Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Destinasi Peranginan Tanah Tinggi Malaysia

December 13, 2016 0 Comments

Destinasi Peranginan Tanah Tinggi Malaysia

Kita masih lagi dalam perbincangan mengenai produk pasaran domestik. Kali ini saya mahu bincangkan Destinasi Peranginan Tanah Tinggi. Di Malaysia kita tidak punya banyak pilihan Destinasi Percutian Tanah Tinggi. Jika disenairaikan destinasi peranginan tanah tinggi yang POPULAR, saya kira masih belum sampai pun melebihi dari 10 destinasi (Sekali lagi! yang Popular).

Apa yang di maksudkan dengan destinasi peranginan tanah tinggi ?

Disini saya sendiri yang menetapkan kawsasan tersebut haruslah mempunyai khidmat penyediaan penginapan seperti hotel, resort, chalet, home stay. Serta perkhidmatan asas yang lain seperti kedai makan/restoran, kedai runcit, serta kawasan menarik tertentu untuk dilawati.

Untuk kawasan tahah tinggi seperti gunung-gunung yang indah yang terdapat di Malaysia saya kategorikan ini dibawah outdoor aktiviti kerana hanya golongan tertentu sahaja yang boleh melawati kawasan tersebut.

Dibawah saya senaraikan destinasi yang popular berikut.

#1- Cameron Highland

#2- Genting Highland

#3-Frazer Hill

#4-Bukit Tinggi

#5-Bukit Larut/Bukit Maxwell

#6-Bukit Bendera

#7-Kundasang

*Jika ada yang terlepas pandang kawsan peranginan tanah tinggi yang lain si maklumkan semula dengan memberi koment dibahagian bawah.

Pakej kawasan tanah tinggi kebiasaannya atau standard pakej aktiviti yang boleh kita masukan adalah jenis aktiviti santai seperti petik buah, melawat ladang budah-buahan, melihat panorama indah bukit bukau flora dan fauna, bersantai ke sungai/air terjun berdekatan, rehat-rehat di penginapan, makan-makan bersama keluarga dan membeli-belah produk tempatan.

Di Malaysia niche ini masih laku keras kerana ia adalah salah satu jenis percutian keluarga yang mahu keluar dari kesibukan kota ataupun mahu meluangkan masa cuti sekolah bersama anak-anak. Jenis percutian ini sesuai untuk semua golongan dari yang berumur setahun hinggalah untuk golongan warga emas.

 

Sumber Gambar : Sunsword & Moonsabre

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: