Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Sistem Login Untuk Website Baru

July 29, 2012 0 Comments

Agak lama jugak saya tidak update blog ini. Sibuk fokus menjalankan perniagaan dan rutin harian sebagai seorang bapa. Oh! ya sebelum itu mungkin masih belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa Di Ramadhan Yang Mubarak ini. Semoga ibadah puasa anda berjalan dengan lancar dan kita tergolong orang-orang beriman.

form login 3

Sebulan dua ini saya agak sibuk dengan projek menaik taraf website jualan sedia ada serta menambah lagi web jualan. Bercerita mengenai web mungkin ramai yang pernah terjumpa website web jualan yang perlu register atau login terlebih dahulu sebelum pelanggan atau pelawat boleh membuat tempahan. Dari aspek pemasaran dan mencari pelanggan yeng berpotensi tinggi untuk membeli produk kita secara online bagi pasaran Malaysia, budaya menggunakan sistem login dan register adalah amat tidak disukai pembeli. Mengikut kes study saya sendiri.Kebarangkalian pengunjung yang masuk ke web jualan yang perlu daftar masuk atau login tidak akan membeli sekiranya mereka terjumpa produk yang sama atau perkhidmatan yang sama di website pesaing anda.

sistem login

Mereka berpendapat sistem login adalah satu sistem bukan memudahkan tetapi menyukarkan dan itu sebab mengapa web yang tidak menggunakan sistem login di Malaysia adalah 3 kali lebih hebat menarik pelanggan berbanding web yang menggunakan sistem daftar masuk.

Saya berpendapat sistem login atau daftar masuk adalah hanya sesuai diguna pakai sewaktu produk sudah popular, unik dan sukar dijumpai dalam bahasa lainnya kurang pesaing. Jadi sekiranya anda sedang atau dalam perancangan membangunkan sebuah laman web elakan dari menggunakan sistem login. Semoga sedikit ilmu akan membantu anda membuat lebih baik lagi. Salam Ramadhan.

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: