Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

2017 Tahun Lebih Fokus Bisnes

February 1, 2017 0 Comments

Tips Bisnes 2017

Tahun ini saya akan lebih kurang cakap. Ini bermaksud saya akan kurangkan lebih banyak bengkel dan kelas. Bulan lepas saya dah tarik diri sebagai salah seorang trainer red carpet di salah satu agensi kerajaan. Bulan ini saya rancang untuk kurangkan diri pula untuk adakan kelas bengkel bisnes travel. Saya mula tarik diri dari banyak bercakap sebab mahu lebihkan banyak kepada tindakan.

Bengkel & kelas banyak mengambil masa saya. Selain support yang perlu saya berikan lepas kelas. Belum masuk lagi melayan karenah manusia yang pelbagai. Saya letakan harga untuk mini bengkel yang saya anjurkan pada nilai masa yang saya peruntukan itu pun ada yang merungut mahal. Jawapan saya mudah jika mahal anda tidak perlu hadir ke kelas yang saya anjurkan. Kelak anda akan menyusahkan saya saja nanti.

19 Febuari ini mungkin kelas terakhir untuk bengkel bisnes travel (mungkin ya mungkin tidak) sebab lepas ni bengkel ini hanya sebagai side kick. Ada free time saya buat tak ada maka tak adalah.

Tahun lepas saya rancang untuk banyakan lagi. Namun baru saya perasan bila masuk awal tahun saya sedar bengkel sebegini telah banyak mengambil masa saya lebih lagi melayan karenah manusia di Malaysia yang pelbagai.

I don’t need a suit and I don’t need a luxury car. I need a simple life and a awesome team.

Kehidupan yang saya mahukan mudah. Saya orangnya street wear. Suka naik motor kap saja perlu. Suka hilang dari radar secara tiba-tiba. Saya suka travel secara back packing. Dan Saya sukakan privacy. Namun saya sedar pentingnya berkongsi ilmu dalam kehidupan ini.  Jadi 2017 saya akan cenderung buat apa yang saya mahu buat. Walau saya kurang untuk bercakap dalam bengkel atau seminar saya akan lebih banyak menulis di blog ini. Selain untuk nota bisnes, nota motivasi kehidupan ia juga sebagai platform untuk saya berkongsi ilmu walau kita tak perlu bersua muka. Saya doakan penulisan-penulisan saya di blog ini banyak membantu anda.

Sebut mengenai team…

Tahun ini saya akan banyak fokus untuk bina Team Tempur. Team sedia ada yang tidak perform akan saya tunjukan pintu keluar. Saya akan perbanyakan bawak masuk kuda perang yang berkualiti. Yang mana mereka ini yang akan duduk di lokasi paling depan dalam sebuah bisnes untuk bertempur habis-habisan. Angka mereka mungkin bertambah dari 10 orang ke 20 orang atau lebih untuk tahun ini.

Ekonomi tidak berapa bagus lagi nak tambah orang bekerja?

Dulu saya pun fikir begitu. Dalam bisnes saya pernah alami tiada langsung panggilan masuk berbulan-bulan. Tiada panggilan masuk bermakna tiada jualan. Sebagai contoh siapa yang ada dalam industri bisnes travel tahun 2009-2010 (jika tak silap) terjejas teruk disebabkan virus H1N1. Banyak trip cancel, banyak flight dibatalkan, banyak orang takut untuk travel. Sepanjang tempoh ini industri travel terjejas teruk. Saya yang percaya atas kertas dan kata-kata yang acah-acah pakar ekonomi  ketika itu pun ambil jalan selamat. Cost marketing perlu di potong sebab takut tak balik cost. Cost overhead sedia ada perlu di potong lagi antaranya staff perlu dibuang sebab takut tak tertanggung untuk bulan berikutnya. Kesudahannya ini jalan yang sia-sia. Serius!

Sebenarnya saya terlupa yang atas kertas dan kata-kata ramalan itu manusia yang punya. Rezeki tetap milik tuhan. Walau esok runtuh pun bumi ini jika ada rezki pasti akan ada untuk kita. Itu sebab kalau kita perasan di kala eknomi sedang naik mencanak ada saja yang jatuh tersembam namun jangan kita lupa sedang eknomi merundum ada saja yang naik mencanak-canak terbang di langit biru. Nah! itulah bukti depan mata.

Kesimpulannya jangan disalahkan takdir, jangan salahkan orang, jangan disalahkan ekonomi yang tak mampu untuk kita kawal tapi salahkan diri sendiri yang tak flexible bertindak mengikut keadaan semasa. Bak kata mendiang Bruce Lee

You put water into a cup.
It become the cup.

You put water into a bottle.
It become the bottle.

You put water into a teapot.
It becomes the teapot

water can flow or it can crash

Be Water My Friend-Brucee Lee

 

 

Soalan saya… Nak jadi water ke nak jadi Stone?

 

 

p/s : fuh panjang lebar saya menulis. Almaklumlah lama tak menulis.

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: