Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

5 Sebab Domestik Produk Semakin Meningkat Naik

December 13, 2016 0 Comments

5 Sebab Bisnes Produk Domestik Semakin Meningkat Naik

7-10 tahun yang lalu kalau anda cakap anda menyediakan servis travel domestik. Bagi yang sedang makan nasi ketika itu pasti akan tersembur serta merta. Serius. Ganjilnya bagi mereka yang menyediakan perkhidmatan pakej untuk domestik pada ketika itu amat-amat tak “standard” di mata usahawan dalam bidang perlancongan . Apa yang saya perhatikan hanya usahawan berbangsa China saja fokus yang menyediakan perkhidmatan domestik ketika itu.

Namun apa yang terjadi pada hari ini, hampir sebilangan besar usahawan dalam industri pelancongan beralih arah. Dari fokus kepada Outbound terus menukar arah kepada Dometik. Berikut apa yang saya perhatikan & berlaku ;-

#1- Ringgit Lemah

Tidak boleh dinafikan inilah antara punca utama ramai travel agent beralih arah. Ringgit yang semakin lemah menyebabkan dua perkara berlaku. Market Malaysia tidak mampu ke luar negara dan pelancong luar mengambil kesempatan joli di Malaysia.

#2- Ekonomi Malaysia Tidak Stable

Bila ekonomi tidak stable pasti juga ada pendapatan isi rumah yang tidak stable. Ada yang kena VSS dan ada juga diberhentikan oleh sebab Kilang/Bisnes menutup operasi atau berpindah ke negara lain. Faktor ini menyebabkan isi rumah hilang pendapatan tetap. Bagi yang mendapat kerja baru maka gaji mereka juga ada yang tidak seperti dulu. Maka percutian dalam Malaysia adalah alternatif lain untuk menghabiskan masa bersama keluarga mengikut standard pendapatan.

#3- Malaysia Kurang Bencana Alam

Bahasa lainnya “Malaysia Masih Aman” . Walau kadar jenayah sedikit meningkat di kala ekonomi yang tidak stable namun tidak boleh di nafikan Malaysia masih lagi terlindung dari tuhan pencipta alam kita dari sebarang musibah atau bencana alam yang besar seperti ribut taufan, gempa bumi, tsunami dan lain-lain lagi bencana alam. Rekod bom meletup di bandar-bandar besar di Malaysia juga masih bersih berbanding negara jiran kita.

#4- Produk Unik

Kita kaya dengan alam seperti mana negara jiran kita Indonesia. Dari Hutan, Pulau, Pantai, Tanah Tinggi, Sungai, Gunung Ganang, Air Terjun dan pelancongan dalam bandar semuanya hebat-hebat dan unik. Uniknya lagi setiap negeri di Malaysia ada budaya mereka sendiri. Ini yang membuatkan kita terus ingin bercuti dalam Malaysia.

#5-  Life Style 

Jika 15 tahun dulu orang bercuti setahun sekali atau paling kuat pun setahun 3 kali. Tapi tak hari ini. Pantang ada cuti tahunan atau cuti perayaan. Pasti bercuti sajalah. Boleh jadi sebab faktor orang kampung sudah tiada di kampung dan boleh jadi juga generasi baru yang suka kan ekplorasi. Pelajar universiti setakat Indonesia atau Thailand itu perkara biasa dah. Banding 10 tahun dulu. Terasa hebat sangat dah kalau dah sampai Thailand atau Indonesia itu.. hehe

Sebenarnya ada banyak lagi tapi cukuplah lima ini sudah cukup kukuh mengapa niche domestik ini semakin meningkat naik. Jika anda ingin memulakan  bisnes travel maka ini adalah masa terbaik untuk anda mulakan bisnes travel dengan niche “domestik”. Selain mudah untuk uruskan anda juga boleh faham dunia pelancongan dengan lebih mudah dan cepat tanpa sebarang kos hingga ratusan ribu ringgit.

Kalau masih tak tahu bagaimana nak mula akhir bulan FEB ini saya adakan satu bengkel yang diberi nama BENGKEL BISNES TRAVEL niche “DOMESTIK”. Bengkel ini khas untuk mereka yang ingin belajar bagaimana mulakan bisnes travel dengan modal yang minimum. Berikut adalah maklumat penuh bengkel tersebut.

—> Klik Disebelah –>  KLIK SINI

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: