Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Wujud atau Tidak Perniagaan Tanpa Modal ??

February 7, 2013 4 Comments

perniagaan tanpa modal

Adakah betul perniagaan tanpa modal ini wujud? Minggu lepas saya di PM di fan page saya  mengenai seorang yang tanya pendapat mengenai perniagaan tanpa modal. Terlebih dahulu saya hendak mintak maaf kerana walaupun saya sudah menjawab soalan Puan yang PM saya tadi namun saya rasa perlu untuk saya berkongsikan kepada pembaca yang lain mengenai Perniagaan Tanpa Modal.

Dari pendapat saya sebenarnya tiada perniagaan yang di jalankan tanpa modal. Ini kerana kita sebagai usahawan perlu peruntukan atau korbankan salah satu perkara untuk mula berniaga. iaitu :

1) Modal Wang atau

2) Modal Masa

Mungkin setengah orang beranggapan masa bukanlah modal  dan ia dimiliki oleh sesiapa pun. Tetapi secara peribadi saya beranggapan modal masa adalah paling besar,utama dan penting berbanding modal duit.

Dalam aspek perniagaan saya adalah orang yang lebih suka korbankan duit berbanding masa. Kerana duit boleh dicari dan masa saya tidak akan dapat dicari semula setelah ianya terlepas. Saya akan mengorbankan wang untuk dilaburkan dan akan buat sesuatu yang lebih beharga. Cara ini akan lebih Work Smart berbanding anda perlu mengadap sesuatu yang anda sendiri tidak suka lakukan. Sebagai contoh anda tidak suka buat kerja-kerja design oleh kerana terlalu takut untuk mengeluarkan modal anda berhabiskan modal berjam-jam untuk membuat kerja-kerja design. Bukan saja masa anda terbuang malah hasilnya juga belum tentu sama taraf bagi mereka yang passion melakukan perkara tersebut.

Jadi sebagai pendapat peribadi tiada perniagaan tanpa modal kecuali perniagaan kurang modalnya atau kurang risikonya. High Risk High Return!

 

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Izzat Eshak says:

    Memang tiada perniagaan yang tanpa modal.
    Setidaknya modal idea mesti ada juga kan?

    • Halif Saat says:

      Ya betul Bro Izzat…Sangat setuju Idea juga boleh dikategorikan sebagai modal penting dalam memulakan perniagaan. Hari ini orang dok sibuk cakap tanpa modal wang tak boleh nak jalankan sebuah perniagaan. Wal hal, modal idea adalah modal penting operandi sebuah perniagaan hendak bermula. Terima kasih menambah satu lagi point penting 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: