Setiap dari orang baru yang mahu menulis ayat iklan akan diselubungi dengan persoalan dibawah.
Inilah soalan yang bermain-main di kepala hingga otak kita jadi jem. Namun adakah kita tahu sebenarnya ada satu soalan yang lebih penting patut kita tanya pada diri sendiri dulu sebelum muncul soalan ini.
Soalan penting tersebut adalah pada siapa aku mahu jual? Jika soalan ini dapat di jawab dengan jelas dan se-detail yang boleh maka proses untuk bina ayat jualan sebenarnya adalah kerja yang amat mudah dilakukan.
Kita ambil contoh..
Anda seorang tukang urut yang baru saja memulakan servis urutan badan. Selepas menjalani pelbagai sesi latihan bertauliah selema beberapa bulan.
Pelbagai jenis urutan yang anda pelajari. Namun hari ini sesi latihan ini telah tamat dan anda mahu mula promosikan perkhidmatan urutan badan ini.
Anda tahu pelbagai jenis urutan tapi anda mahu fokus hanya urutan yang paling anda minat iaitu urutan wanita bersalin.
Jadi siapa bakal pelanggan yang akan gunakan perkhidmatan anda?
Pastinya…
1. Wanita
2. Telah berkahwin
3. Umur sekitar 25 hingga 40 tahun
4. Kawasan berdekatan anda (Katakan anda duduk di bandar shah Alam)
5. Bekerjaya & Suri rumah
Ciri-ciri diatas adalah bakal pelanggan yang anda mahu sasarkan. Golongan yang mempunyai ciri-ciri ini yang akan menggunakan perkhidmatan anda.
Oleh itu.. Bina ayat jualan yang sesuai mengikut ciri-ciri tadi..
Proses bina ayat jualan lebih mudah. Berbanding anda terus fikirkan bagaimana bina ayat power tanpa ambil kira siapa bakal pembeli bisnes anda. Jom kita buat contoh ayat copywriting untuk urutan selepas bersalain…
Baca Ini Pula : 5 Component Wajib Untuk Hasilkan Copywriting Terbaik
“…PERUT MENGGELEBEH,PINGGANG & BADAN KERAP SAKIT-SAKIT LEPAS BERSALIN AKAK MENYESAL..” –> head line jenis masalahDulu arwah mak akak dah paksa dah balik kampung buat urutan cara kampung masa lepas bersalin. Tapi akak tak balik pun. Bukan apa.. Kampung akak dulu 6-7 jam nak sampai dik. Kos balik kampung je dah RM300-RM400. Belum masuk kos untuk urutan lagi tuh..
Jadi lepas bersalin akak tak ikut sangat pun cara berpantang yang betul. sebab utama bidan yang datang pun jenis bukan nak advice sangat. Datang urut lepas tuh balik. Seminggu akak dah bantai minum ais, lepas tuh hentam je makan McD.
Masa umur 20an akak tak rasa sangat tapi bila dah masuk awal 30an ni..Adoii badan akak rasa lembik sangat. Pinggang selalu sakit, badan cepat letih.. Dulu akak tak percaya sangat tapi tengok kawan-kawan akak yang jaga waktu berpantang badan diorang semua solid n fit.
……
[Teruskan dengan selesaikan masalah pelanggan kemudian di akhir habiskan copywriting dengan Call to Action]Macam mana..?
Senang tak bila kita dah tahu profiling pelanggan kita.
✓ Apa yang mereka mahukan (Psikologi)
✓Di mana (Geographic)
✓ Berapa umur (Demographic)
✓ Lelaki atau perempuan (Demographic)
Boleh..?
Baca Ini Pula : Teknik Pemasaran 2019 Yang Perlu Ditekankan
Suka dengan artikel ini? Kongsikan dengan rakan bisnes yang lain. Daftar secara PERCUMA untuk dapatkan tips FREEMIUM terus ke email anda dengan hanya masukan NAMA & EMAIL di bahagian bawah ini.
Boleh bagi tip2 lain untuk copywriting… Untuk servis..dan produk.. Tq