Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Kisah Teladan Samsung Note III

October 16, 2013 1 Comment

Semalam bergegas pulang ke kampung selepas melawat ke rumah emak. Tahun ini adalah tahun pertama juga beraya tanpa abah tercinta. Aktiviti kini lebih kepada keputusan sendiri jika dulu pasti aktiviti akan dibincang dengan abah terlebih dulu.

Habis Solat raya singgah rumah emak dan lepas itu terus shoot balik kampung. Dipendekan cerita, sedang duduk bersama keluarga ternampak salah seorang dari mereka sedang pegang hanphone terbaru Samsung Note 3. Dihati nak tanya berkenaan smart phone terbaru keluaran Samsung itu tapi hati belum bersedia nak berborak.

Sebelah petang itu baru mood berborak sudah mari.. Pasti ia bermula dengan Harga dan sampailah hati ini puas tahu mengenai infomasi peranti tersebut. Namun ada juga kisah yang tak ditanya namun tetap dikongsikan. Apa pun kisah ringkas ini hanya untuk pengajaran diri sendiri dan pembaca diluar sana. Untuk pengetahuan semua harga peranti Samsung Note 3 ini dibeli dengan harga RM2,499. Peranti ini dibeli sewaktu si penggunanya juga sedang memakai salah sebuah hanphone nokia diantara jenis model terbaru dan telah dijual semula (trade in)

samsung note 3

Secara luaran untuk memakai peranti secangih ini untuk semua orang adalah tiada masalah. Secara positifnya ia bagus, lebih mesra pengguna, lebih lancar, lebih pantas, lebih memmuaskan, boleh membantu kita untuk merapatkan jalinan silatulrahim bersama kawan-kawan atau saudara-mara dengan applikasi social yang boleh dipasang di telefon ini. Namun dari sudut kewangan ia agak sedikit masalah dari padangan peribadi. Mengapa?

Secara peribadi kita mesti tahu mengapa kita membeli? Selepas itu hal lain kita mesti tahu adakah harga peranti ini adalah mengikut kemampuan kita sama ada dari pendapatan bulanan mahupun tahunan. Tanpa ditanya si pembeli sendiri berkongsi pembelian peranti ini adalah dari gaji advance yang mana gaji bulan ini tidak diambil dan terpaksa ikat perut menunggu sehingga 25hb bulan depannya. Sewaktu kisah ini diceritakan oleh si pembeli ia bertarikh 15/10/2013. Apa yang diberitahu handphone ini dibeli pada awal bulan October. Ini bermakna untuk membeli peranti canggih ini si pembeli tadi terpaksa mengikat perut hampir  dua bulan gaji.

Persoalan mula muncul jauh di hati kecik ini.. Mengapa perlu ambil advance gaji? Mengapa tak guna duit simpanan jika mahu sangat nak beli? atau mengapa tak simpan sikit-sikit dan satu-satu soalan muncul.. tapi ia hanya muncul di hati tidak pun diluahkan untuk jaga hati si pembeli.

Namun secara rasional-nya kita boleh berfikir sendiri. Otak logik mula menjawab satu demi satu soalan tadi.. Dengan beli peranti menggunakan duit advance gaji sudah pasti si pembeli tidak mempunyai simpanan. Kedua si pembeli mungkin menggunakan pendekatan “TEKAD” jika tidak tekad sampai bila pun tidak akan dapat merasa.

Adakah ini Dikatakan “Biar Papa Asal Bergaya”

Kisah seperti ini menguatkan lagi hatiku bahawa hari ini orang lebih suka mengambil pendekatan “Biar Papa Asal Bergaya” Biar orang nampak senang wal hal kita terpaksa mengikat perut berbulan-bulan namun tidak pula sanggup di kritik kerana nampak tidak uptodate dengan gaya masa kini.

Mungkin ramai yang tak setuju dengan apa yang daku tulis ini. Tak Mengapa.. Tak perlu bantah.. teruskan saja apa yang kalian senang untuk lakukan.. Namun aku yang kini bukan yang dulu 🙂 lebih suka mengambil pendekatan “Down to earth” Biar nampak tak mewah.. tapi duit di bank tidak pernah kontang..biar nampak sempoi tapi duit di wallet tidak pernah menipis.. biar nampak tak stylo tapi duit tidak pernah putus untuk kita zakatkan.. biar nampak biasa tapi luar biasa kita boleh hulurkan kepada anak-anak yatim dan orang-orang yang memerlukan.

Ya,Betul itu wang tidak boleh bawa sampai mati. Tapi bila kita ditakdirkan suatu hari kita pergi menemui-NYA kita masih tinggalkan sedikit harta/wang untuk si pewaris dan kita mampu untuk mewariskan sebahagian harta kita sewaktu kita hidup agar infak-kan harta tersebut sebagai bekalan terakhir untuk kita bawa disana. Kita tidak bawa wang namun kita bawa manfaat dari wang yang kita hulurkan..

 

Moral Of Story : Nak beli apa pun belilah.. tapi cuba simpan dulu duit simpanan korang sekurang-kurangnya 6 bulan gaji. Lepas itu gasaklah korang nak beli apa. Ada rezki tambah biar ada setahun gaji lepas itu gasaklah korang nak beli apa lagi. Macam itukan lebih Smart. Tak perlu nak ikat perut.

 

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Izzat Eshak says:

    Ramai sebenarnya orang muda kurang ilmu asas kewangan.

    Di mana silap agaknya ye?
    Izzat Eshak recently posted…Lelongan Domain Dot My PremiumMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: