Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

3 Langkah Penting Buat Bisnes Dari Rumah. Langkah No.2 WAJIB

October 7, 2014 0 Comments

3 Langkah Penting Buat Bisnes Dari Rumah

Minyak naik lagi..

oh malas untuk di isukan di blog ini cukuplah lambakan luahan yang terdapat di laman social. Kita sebagai usahawan mencari alternatif lain adalah lebih bijak lagi. Jadi apa yang mampu kita buat adalah terus mencari alternatif baru untuk menambah pendapatan kita untuk menampung kehidupan sara hidup yang semakin tinggi. Untuk post kali ini saya ingin kongsikan kepada siapa yang berminat untuk mula berniaga dari rumah. Tidak kiralah apa jua alasan sama ada memang mencari alternatif tambah duit atau memang minat untuk mulakan bisnes.

Oleh itu  bagi newbie sila ambil kertas ya dan pen sebagai catatan. Tak pun bookmark terus blog kerdil  ini. Heheh

Dibawah adalah 3 Langkah tersebut :-

#1 Pilih Niche

Apa itu Niche? Sila baca semula di artikel lama ini . Pilih niche akan memudahkan lagi kerja-kerja untuk kita memulakan sebuah bisnes. Saya berikan contoh mudah disini. Katakan anda ingin mula berniaga dengan menerima tempahan kueh yang anda sendiri buat jadi sila pilih kuih yang anda benar-benar mahir saja. Contohnya anda hanya mahir untuk buat kueh talam. Jadi anda hanya perlu fokus untuk buat kueh talam saja. Perkenalkan atau promosikan pada kawan-kawan yang anda memang menerima tempahan kuih tetapi untuk kuih jenis talam sahaja. Maka anda dalam industri pembuatan kuih dan niche anda adalah kuih talam.

#2- Buat Kajian Pemasaran (Market Research)

Saya diantara orang yang gemar menggunakan pemasaran terlebih dahulu sebelum menjalankan sebuah bisnes. Ini penting untuk mengelakan banyak pembaziran berlaku.  Jika anda tidak tahu apa yang pasaran mahukan maka anda akan mengeluarkan modal yang bukan-bukan berlandaskan gerak hati. Sebagi contoh anda fikirkan selepas anda sudah mula kelak maka anda akan mula menerima tempahan demi tempahan yang bertalu-talu kononnya. Maka anda pun mengeluarkan modal untuk beli loyang dengan kuantiti yang banyak, bahan mentah dengan kuantiti yang banyak dan keperluan lain dengan kuantiti tidak masuk akal.

Tetapi bila anda sudah mula beroperasi tempahan tidak seperti di jangkakan. Walaupun boleh jadi modal adalah rendah untuk niche yang anda pilih maka ia tetap sebuah pembaziran. Jadi buat kajian pemasaran adalah amat penting untuk tahu permintaan dan mengelak sabarang pembaziran sama ada dari sudut masa mahupun wang. Untuk kes kuih talam maka anda perlu cuba keluarkan sedikit modal. Buatkan kuih talam anda dalam kuatiti sederhana. Tumpang pada orang yang berniaga kuih seperti penjual nasi lemak atau restaurant boleh juga anda bina relationship dengan mana-mana peniaga makanan seperti catering, owner kedai makan,

#3- Bisnes

Step ini akan mula bila mana step kedua berjaya. Step ini akan lenyap sama sekali bila step kedua gagal . Sebagai contoh anda perlu kenal sekurang-kurangnya 4 orang kenalan owner katering untuk menjadi pembekal kuih talam yang anda akan buat nanti. Sekiranya kurang dari itu maka anda perlu cukupkan 4 orang yang benar-benar setuju untuk pakejkan sekali produk anda dan produk mereka(sekadar contoh). Jika step kedua gagal jangan sesekali untuk lompat ke step ke 3 ini. Jika tidak anda sendiri yang akan menerima kesan sekiranya anda gagal memasarkan produk dengan betul bila mana operasi bisnes telah bermula.

Jadi itulah 3 langkah penting sebelum anda memulakan perniagaan dari rumah

Jika anda masih belum tahu jenis bisnes apakah yang boleh anda ceburi. Apa kata anda ceburkan diri dalam “bisnes kerajaan”. Apa itu bisnes kerajaan?

Dapatkan maklumat lanjut disini –> http://goo.gl/0DBRXW

 

Teknik meledakan jualan secara konsisten

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: