Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

3 Mitos Mempunyai Travel Agent Sendiri

December 13, 2016

3 Mitos Mempunyai Travel Agent Sendiri

Menurut pemerhatian saya, 3 mitos ini adalah mitos paling ramai orang mempercayainya. Sama ada kepercayaan bagi orang yang tidak terlibat secara langsung mahupun mereka yang baru-baru nak berjinak dalam industri ini. 3 mitos yang kuat ini juga menyebabkan ramai berlumba-lumba untuk masuk dalam industri pelancongan tanpa mempunyai alasan yang kukuh dan minat yang kuat.

#1- Semuanya Percuma Untuk Melancong Sendiri

Kerap kali akan ada dialog sebegini  “wah seronoklah ada travel agent sendiri. Lepas ini bolehlah bercuti percuma”. Mitos ini kuat dikalangan mereka yang langsung tidak faham mengenai pelancongan. Apa yang mereka faham dan apa yang terjadi adalah disebaliknya. Cuma yang membezakan adalah mereka yang dalam industri pelancongan menndapat potongan lebih rendah sedikit berbanding orang yang tidak terlibat. Percuma pula boleh juga terjadi tapi boleh dikira setahun berapa kali dan offer dari mana-mana syarikat penerbangan mahupun pihak pengurusan hotel.

#2-Boleh Malancong Ke Seluruh Dunia

Sebenarnya anda tidak dalam industri pelancongan pun anda mampu untuk melancong ke seluruh dunia. yang membezakan mereka yang terlibnat dalam pelancongan mereka bercuti sambil bekerja. Dan hal ini bukan berita gembira untuk semua orang yang betul-betul minat mengenai pelancongan. Dah nama pun bercuti. Jadi bercutilah mengapa pulak nak bekerja.

#3- Keuntungan 200% dan keatas

Jika kita kira keuntungan sebegini boleh jadi ia terjadi masa tahun linkungan 80an hingga 90an. Ketika itu naik flight adalah satu luxurious dan hanya orang tertentu saja yang boleh naik kapal terbang. Namun di awal tahun 2001. Syarikat-syarikat penerbangan murah telah banyak menukar persepsi ini kepada sesiapa saja boleh terbang dan merasi sendiri terbang di awan biru. Strategik yang digunakan syarikat penerbangan murah banyak kepada direct consumer maka margin profit travel agent pelancongan merosot dari tahun ke tahun dan begitu juga dibahagian perhotelan. Boleh dikira percent yang diberi oleh pihak hotel melebih 15%.

 

 

 

Sumber Gambar : Photo MB

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments are closed.

%d bloggers like this: