Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Abah Balik Dulu Yer..

August 8, 2013 2 Comments

Masih lagi teringang-ngiang ditelinga, kali terakhir berborak dengan abah di laman rumah. Waktu itu jam menunjukan pukul 3.45 petang. Aku yang sibuk dari pagi tak keluar rumah menguruskan kerja di hadapan laptop. Tiba-tiba terdengar bunyi motor depan rumah. Isteri bagi tahu yang abah datang rumah.. Aku yang dah diberitahu terus menganggukan kepala dan cuba menamatkan kerja secepat mungkin. Si Isteri sekali lagi beritahu supaya kerja diberhentikan secepat mungkin dan pergi tengok abah aku di depan rumah. Dengan segara aku terus tutup laptop dan keluar ke depan rumah.

Depan pintu aku tengok abah sedang potong rumput di laman  rumah, lantas aku pergi kat dia.. dan bertanya.. Asal abah potong rumput ini tengah-tengah panas (Sebenarnya hari itu tak lah berapa panas cuma redup-redup saja) . Dia menjawab abah nak buat kerja sikit biar berpeluh sebab abah dua ke tiga hari ini sakit dada dan muntah-muntah.. tiba-tiba aku rasa risau.. lepas berborok sikit mengenai sakit dia aku pun bagi tahu kat dia.. apa kata esok kita pergi klinik buat check-up. Dia kata ok dan setuju.. Petang tuh.. aku tolong abah kemas laman.. dah kebiasaan abah suka datang rumah anak-anak dia bersihkan laman. Kami juga bualkan mengenai perancangan balik raya dan macam-macam lagi hal penting yang abah suruh aku settelkan..

Tak lama.. dari itu.. Dengar suara azan Asar… Abah ajak sekali jemaah ke Masjid.. macam biasa abah akan bawak motor dan aku duduk di belakang tapi hari itu pelik.. Tak penah-penah abah offer aku suruh bawak motor dan dia pulak nak duduk sebagai pembonceng.. tapi aku menolak.. aku suruh juga abah yang bawak dan abah pun terus duduk dan bawak macam biasa..

Tak sampai 5 saat atas motor.. aku terditik nak tanya abah.. Abah.. rambut abah ni dah panjang.. abah nak potong tak.. Aku bagi tahu yang aku baru jer beli mesin potong rambut.. abah tak cakap nak.. abah diam jer sambil bawa motor ke masjid.. Petang itu aku rasa sayu dan tenang jer nak pergi solat..

Selesai solat asar… kita orang pun balik.. atas motor masih lagi berbual pelbagai perkara yang aku rasakan ia adalah penting. Sampai umah si kembar menangis-nangis nak keluar melihat si atok datang rumah… Ia juga sudah menjadi kebiasaan si kembar melalak dan meronta nak dapatkan atoknya bila atok datang rumah.. Namun atok menolak dengan berkata.. korang tunggu kejap atok nak potong rambut… Aku terkejut abah serius betul nak potong… aku ingatkan tak jadi.. aku pun pergi ke dalam rumah dapatkan mesin potong rambut tuh…  Bila keluar jer.. lihat abah dah bukak baju..dan duduk atas kerusi..

Tanpa belengah aku pun pasang mesin dan potong rambut abah.. Aku potong pendek sampai abah bergurau… ” Ko potong macam orang nak pergi umrah” sambil tersenyum. Habis potong… kita orang sempat berborak pasal kereta… pasal rumah dan macam-macam hal lagi.. habis semua tuh… abah pun amik si kembar… kita orang nak berempat.. abang duduk depan dan si adik duduk belakang dengan aku.. Sungguh petang ahad tuh angin cukup redup dan angin sepoi-sepoi.. Abah bawak motor ke kawasan perumahan baru.. dulu masa aku baru pindah situ aku pernah jalan-jalan kat situ dengan abah berdua.. tapi pelik.. hari tuh abah nak masuk lagi kawasan rumah baru tuh.. sambil-sambil tuh.. aku dan abah sibuk bercerita pasal rumah..

Habis pusing.. abah terus pusing balik ke rumah aku.. park motor dan abah pun masuk rumah.. tapi abah tak duduk.. aku amik hanphone dan tengok jam dah 6.30 ptg.. pelik.. tak pernah abah balik lewat macam ini dalam hati aku.. selalu waktu-waktu macam ini abah tengah sibuk nak siap-siap ke masjid.. Aku pelawa abah buka sekali tapi abah tolak.. sebab aku dah tahu abah memang sangat komited solat berjemaah.. jadi dia lebih selesa buka di surau dan solat terus berjemaah disana.

Tengah sibuk aku tengok hanphone.. aku tengok abah dah tak ada..Aik pelik pulak.. aku tanya si isteri mana abah? katanya dah bawak si abang keluar naik motor.. Aku pun terus amik motor aku dan bawak si adik naik motor sekali.. Tengah bawak aku jumpa abah tengah bawak si abang jalan-jalan.. dalam hati aku kenapa abah tak balik lagi waktu-waktu macam ini.. Aku terus bawak dan abah ikut pusing belakang motor aku…

Sekali lagi.. kita orang masuk di kawasan shop lot baru.. sempat kita orang berhenti sekejap dan berborak pasal tempat baru tuh.. Lepas tengok-tengok.. kita orang terus beransur balik rumah aku sekali lagi.. Sebabkan dahpukul 7 dan waktuh berbuka pun dah nak dekat.. sekali lagi aku ajak abah berbuka saja kat sini… walaupun Petang tuh aku aku belum ada apa-apa lagi untuk juadah berbuka..

Abah tetap menolak.. abah cakap abah nak buka kat surau.. abah tak ada baju elok nak solat.. memang aku faham sangat abah kalau nak solat mesti nak pakai cantik-cantik.. jarang abah pergi solat pakai baju biasa kecuali dah tak ada pilihan.. selagi boleh mesti dia nak pakai yang sehabis baik..  Hari tuh memang dia hanya pakai baju pagoda.

Sebelum nak balik… sambil abah pakai helmet dan terus keluarkan motor nak balik..  abah bagi tahu ada benda bocor kat bahagian motor sebab minyak petrol mengalir keluar.. abah bagi tahu motor ni dah service pun jadi macam ini.. habis borak.. aku pun salam abah… aku tersentak tiba-tiba abah nak peluk aku.. oleh sebab aku terkejut.. jadi abah pun terkejut.. jadi tak jadi abah nak peluk… dalam hati kecik aku berkata.. tak pernah pulak abah nak peluk asal tiba-tiba ini.. atas motor.. abah cakap… alip.. abah balik dulu yer.. aku menjawab.. yer.. sekali lagi abah bagi tahu.. abah balik yer.. aku jawab ok.. dan kali terakhir abah bagi tahu… abah balik ni… dan aku anggukan kepala.. Ntah kenapa petang tuh.. aku nak tengok abah sampai hilang dari pandangan..

Hilang saja abah dari pandangan… aku pun masuk dalam dengan penuh rasa tidak sedap hati… aku bagi tau si isteri yang abah tak sihat.. Lepas tuh aku terus bergegas keluar semula untuk beli jauadah berbuka di bazar…

Malam itu balik tarawih.. aku mengaji dan buat kerja yang tertangguh petang tadi.. buat kerja dalam gelisah dan tak sedap hati. Aku ada bukak satu iklan mengenai bapa dan anak.. tak semena-mena.. air mata aku mengalir keluar.. Setahu aku ini bukan kali pertama aku tengok video ini tapi ntah kenapa malam ini pulak yang aku rasa sedih sangat… Tak habis pun aku buat kerja.. terus aku amik kepetusan untuk lelapkan mata.. sebelum aku tidur.. Aku berdoa lagi seperti mana aku doa lepas terawih tadi…. Doa khas untuk abah Supaya kesihatannya sihat seperti biasa semula… Dan aku terus terlelap..

Esok jam 4.20 pagi.. aku dapat panggilan dari emak yang mengatakan  abah telah meninggal di Masjid sewaktu sesi Qiamullai dijalankan.. Luluhnya hati aku hanya Allah saja yang tahu… Aku terasa seperti mimpi… Betul ke semua ini… Baru petang tadi aku potong rambut abah… baru petang tadi aku berbual dengan abah… rupa-rupanya itulah kali terakhir untuk aku menikmati pergi ke masjid dan berjemaah dengan abah… itulah kali terakhir aku dapat potong rambut abah.. Patutlah abah nak peluk sebelum dia kembali.. patulah abah bagi tahu sampai 3 kali bila mana dia nak balik..

Sedihnya sukar untuk aku gambarkan… namun perginya abah adalah dalam keadaan paling cantik… Perginya abah seperti ia sudah tahu akan panggilan ilahi ini.. Abah kembali dalam keadaan berwuduk, di dalam masjid, sedang bersolat (tahajjud ketika itu), di bulan Ramadhan, 10 malam ramadhan terakhir ( ramadhan ke 20 malam ke 21). Aku pula digerakan hati 05 hari sebelum Ramadhan untuk pergi ke Kursus Jenazah. Maka berpeluang untuk sama-sama berikan penghormatan terakhir kepada abah.. aku dapat sama untuk memandikan, mengkafankan, mengimamkan hinggalah proses ke liang lahad..

Kini aku telah hilang seorang abah yang paling aku cintai.. abah yang juga seorang kawan sepermainan aku waktu kecik, tempat aku melindung ketika aku di buli waktu kecik dulu.. Abah yang sentiasa memberikan galakan dalam sukan yang aku minati.. abah yang mengajar aku erti kehidupan.. abah yang mengajar aku skill berenang… abah yang mengajar erti kesabaran.. abah yang sebagai penasihat dalam perniagaan… abah yang sedia mendengar luahan dan kepayahan.. abah yang seperti seorang kawan baik aku.. abah yang sedia membantu aku dalam apa jua keadaan.. abah yang mengambil berat mengenai aku walaupun aku dah besar panjang dan dah berumah tangga.. Abah yang pandai bergurau dan berjenaka..

Ya Allah.. Sedihnya.. hati aku ini.. namun aku pasti ko lebih menyayangi abahku yang mishali ini. Ya Allah.. Ampunkan dosa-dosa abahku ini kerana dia seorang yang baik Ya Allah.. Tempatkan dia di syurga tebaikmu Ya Allah… Tempatkan dia bersama orang-orang beriman dan orang orang solih.. Jauh dan peliharanya dari azab kubur dan seksaan api neraka..

Semoga roh mu dicucuri Rahmat-Nya Abah..

Hari ini aku beraya tanpa abah tercinta.. Semua hanya tinggal kenangan… akan aku ingat kamu abah dalam setiap perilaku dan ibadahku..

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Semua….

P/S : maaf.. sekiranya ada yang tidak selesa saya menukar saya kepada aku.. ini adalah luahan spontan yang datang terus dari hati..

P/S: mungkin juga post kali ini banyak typo.. setiap ayat yang keluar adalah spontan dan tidak diedit.. maaf sekiranya untuk difahami.. post kali ini hanya untuk tatapan sendiri…

abah saya {halif saat} -3

abah saya {halif saat} -4

abah saya {halif saat} -2

abah saya {halif saat} -5

abah saya {halif saat} -7

abah saya {halif saat} -6

abah saya {halif saat} -8

abah saya {halif saat} -9

abah saya {halif saat} -11

abah saya {halif saat} -10

abah saya {halif saat} -1

Filed in: Peribadi

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Izzat Eshak says:

    Takziah sekali lagi bro. Semoga beliau dipermudahkan segala urusan di sana, dan mendapat balasan syurga, insyaAllah amin. Al-fatihah.

    Teruskan cekal menghadapi dugaan ini bro.
    Dan berterima kasih dapat dipinjamkan ‘ayah’ ini daripada Allah.
    Segala yang baik datangnya dari Dia, dan kepada Dia juga kita kembali.
    Izzat Eshak recently posted…Mood raya. Alexa ranking jatuh menjunamMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: