang bermula dengan KPL/LN : 1234 ( No. pendaftaran ini terdapat di sijil/lesen sah sahaja)

p/s: Pssttt… Nak berniaga jangan takut-takut. Mohonlah lesen secara sah. Bila sudah ada lesen semua bahagian kita boleh masuk baik sektor Kerajaan, Koperat, Swasta, Institusi pendidikan dan banyak lagi.

Apa kelemahan menjalankan perniagaan pelancongan tanpa lesen sah..? Saya akan kongsikan pada artikel akan datang ok.. Stay Tune….

————————————————————————-

Banyak lagi artikel yang akan saya kongsikan untuk anda semua…

Untuk tidak terlepas.. sebarang info menarik. sila daftarkan email anda untuk menerima news letter yang terkini dari blog ini.

Sumber Gambar : Saffron Blaze & MsFungi

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments are closed.

%d bloggers like this: