Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

#8 Prinsip Pemasaran Yang Akan Meledakan Jualan “Online” atau “Offline” anda

January 2, 2013 0 Comments

Waktu post ini dibuat saya sedang di awan biru terbang dari Kuala Lumpur ke Jogjakarta atas urusan perniagaan produk fizikal yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Sudah menjadi kebiasaan setiap kali atas flight di awan biru saya mengambil kesempatan untuk terus berkongsi ilmu atau menyedut ilmu dari pelbagai medium seperti ezin mahupun buku fizikal.

Prinsip Pemasaran

Seronok juga berada di Jogjakarta melihat dan merasai sendiri mendaki kaki gunung merapi yang mana telah mengorbankan ratusan hingga ribuan orang sewaktu meletus pada tahun 2010 yang lepas. Serta melihat sendiri tempat kesesatan manusia di candi borobudur.  Semua ini sambil-sambil saja sebab ada misi lebih penting.

Prinsip Pemasaran

Ok berbalik kepada tajuk iaitu Prinsip Pemasaran yang boleh meledakan Jualan anda. Dalam dunia pemasaran mempunyai prinsip dan resepi tersendiri agar jualan kita sentiasa laris. Prinsip ini tidak kira apa jua medium yang kita guna sama ada online mahupun offline. Jika kita applikasi dan amalkan pasti ledakan jualan yang akan kita terima. Inilah juga prinsip yang saya guna setiap kali saya bercadang untuk membuat pemasaran.

#1-Cari apa yang pelanggan mahukan dan berikan kepada mereka.

Dalam pemasaran ramai yang membuat kesilapan bahawa seorang usahawan itu beranggapan tahu akan apa pelanggan mereka mahukan tanpa ada sebarang penyelidikan yang dilakuan. Anggapan ini hanya memenat dan membazirkan masa kerana ia hanya satu anggapan dan bukan statistik sebenar. Jadi lakukan sedikit kaji selidik. Tempat terbaik untuk membuat kaji selidik adalah bertanyakan kepada mereka sendiri. Ia boleh dilakukan di Online forum ataupun di social group seperti facebook group. Lebih detail maklumat yang diterima lebih mudah keje pemasaran akan dilakukan.

#2-Berkata kepada mereka hal yang besar dan selesaikan

Dalam dunia sebenar seseorang itu tidak membeli produk/servis oleh kerana barang atau hal tersebut tetapi adalah bagaimana produk atau servis itu dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Sebagai contoh Ali tidak membeli pelocok secara suka suka  tetapi dia membeli oleh kerana pelocok itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapai iaitu sinki rumahnya tersumbat. Contoh yang lain Erma membeli Van adalah untuk membantu menyelesaikan masalah membawa ahli keluarganya yang ramai. Jelas bukan? Jadi sekiranya anda menjual produk kesihatan maka highlight-kan masalah yang di hadapi oleh pelanggan kemudian berikan penyelesaian bagaimana produk anda boleh membantu mereka. Pelanggan akan lebih jelas mengapa mereka perlu membeli produk tersebut.

#3-Buktikan kata-kata anda &  Hindari “Hype”

Ramai orang membuat pemasaran dengan menjanjikan kata-kata manis agar dapat menarik hati pelanggan tetapi sebenarnya ia adalah janji kosong (seperti lagu najwa latif “Kosong..Kosong..:) Elakan perkara ini berlaku jika anda hendak kekal lama dalam dunia pemasaran dan perniagaan. Fokus dengan apa yang anda war-warkan.. beri & tunaikan apa yang anda telah janjikan. Pasti mereka menyayangi anda. Bak kata David Ogivly.”The customer is Not Stupid,She’s your wife 🙂 Looove u customers..

#4-Gunakan Headline “Super Power”

Dalam seharian bermula mata kita celik dari tido hingga hendak tido kembali kita terdedah dengan 3,000 jenis iklan secara purata. Jadi tanpa headline yang super power iklan anda sukar untuk menebus dan melekat di fikiran pelanggan .  Jadi cuba fikirkan keunikan identiti tersendiri untuk menarik pelanggan. Hari ini ramai mengatakan kejayaan akbar Metro Harian bukan kerana isinya tetapi kerana Tajuk Muka depan akbar tersebut 🙂

#5-Berikan Tips Secara Percuma

Tidak kira ape jenis perniagaan yang anda jalankan cuba berikan pelanggan anda tips secara percuma dan mereka akan taat setia membeli dari anda sampai bila-bila. Sebagai contoh anda menjual barangan untuk memancing. Buatkan dalam bentuk fizikan mahupun digital seperti DVD atau CD “Tips Strategik Memenangi Pertandingan Memancing”. Jika boleh berikan tips paling maut yang mana jika dibuat pasti mendapat hasil. Katakan kepada beliau Tips ini diluar tidak akan dijual dan sekiranya dijual harganya pasti bernilai ribuan ringgit. “The More You Give,The More You Get”

Saya nak berehat dulu. Cik Pramugari Airasia ni dah hantar makanan saya. Prinsip #6 hingga #8 akan disambung pada post seterusnya:)

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: