Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

About Me

“In the business world, everyone is paid in two coins: cash and experience.Take the experience first;the cash will come later”

 

clean-2-1000X1500Perkenalkan. Saya Halif Saat, seorang blogger, pengembara,penerbit ebook, personal trainer / coach/consultant.

Saya berkelulusan dalam bidang pengajian perniagaan. Bermula perniagaan secara klasik dan kini berarah ke industri lebih urban konon-nya.

Tujuan blog ini tercipta untuk berkongsi ilmu yang tak seberapa, walau nampak biasa-biasa ilmu yang dikongsikan namun itulah yang saya praktikan.

Saya adalah insan yang amat gemar akan  memerhati,berfikir dan bertindak pantas jika saya mahukan sesuatu. Boleh jadi, cara seorang money maker melihat dan berfikir tentang sesuatu, tidak sama dengan cara doktor, saintis, jurutera, peguam, chef, guru, pilot, tentera, ataupun menteri melihat dan mentafsirkannya.

Apa kepakaran saya?

Saya passion dengan internet marketing. Hingga saya selongkar habis dengan berekperimentasi secara sendiri. Jadi boleh saya simpulkan saya orang paling banyak melakukan kegagalan dalam ekperimentasi. Oleh sebab terlalu banyak gagal maka saya jumpa banyak teknik-teknik menarik agar anda tidak melakukan kesilapan yang sama. Maka saya kongsikan formulasi itu di platform ini.

Saya berkecimpung dalam niche ini sejak 2011 dan sejak itu saya fall in love dalam industri pemasaran internet. Selain saya juga menjalankan beberapa aktiviti format bisnes lain seperti affiliate, dropship, training. Namun semua ini bukan saya jaga. Saya tak mampu untuk jaga semua. Ada setengah bisnes sudah automasi penuh tinggal pun tak apa. Manakala ada setengah masih semi manual yang mana perlu dipantau sekali sekala. Namun  ada juga saya gelar baby bisnes yang manual 100% dan ini memerlukan saya 100% untuk pantau. Alaaa macam baby mana boleh tinggalkan sorang-sorang kan.. heheh

Ini adalah blog beribadi asalnya sebelum beberapa kali di tranformasikan kepada niche perniagaan tertentu. Ada content post yang sengaja dibiarkan dan ada content post yang telah pun di padam. Berikut adalah sejarah blog ini.

IMG_5369

Raikan perbezaan. Selamat berkenalan!

Perniagaan Internet Halif SaatPerniagaan Internet Halif Saat 2Perniagaan Internet Halif Saat 3Perniagaan Internet Halif Saat 5Perniagaan Internet Halif Saat 6Perniagaan Internet Halif Saat 7Perniagaan Internet Halif Saat 9Perniagaan Internet Halif Saat 10Perniagaan Internet Halif Saat 12

Jom Layan Lebih Banyak Gambar…….
I don’t stop when I’m tired ,I’m stop when I’m done!