Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

5 Tips Menambat Hati Pelanggan Pertama Agar Menempah Pakej Percutian Dari Anda

December 13, 2016 0 Comments

5 Tips Menambat Hati Pelanggan Pertama Agar Menempah Pakej Percutian Dari Anda

#1- The Power Of Now

“Impression is first. Not second”

Siapa yang tidak suka sekiranya kita dilayani dengan segera. Zaman ini kalau anda menangguh bermakna anda terus tertinggal. Pelanggan mempunyai terlalu banyak pilihan. Oleh itu mereka akan menghantar sebarang pertanyaan melalui whatsapp,inbox fb, mesej mahupun komentar di mana-mana laman social milik anda maka segeralah untuk menjawab soalan-solan tersebut. Ini adalah first impression pelanggan terhadap servis bisnes travel anda. Ingat kata-kata ini Impression is first not second. Oleh demikian jawab secepat mungkin pertanyaan-pertanyaan pelanggan dengan segera.

#2- Meraikan Pelanggan

Elak berniaga gaya samseng walau dalam alam maya. Jika mahu jawab soalan lebih lagi kepada pelanggan pertama maka cuba masukan dulu kata-kata meraikan kedatangan mereka  beserta ucapan terima kasih. Mereka akan lebih sejuk hati sekiranya baca ayat-ayat yang meraikan kedatangan mereka walau melalui pm atau email. Siapa yang tak sejuk hati. Kita hantar email pun disambut dengan baik siapa yang tak suka kan. Raikan pelanggan itu kerja yang amat mudah.

#3- Jawab Dengan Penuh Infomasi

Bukan semua orang pernah bercuti mungkin ada pelanggan yang pertama kali bercuti maka pertanyaan mereka mungkin soalan-soalan yang senang dimata kita dan kita pula menjawab sekadar ala kadar saja. Seeloknya jawablah dengan memberi info-info yang dapat membantu lebih lagi pertanyaan-pertanyaan pelanggan tadi. Pelanggan tanya satu kita beri lebih lagi dari itu. Dengan ini pelanggan akan yakin bahawa kita memang arif dengan apa yang kita sedang tawarkan.

#4- Selesaikan Masalah

Pelanggan yang hadir bukan semua sudah ada keputusan. Ada yang datang membawa masalah kebelengguan. Jadi tugas kita adalah selesaikan masalah pelanggan tadi. Budget, tarikh, konsep percutian, tema, aktiviti, transport, tiket masuk dan apa-apa saja yang membelengukan mereka kita usaha untuk selesaikan. Lebih banyak masalah kita dapat selelsaikan lebih mudah untuk kita menambat hati pelanggan agar terus menempah pakej percutian dengan kita.

#5- Mudahkan Bukan Susahkan

Jangan terlalu rumit dalam sesuatu perkara. Jika pelanggan tidak faham cara isian borang di sistem borang tempahan di website milik kita maka mudahkan mereka. Minta detail dan maklumkan yang anda akan bantu mereka mengisi borang tempahan pakej mereka tersebut. Jika rumit bagi pelanggan maka cari jalan memudahkan mereka.

Anda Ingin Menjalankan Bisnes Travel Sendiri..?

Tiada Ilmu? Tiada Pengalaman? Sertai Bengkel Bisnes Travel Sekarang

Yang Pertama Kali Dibuat Di Malaysia mengajar anda Bagaimana anda

mampu bina pendapatan dari industri pelancongan.

 

 

Sumber Gambar : Vivienne Gucwa

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: