Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Mesin Jana Wang- PizzaLicious Vending Machine

May 3, 2013 3 Comments

pizza vending machine

Semalam bukan main banyak appointment kena settle  dan yang paling malas sekali adalah appoinment-nya berlokasi di ibu kuta Malaysia.. waduh..  bukan apa cuma tak sanggup nak redah kaya jem yang silap-silap boleh memakan masa hingga 4 jam perjalanan. Mungkin akan bertambah pishang  bila mana hujan dan air naik serta merta. Walaupun buat masa ini belum pernah ada pengalaman tapi kena berhati-hati woo.. Baru minggu lepas kawasan Universiti Malaya naik air. Kalau ada yang tak tahu mengenai banjir di UM boleh tengok disini atau kat sini .

Walaubagaimanapun, semua keje berjalan dengan lancar tapi ada jugak tersesat jalan. Standard-lah-kan turun KL 6 bulan sekali mahunyer tak sesat. Ha Ha Ha.

Jadi….

Dipendekan cerita semalam sempat jumpa seorang kenalan kawan atas kawan yang sedang asyik dengan project pembikinan mesin pizza versi vending machine-nya. Apa yang unik mengenai vending machine pizza ini adalah ia diantara idea pertama di Asia dan juga masih baru di sebelah eropah (London sahaja menurut apa yang diberitahu) . Seni Keunikan mesin ini terletak pada keupayaannya  mengadun dan memasukan bahan masakan yang bermula dari kosong hinggalah di packaging di dalam kotak. Apa yang pasti sudah tentu pizza tersebut adalah fresh dari ladang dan bukannya pizza frozen yang kebiasaan kita dengar.  Dibawah saya kongsikan sedikit video pelancaran vending machine pizza tersebut.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan mesin jana wang ini anda boleh terus menghubungi no. yang tertera di dalam video diatas. Oh tidak sempat nak snap gambar owner  yang macho lagi muda dan office beliau.. Hohoho akan datang lah yer..

P/S : Post ini tidak dibayar, memang dibuat dengan rela hati agar membuka mata dan minda bagaimana mesin wang sememangnya wujud. Cuma kita saja yang perlu pandai mengambil peluang.. (Jika post ini dikesan oleh bos Pizza Licious harap-haraplah dia offer diri nak belanja) Kui Kui Kui…

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. azza says:

    Brp modal yg diperlukan utk memulakan perniagaan ni?

    • Halif Saat says:

      Hai Cik Azza,

      Saya dapat tahu sudah ada kenaikan modal kerana promosi kuota yang diperlukan sudah tamat.
      Mungkin puan boleh hubungi mereka terus untuk pertanyaan lebih lanjut:)

  2. jay says:

    please send me info about this machine

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: