Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Kekejaman Basyar Assad : Aku Bantah.. Takbir!

June 19, 2013 0 Comments

boikot iran

Dari Wathilah bin al-Asqā’ berkata : Aku mendengar Rasulullah berkata kepada Huzaifah bin al-Yaman dan Mu’adz bin Jabal yang sedang meminta pendapat baginda tentang tempat tinggal.

Maka, baginda mengisyaratkan ke arah Syam. Mereka berdua kembali bertanya kepada baginda. (Dan) baginda mengisyaratkan ke arah Syam. Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

عَلَيْكُمْ بِالشَّامِ فَإنَّهَا صَفْوَةُ بِلَادِ اللهِ يَسْكُنُهَا خِيرَتُهُ مِنْ خَلْقِهِ.

“Beradalah kalian di Syam. Sesungguhnya ia merupakan negeri pilihan Allah, dihuni oleh makhluk pilihan-Nya”(Rujukan : Kitab Himāyah As-Syam al-Musamma Fadhāilu As-Syam karya Imam Baghdadiy)

Terus terang saya katakan, saya tidak pernah turun mana-mana perhimpunan politik, tidak pernah join mana-mana aktiviti perhimpuan dalam pembantahan mahupun perhimpunan galakan seperti perhimpunan belia dan lain-lain. Bukan tak pernah ambil tahu, tapi aktiviti saya lebih banyak menjurus kearah aktiviti bisnes saya . Namun apa yang terjadi di Syria mengenai kekejaman Basyar Assad dan apa yang saya dengar di television dan surat khabar di Malaysia yang jauh terpesong dari cerita sebenar menyebabkan saya off satu hari untuk turun support perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak NGO  iaitu Perhimpunan Hari Syria Sedunia. Bagi membantah tindakan kerajaan zalim Basyar Assad di kedutaan Syria di Kuala Lumpur.

Maaf saya agak segan dengan kerajaan Malaysia hari ini yang mengaku berlandaskan agama rasmi adalah Islam. Bukan saja tidak memberi sebarang bantuan malah cerita sebenar apa yang terjadi di Syria juga telah dipesongkan.

Apa yang diberitahu di media  hari ini di Malaysia iaitu orang yang dibunuh, diseksa, dirogol, ditindas, dizalimi, dikecam itu digelar pemberontak. Tetapi yang menzalimi dan yang menindas itu digelar orang yang benar. 🙁 Jika tidak mahu support sekalipun cubalah bertindak jujur untuk sampaikan perkara yang benar.

Hari ini kita dapat lihat sendiri betapa pentingnya  peranan media bagi digunakan untuk menyatukan ummah atau digunakan media tersebut untuk menghancurkannya.

Untuk dapatkan maklumat sebenar mengenai apa yang terjadi di syria mungkin ada boleh like page ini & ini

P/S : Panjangan doa setiap kali selepas solat untuk mereka agar dilindungi dan kemenganan pembebasan Syria di pihak yang benar. Menitis air mata melihat si comel dibunuh.. Korang ikutilah sendiri dari page yang saya kongiskan tadi.

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: