Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Leaving Microsoft To Change The World

April 11, 2012 4 Comments

Mungkin ramai yang telah baca buku ini. Tapi saya pasti mungkin masih ramai yang tidak tahu mengenai buku ini. Jadi saya yang pada mula mengangap buku ini membosankan setelah baca hingga pertengahan saya boleh berikan buku ini bertaraf 5 bintang.

Buku setebal 503 muka surat yang ditulis oleh Joh Wood iaitu pengasas Room to Read benar-benar santai. Ia menceritakan bagaimana ia dari suatu zon yang amat selesa bekerja bersama syarikat gergasi dunia iaitu Microsoft dan mengambil keputusan untuk keluar dan menubuhkan yayasan sendiri untuk membantu lebih ramai orang untuk mendapatkan pendidikan.

Niat murni membantu ramai orang mendapatkan pendidikan bermula sewaktu ia bercuti ke Kathmandu,Nepal iaitu di pergunungan tertinggi didunia Everest. Melihat sendiri kesusahan penduduk di kawasan gunung dan terjumpanya beliau dengan  seorang penduduk tempatan yang sangat ingin membantu ramai orang mendapatkan pendidikan membangkitkan keinginan beliau bersama-sama mencurahkan bakti.

Kebaikan yang dapat diceduk dari buku ini ialah :-

1) Walaupun beliau buka seorang muslim tapi mempunyai niat  murni membantu lebih ramai orang di muka bumi. Jadi kita sebagai muslim patut mengambil pendekatan yang sama seperti John Wood.2) Menggalakan kita agar lebih memberi dari menerima.3) Berani untuk keluar dari Zon Selesa.

4) Perancangan adalah penting dalam membangunkan suatu industri/yayasan/persatuan atau apa jua.

5) Pembacaan @ Pendidikan adalah sangat penting. Dan ia sebenarnya adalah percuma dan bukan berbayar.

6) Jelajahilah dunia kerana minda anda akan lebih terbuka dengan melihat kehidupan lain.

7) Kepentingan Communication & Writting skill adalah penting.

8 ) Bermula di mana adalah tidak penting.Apa yang penting dimana kita berada 5 tahun dari sekarang.

Itu saja buat kali ini semoga buku ini dapat membantu lebih ramai orang dan menukar cara seseorang berfikir dengan lebih positif 🙂

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Iskandar Syah Ismail says:

    Salam Sejahtera.

    Terima kasih atas ulasan Tuan Halif mengenai buku Leaving Microsoft ini. Saya berasa gembira kerana buku ini memberi inspirasi kepada tuan sebagaimana ia telah memberi inspirasi kepada saya.

  2. MohdHalif says:

    Salam Mesra & Salam Sejahtera Tuan,

    Ya benar Tuan Iskandar Syah,Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan bersama.

  3. wandisini says:

    salam tuan. perkongsian yang menarik mengenai buku ni.
    tajuk post ni ada typo atau sengaja di salahkan..

    p/s : saya salah seorang peserta seminar SEO di AU semalam. satu kumpulan dengan tuan

  4. MohdHalif says:

    Tuan Wandisini,

    Terima kasih sudi datang ke blog yang tidak seberapa ini. Saya juga tidak perasan mengenai typo tersebut kerana ada diantara post entri yang ditaip melalui ipad. Walaubagaimanapun,saya mengucapkan terima kasih kerana memberitahu mengenai hal itu dan typo itu sudah pun dibetulkan semula.

    Saya kurang ingat tuan yang mana satu sebab terpaksa beransur lebih awal semalam kerana ada agenda lain pula selepas itu. Bisnes Card juga tidak sempat diberikan. Owh mengapa comment tanpa meninggalkan link. Sekurang-kurangnya salah satu pembelajaran semalam dapat dipraktikan 🙂

    Tuan boleh menghubungi saya melalui email ini halifsaat@gmail.com 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: