Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

#2 Tips Penting Perniagaan Era Baru

April 5, 2013 2 Comments

Hari ini perniagaan tidak seperti 10 tahun dahulu. Hari ini siapa yang menjalankan perniagaan tanpa rancangan dan masih menggunakan cara 10 tahun lalu maka risiko kecundangan dan gulung tikar amatlah tinggi. Walaupun kelebatan wang simpanan yang kita ada untuk menjalankan perniagaan tidak lagi menjanjikan kemengangan berpihak kepada kita. Hukum perniagaan tidak berubah yang berubah hanyalah model dan konsep perniagaan itu sendiri. Dibawah saya kongsikan 02 tips penting tersebut :-

#1- Premis

perniagaan masa kini

Hari ini jika anda tidak membuka premis maka risiko yang perlu ditanggung adalah sangat tipis. Malah modal permulaan juga tidak perlu besar. Jika gagal sekalipun tidaklah berpuluh ribu. Kos mempunyai sebuah premis yang cukup asasnya adalah sangat tinggi pada hari ini. Untuk masuk ke premis ada kemungkinan kita memerlukan sekurang-kurangnya RM10k (bergantung size premis). Pembayaran sewa premis saja sudah 2 bulan advance. Renovasi, perabot premis seperti rak, meja ,kerusi, komputer, wiring, telephone,carpet,kipas dan pelbagai lagi adalah diantara kos yang perlu ditanggung sekiranya kita hendak membuka sebuah premis perniagaan. Jadi, saya menyarankan sekiranya anda ingin menjalankan sebuah perniagaan baru cukuplah ia bermula dari bilik meja tidur anda. Dari situ kembangkan sedikit demi sedikit. Start Small But Think Big!

#2- Stocking ( stock barangan)

perniagaan masa kini 2

Jika dulu kita mahu berniaga pasti kita perlu menyimpan stock dan berusaha menghabiskan stock tersebut. Namun pada hari ini anda boleh berniaga tanpa sebarang stock dalam simpanan anda. Mempunyai stock adalah risiko yang tinggi dalam perniagaan. Modal tepu dan tidak dapat dicair dengan pantas sekiranya stock kita tidak laku. Memeritkan lagi sekiranya stock kita tersebut mempunyai tarikh luput ataupun berbentuk mengikut trend terkini. Jadi jika kita adalah orang yang baru dalam dunia pernigaan cuba untuk menjadi agent dahulu atau di dunia maya ia di panggil Affiliate. Buat servey dengan menjadi agent. Belajar selok belok pemasaran. Faham dahulu pemasaran dan aliran wang serta dapatkan network terlebih dahulu.

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. hafizi zain says:

    Mantop tips ni.. Thanks bro! =)

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: