Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Berapa Kos Modal Yang Diperlukan Untuk Saya Buka Sebuah Syarikat Travel Agency?

December 13, 2016 0 Comments

Berapa Kos Modal Yang Diperlukan Untuk Saya Buka Sebuah Syarikat Travel Agency?

Semalam Menerima satu lagi soalan dari Mr X berkenaan berapakah kos buka syarikat travel agent yang berdaftar atau kata mudahnya mempunyai lesen sah dari Kementrian Pelancongan Malaysia.

Membuka syarikat berdaftar dibawah SSM bukanlah satu masalah besar. Dengan sistem yang ada pada hari ini berserta dokumen yang serba lengkap semua itu boleh dibuat dalam masa 48 jam sahaja. Namun apa yang menjadi gusar kepada pengusaha travel adalah bukan pendaftaran syarikat dibawah SSM tetapi adalah memperolehi lesen sah dibawah kementrian pelancongan Malaysia atau MOTAC. Untuk memperolehi lesen sah ini MOTAC mengenakan syarat ketat dan antara syarat tersebut adalah modal berbayar untuk syarikat yang ingin didaftarkan mestilah RM200,000.  Saya tidak mahu ulang banyak kali syarat-syarat lain yang telah pun ditetapkan oleh MOTAC melainkan anda downloadnya sendiri disini.

Anda ada RM200,000? Bahasa kasarnya jika ada tiada jangan sebut-sebut atau jangan sekali bermimipi untuk ada sebuah syarikat travel agent sendiri. Tapi kalau anda masih berdegil dan mahu dan hati anda cukup kental adakah anda mahu mempelajari bagaimana nak buka travel agent sendiri walau sekarang anda belum ada lagi RM200,000 tersebut? Mahu?

Jika mahu saya akan bongkarkan sekali rahsia ini dalam Bengkel Bisnes Travel yang akan saya buat tidak lama lagi. Bengkel ini menjurus kepada niche domestik dan mengapa saya mahu anda masuk dalan niche ini ada banyak sebabnya. Boleh baca semula artikel mengenai kelebihan niche domestik disini.

Untuk sertai bengkel ini. Boleh terus register online disini.

 

Sumber Gambar : kwei

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: