Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Mazhab Dalam Perniagaan

August 23, 2014 0 Comments

mazhab dalam perniagaan-1

Dua tahun kebelakangan ini selalu kita dengar mereka yang berniaga secara online suka menggunakan istilah mazhab. Mazhab yang dimaksudkan ini bukanlah mazhab mengenai pemahaman agama tetapi ia adalah istilah mazhab pemahaman seseorang mengenai bagaimana mereka memahami &  melakukan bisnes itu sendiri. 

Berapa banyak Mazhab dalam perniagaan?

Kebanyakan mereka yang suka menggeluarkan mazhab (pemahaman) sendiri adalah mereka yang sudah mula jumpa titik-titik kejayaan dan mereka yang telah pun berjaya. Maka bila ada kumpulan dua atau lebih mazhab ini bertembung yang tidak searus pendapatat maka mulalah  statement seperti ” Lain Sekolah Lain Cara lain Mazhab Lain Pula Gaya ”

Persoalannya kita sebagai orang baru yang nak belajar patut atau tidak mengikut mana-mana imam(ketua) mazhab tadi?

Sebetulanya bila kita sebagai orang baru dalam perniagaan jangan terlalu fanatik dalam mana-mana idealogi perniagaan. Kita ambil saja ilmu dan simpan sebagai senjata kita  dan jangan kita terlalu taksub dengan imam tersebut. Just Keep The Knowledge!

Be Natural.. Belajar lebih ramai orang dan bukan berpegang pada satu-satu mazhab saja. Dengan sifat keterbukaan ini maka kita akan dapat lebih banyak :-

  • Info/Maklumat
  • Idea
  • Strategik Rahsia
  • Ilmu Perniagaan Dari Mereka Yang Berpengalaman
  • Lebih Banyak Networking

Apa yang lebih tidak menyeronokan mengenai ketua-ketua mazhab ini mereka mengkritik secara terus seolah-olah hanya cara mereka saja yang betul. Wal hal untuk berjaya kita punya 1001 cara dan bukan hanya satu cara. Jadi para imam mazhab perniagaan sekalian.  Respect Other People’s Way Of Thinking.. Peace Yo!

 

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: