Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Hamba Bisnes- Part 1

May 17, 2013 2 Comments

hamba bisnes 3

Entah kali keberapa baca buku tulisan Uncle Michael E. Garber  yang bertajuk The Emyth Revisited. Rasanya buku ini dibeli pada dua tahun lepas tapi sebab dah suka sangat dengan perkongsian dalam buku ini hingga tak ingat dah berapa kali di ulang. Banyak yang boleh kita belaja terutamanya mengenai selok belok perniagaan. Namun kat sini saya nak kongsikan satu part paling penting iaitu mengenai  Hamba Bisnes.

“Bekerja Demi Bisnes Dan Bukan Bekerja Dalam Bisnes”

Sebenarnya ramai orang yang cuba keluar dari dunia pekerjaan yang mana dikatakan penuh tragik (sesetengah pihak saja) dan ingin memulakan sebuah perniagaan idaman yang mempunyai masa yang lebih flexible  berbanding bekerja di bawah majikan namun ramai yang tidak memahami dan akhirnya terperangkap dengan menjadi hamba bisnes sendiri. Apa yang kita perlu faham, Perkara utama adalah ,bisnes kita bukan hidup kita . Bisnes dan kehidupan kita  adalah dua perkara yang berasingan.

Tapi mereka yang terperangkap tidak faham mengenai hal ini.  Kita boleh menganggap bisnes itu sebagai apa saja dan apa yang penting tidak menganggap bisnes itu sebagai tempat kerja kita.  Kebanyakan usahawan terus berusaha mengejar jualan, duduk di dalam bisnes dan melakukan kerja-kerja bawahan. Dari hari ke Minggu dari Minggu ke bulan, dari bulan ke tahun dan begitulah seterusnya. Bangun setiap pagi, bersiap ke premis, balik lewat petang dan mungkin sampai malam tanpa rasa jemu. Untuk permulaan ia memang sepatutnya tapi ia bukan untuk selamanya kerana disitulah kita akan terperangkap menjadi hamba bisnes.

hamba bisnes

Bisnes ada banyak cabang dan saya percaya hari ini bukan semua orang suka melakukan semua perkara. Mungkin kita hanya suka melakukan pemasaran dan bukannya di bahagian admin atau dibahagian operasi yang membosankan. Mungkin ada orang hanya suka lakukan pengurusan wang dan bukannya melayan karenah pelanggan.

Dipendekan Cerita…..

Jadi bagaimana kita mahu bekerja bagi bisnes kita dan bukannya bekerja di dalamnya ? Uncle Micheal E. Garber merungkai hal ini dengan berkongsi agar usahawan wajib bertanya soalan ini di dalam diri.

  • Bagaimana menajadikan bisnes kita tetap berjalan seperti biasa walaupun tanpa kita?
  • Bagaimana kita boleh memastikan pekerja kita terus bekerja tanpa memerlukan pengawasan sepanjang masa?
  • Bagaimana kita boleh membangunkan sebuah sistem bisnes supaya dapat ditiru sehingga beribu kali namun produk yang ke sepuluh 10,000 sekalipun  tetap pertama dengan yang pertama?
  • Bagaimana kita boleh memiliki bisnes,tetapi bebas daripadanya?
  • Bagaimana kita boleh menghabiskan masa melakukan kerja yang kita suka ,bukan melakukan kerja yang tidak suka kita lakukan?

All Right… Apa kata korang cuba jawab-jawabkan dulu soalan diatas. Nanti saya akan cuba kongsikan jawapan.. atau yang dah tahu mungkin boleh share-kan jawapan di bahagian komentar. He He He

 

P/S : Pssstt.. Untuk yang first time tahu hal ini memang agak pening-pening sikit… Coming saya share lagi ok..

 

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Izzat Eshak says:

    Kena beli buku ni. Macam menarik je.

    Bagaimana menjadikan bisnes kita tetap berjalan seperti biasa walaupun tanpa kita?
    >> Automasi bagi kebanyakkan usahawan online. Atau upah pekerja =)

    Bagaimana kita boleh memastikan pekerja kita terus bekerja tanpa memerlukan pengawasan sepanjang masa?
    >> Latihan yang cukup dan kriteria pemilihan staff yang bagus

    Bagaimana kita boleh membangunkan sebuah sistem bisnes supaya dapat ditiru sehingga beribu kali namun produk yang ke sepuluh 10,000 sekalipun tetap pertama dengan yang pertama?
    >> Invest dalam brainstorm sistem. Keluarkan SOP yang tetap.

    Bagaimana kita boleh memiliki bisnes,tetapi bebas daripadanya?
    >> Lebih kurang soalan satu =)

    Bagaimana kita boleh menghabiskan masa melakukan kerja yang kita suka ,bukan melakukan kerja yang tidak suka kita lakukan?
    >> Susah nak jawab soalan ni, hehe =P

    • Halif Saat says:

      Yer harus beli bro…

      Hanya orang yang jawab secara spontan saja yg faham sepenuhnya mengenai hal ini.
      Hebat bro Izzat ini.. bisnes man sejati… 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: