Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Tiga Cara Mudah Hasilkan Produk Digital

January 10, 2013 0 Comments

Sedang semak-semak post tiba-tiba baru saya perasan ada satu post yang ini tidak di publish. Wal hal saya dah set auto publish. Musykil juga jadi macam ini. Jadi terpaksa edit kembali sikit. Sebenarnya saya buat post ini sewaktu di menunggu fligt terbang dari Aiport  incheon ke Jeju Island. Bosan menunggu jadi mengambil kesempatan mengambil tajuk-tajuk yang ringan untuk di kongsi besama. Sebelum itu mari lihat balik apa yang sempat saya lawati sewaktu disana.

perniagaan internet tanpa had

 Sewaktu di Seoul Tower

Sewaktu di Jeju Island

Sewaktu di Jeju Island

Bersama Rakan Bisnes & Rakan Baik Saya Tuan Hafizi Zain

Bersama Rakan Bisnes & Merangkap Rakan Baik Saya Tuan Hafizi Zain

Ok,Berbalik kepada tajuk diatas. Sebenarnya untuk menghasilkan produk digital dan lebih-lebih lagi produk jenis ebook adalah bukan perkara yang yang terlalu sukar. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada niche yang anda ingin ceburi. Jika ia terlalu teknikel sememangnya memerlukan masa dan sumber informasi yang secukupnya. tetapi sekiranya sebaliknya kita hanya perlu fokus 100%. Dengan teknik mudah ini saya telah berjaya menghasilkan produk info pertama saya. Tempoh yang diguna pakai adalah selama 7 hari sewaktu bercuti ke Korea tempoh hari.

#1- Hasilkan info yang anda tahu atau minat

Buat lah perkara yang anda minat bercerita. Dan bercerita dalam bentuk menulis dan selepas itu tukarkan dalam bentuk ebook. Sebagai contoh kita sangat suka bermain dengan kamera DSLR dan segala jenis camera kita tahu. Walaupun kita tidak tahu mengambil gambar seperti mana pakar tapi sudah cukup kita tahu jenis kamera yang sesuai untuk di pakai oleh newbie malah kita juga boleh recommend kepada newbie mengikut baget yang mereka kehendaki. Target untuk orang yang kita hendak jual juga sudah semestinya adalah newbie.

#2-Buat ebook dari orang yang pakar disekelliling kita

Mungkin ada rakan kawan yang memang pakar dalam apa jua bidang. Sebarang contoh abang kita hebat dalam loan persoalan,bisnes,rumah atau apa jua jenis loan. Hebatnya beliau sehingga beliau boleh bercerita mengenai bagaiamana seseorang itu boleh gagal dalam mendapat loan. Jadi ambil kesempatan  interview beliau dan dapatkan maklumat lebih mendalam. Selepas itu, Olah kembali dengan cara lebih tersusun dan menarik. Dan apa lagi tukarkan dalam bentuk ebook dan jual 🙂

#3-Jual Idea

Ini lagi mudah,mungkin sebelum ini ada mempunya strategik atau idea yang tersimpan rapi yang tidak dapat direalisasikan. Jadi apa kata keluarkan idea ini dengan jadikan ia sebentuk report atau ebook. Susun dan dapatkan lebih banyak info mengenai idea tersebut. Selain boleh buat banyak duit kemungkinan besar anda telah membantu lebih ramai orang.

Buatlah dulu yang mudah ini. Lain kali saya cerita bagaimana buat produk dengan lebih advance 🙂

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: