Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Pra Pelancaran- Mengapa Penting Dalam Sebuah Perniagaan

May 7, 2012 0 Comments

Pre Launching 2

Mungkin setengah usahwan beranggapan  pre launching atau Pra Pelancaran ini adalah temeh dan tidak memberi impak kepada perniagaan kita. Persoalannya adakah kita telah cuba cabang bagi teknik pemasaran ini? Jika jawapannya adalah belum maka buka kembali pintu minda kita itu.

Teknik ini adalah untuk meningkatkan keterujaan pembeli dan membuatkan pembeli sentiasa terfikir-fikir mengenai produk tersebut.

Teknik ini saya terlintas sewaktu saya hendak tengok movie di wayang. Sebelum movie start maka kita seolah-olah dipaksa untuk melihat sedikit teaser movie yang akan ditayangkan. Sudah semestinya teaser itu mengambil kombinasi part paling menarik didalam cerita tersebut. Ini membuatkan siapa yang melihat akan terasa untuk pergi menonton cerita tersebut dek kerana teaser yang ditontonkan adalah sangat menarik perhatian. (Saya pasti perkara yang sama berlaku kepada anda juga). Wal hal bila sudah tengok kadang-kadang cerita tersebut adalah biasa-biasa sahaja.  Apa yang penting disini bukan mengenai cerita atau kisah filem itu tetapi bagaimana  producer filem terbabit telah berjaya menarik wang kita keluar untuk pergi menonton cerita beliau 🙂

Selepas habis menonton movie tersebut kita akan keluar dan pada masa ini baru kita akan perasan yang  merchandise movie terbabit sedang hangat di promosikan dibahagian counter atau di mana-mana bahagian orang lalu lalang disekitar panggung wayang tersebut.

Menurut kajian startegik ini jika digunakan sebaiknya akan meningkatkan jualan sebanyak 20-30 peratus sewaktu produk ini mula dipasarkan. Tiada kajian yang tepat berapa lama pre launching yang sesuai kerana ia mengikut jenis produk dan perkhidmatan yang ingin ditawarkan.

Lihat saja baru-baru ini Proton telah mengeluarkan edisi baru Iaitu Proton Preve. pelbagai medium pengiklanan digunakan sewaktu pre launching. Ia semata-mata ingin menarik minat penyokong atau pembeli.

Asas kepada teknik ini sebenarnya adalah untuk membuat pembeli rasa teruja,terfikir-fikir mengenai produk tersebut,tidak sabar-sabar membeli. Jika syarikat besar menggunakan teknik ini mengapa tidak kita. Jika kena dengan cara dan kos kita juga mampu untuk menggunakan teknik pre launch ini. Cuba fikrikan bagaimana teknik ini boleh membantu anda meningkatkan jualan.

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: