Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Bisnes Adalah Aset

October 7, 2012 0 Comments

Bisnes Adalah Aset Penting

Baru-baru ini saya terdetik untuk menjual beberapa perniagaan saya kepada mereka yang berminat untuk diambil alih. Tujuan saya ini adalah untuk memberi laluan& fokus kepada project baru. Saja saya ceritakan kepada rakan-rakan sekeliling yang mana rata-rata tidak bersetuju dengan cadangan ini. Ada yang memberi alasan sayang, dan ada pula yang menakut nakutkan kononnya kita akan kehilangan punca pendapatan.

Sepertimana yang kita tahu sebuah perniagaan adalah sumber aset terpenting untuk seorang usahawan. Dalam perniagaan pula terbahagi kepada beberapa aset penting lain seperti Networking,Pekerja yang berkualiti dan pengalaman itu sendiri. Di Malaysia persepsi menjual perniagaan seolah-olah dianggap perniagaan itu telah terjejas dan bankrup teruk tetapi lain pula persepsi saya.

Saya beranggapan orang menjual perniagaan adalah mereka yang telah mempunyai perancangan rapi tersendiri dan tidak dapat digambarkan oleh kita melainkan pemilik perniagaan itu. Seperti mana Robert T.Kiyosaki menjual perniagaannya bukan dek kerana perniagaan itu rugi tetapi kerana beliau hendak fokus pelaburan dalam bidang hartanah sepenuhnya.

Bisnes Adalah Aset Penting 2

Perniagaan adalah sama  aset seperti rumah dan tanah yang mana jika masih dalam keadaan baik dan berpotensi kita boleh jual dengan harga yang sepatutnya yang kita mahukan. Apa yang lebih bagus kita boleh jual perniagaan kita itu bergantung pada kita sendiri yang hendak letakan harga perniagaan tersebut. Cuma jika mahu jual dengan harga yang tinggi maka pastikan ia berbaloi dan mempunyai alasan yang kukuh mengapa harga sedemikian yang kita tawarkan.

Walaubagaimanapun, perniagaan yang hendak dijual haruslah berada di puncak atau sedang meningkat naik dan bukannya sedang menjunam jatuh menyembah kebumi. Jadi kalau rasa nak jual perniagaan yang takut-takutlah. Jual saja.. Yang penting kita tahu apa yang sedang kita buat.. Yosh!

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: