Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Lesen Syarikat Agensi Pelancongan atau Travel Agency Untuk Dijual

August 7, 2014 30 Comments
Syarikat Pelancongan Untuk Di Jual

(Sekadar Gambar Hiasan)

Disekitar tahun 2012 dulu saya pernah buat entri menjual sebuah Syarikat Pelancongan melalui blog peribadi ini. Boleh baca entri itu disini. Syarikat Pelancongan tersebut adalah salah seorang rakan saya sendiri dan  Alhamdulillah dengan post informasi yang agak ringkas dan pendek namun telah berjaya dijual dan telah pun dijalankan oleh pemilik baru dengan jayanya.

Berita baik untuk mereka yang masih berminat untuk menjalankan perniagaan percutian dan memiliki Syarikat Pelancongan di Malaysia beserta lesen lengkap Outbound, Inbound & Ticketing secara sah dari Kementrian Pelancongan Malaysia. Ada seorang kawan lagi yang ingin meminta bantuan saya untuk menjual syarikat pelancongan miliknya. Saya sendiri telah menyemak bahawa syarikat ini mempunyai rekod bersih tanpa ada hutang dan tiada rekod buruk dari mana-mana badan kerajaan, swasta, individu mahupun dari  kementrian Pelancongan Malaysia sendiri.

Maklumat Mengenai Syarikat Pelancongan Yang Ingin Dijual Adalah seperti berikut :-

  • Ditubuhkan sejak tahun 2006
  • Mempunyai lesen sah INBOUND, OUTBOUND & TICKETING (SEHINGGA 2015) dari kementrian pelancongan Malaysia
  • Modal dibenarkan sehingga RM500,000
  • Mempunyai lesen sah dari Kementrian Kewawangan Malaysia (MOF)
  • Milik penuh bumiputra
  • Mempunyai status aktif MATTA & Bumitra Malaysia
  • Menggunakan sistem tempahan penerbangan GDS system (Amadeus)
  • Didaftarkan dibawah Malaysia Airline Appointed agent untuk Jabatan Kerajaan
  • Didaftarkan dibawah Airasia Appointed Agent untuk badan kerajaan & swasta
  • Nama syarikat bersih tanpa ada sebarang hutang
  • Boleh terus berniaga
  • Mempunyai pelanggan sedia ada sama ada dari jabatan kerjaan, swasta mahupun individu.

Harga Jualan Hanya RM150,000 dan boleh dirunding hingga Jadi.

Mengapa Syarikat ini Hendak dijual ?

Pemilik syarikat mempunyai beberapa cabang perniagaan dalam Komuniti Pertanian dan syarikat Kawalan Keselamatan dan ingin fokus pada perniagaan tersebut.

Bonus Untuk Pemilik Baru

Seperti yang diberitahu oleh pemilik  bagi mereka orang yang kurang atau tiada pengalaman. Bimbingan selama 3 bulan akan diberikan. Pemilik juga akan kongsikan segala database pelanggan sedia ada untuk pasaran badan kerajaan & swata.

Nota  :

Saya menggunakan konsep yang sama penjualan seperti urus niaga yang lepas yang mana Syarikat Pelancongan ini bukan “SYARIKAT SIMPAN DALAM LACI ALMARI” tetapi masih beroperasi aktif serta mempunyai kaki tangan yang masih bekerja seperti biasa untuk mengambil tempahan pakej percutian mahupun tempahan tiket penerbangan dari pelanggan . Maka Nama & beberapa maklumat penting syarikat tidak boleh didedahkan disini. 

Untuk memudahkan urus niaga penjualan Syarikat Pelancongan ini anda boleh email saya disini halifsaat@gmail.com dan kita boleh buat temu janji secara berdepan agar segala urusan jual beli lebih dipercayai dan tulus.

P/S : Saya hanya mencari mereka yang serius untuk beli Syarikat Pelancongan ini . Saya tidak akan melayani mereka yang sekadar ingin tahu. Jika anda benar serius! Hubungi saya dan kita buat appointment.

 

Status Kemas Kini bertarikh (25/03/2014) : Telah Berjaya Dijual

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (30)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. halim says:

    Saya sedang mencari satu syarikat travel yang hendak dijual tapi mestilah mempunyai inbound, outbound, ticketing dan lesen iata. Harga bawah RM150K

  2. ROSZAD RAZAILI says:

    kami bercadang untuk mendapat dalam masa terdekat dan pihak kami juga ingin mencari syarikat kawalan keselamatan berlesen yang untuk dijual.

    regard

    • Halif Saat says:

      Salam Tuan Roszad Razaili,

      Terus terang saya tidak tahu menahu mengenai syarikat kawalan keselamatan berlesen untuk ketika ini. Ia diluar dari industri saya sekarang ini.

      Sekian,

  3. tarid says:

    Saya tidak ada pengalaman dalam bisnes tersebut tapi berminat untuk pelaburan dan perniagaan.Boleh jumpa dan bincang?

    013 3535181 (whatsapp)

    • Halif Saat says:

      Salam ceria tuan,

      Terima kasih kerana meninggal jejak & telefon no. Saya akan hubungi tuan melalui no. yang diberikan nanti.

      Sekian

      Halif Saat

  4. khairul says:

    As salam,

    Ada kah syarikat ini masih available? Saya sedang mencari satu syarikat travel yang hendak dijual tapi mestilah mempunyai inbound, outbound, ticketing dan lesen iata.

  5. shahidah says:

    Assalam.
    boleh saya tahu syarikat pelancongan tu d daerah mana?
    TQ

  6. Nora says:

    Sy ingin menjual company ….hanya ada inbound…
    Beroperasi di langkawi Dr 2006 sampai skrg masih aktif.
    Mempunyai 8 staff..10 buah kenderaan bercermin
    Lesen pelancongan sah saga 21/1/18

  7. ijatlekor says:

    Sy ingin cri travel untuk dijual boleh email sy

  8. mohamad ridzal kamarudin says:

    Saya berminat unt membeli.syarikat pelancongan yg ada lesen inbound.outbound.ticketing..boleh bantu tak? Budget saya sekitar 150k

  9. Lia says:

    Assalammualaikun..

    Sy ingin membeli Travel Agensi yg mempunyai lesen penuh inbound,outbound & ticketing dan IATA..urgent sgt. harap en halif dpt membantu sy..sy boleh di hubungi di talian 016-2160535 Lia

    • Halif Saat says:

      Walaikumsalam… untuk ketika ini belum ada lagi travel agent yang ada untuk dijual. Sekiranya ada saya akan maklumkan pada puan nanti menerusi maklumat yang diberikan..

  10. zakii says:

    Salam tn
    SY sedang mencari sykt sewa kereta (berlesen) utk dijual

    Tkasih

  11. zafir says:

    Salam Saudara, Saya ingin membeli syarikat yg mempunyai nama AGENSI PEKERJAAN boleh dptkan segera?> tq

    • Halif Saat says:

      Salam.. Tuan Zafir,

      Saya hanya fokuskan syarikat yang berasaskan agensi pelancongan dan aktiviti berkaitan. Jadi agensi pekerjaan adalah tidak berkaitan dengan saya sama sekali..

  12. mahadi says:

    salam

    saya mencari syarikat yg ada lesen inbound dan outbound utk kami beli. klau yg comlete dgn ticketing pun ok. sila hubungi saya di email saya tersebut.tkasih

    • Wan Kash says:

      Salam,

      Saya mepunyai syarikat travel untuk dijual. Siapa yang berminat boleh hubungi saya dengan kadar segera. Terima kasih.

      • ALI says:

        Asslmkm. Mohon en Wan Kash whatsapp saya 01129837788. Saya nak tau lebih lanjut lesen yg nak dijual itu.

        Tksh halifsaat.com

  13. Mohammad Mohd Yunis says:

    Saya ada Kawasan untuk Resort di Pulau Mabul Semporna Sabah. Jika ada yg berminat untuk membuat pelaburan blh lah hubungi saya utk perbincangan selanjutnya.
    Blh kol atau whatsapp sya 0128425151

  14. Kamal Sahrudin says:

    Salam en. Halif,
    Saya kamal.. menetap di kota kinabalu, sabah.. sy nak tubuhkan travel agency company tp modal sy xbyk.. boleh sy tau bila bengkel yg seterusnya.. kalau boleh jgk sy nak beli ebook tuan memandangkan sy di sabah.

    Kamal sahrudin
    0135065208

  15. Syed says:

    Saya mencari syarikat yang ada inbound dan outbound untuk di jual

  16. lenny says:

    saya berminat membeli syarikat travel.sapa2 yg nk jual bagi tau sekarang

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: