Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Strategik Harga Pasaraya

March 6, 2012 0 Comments

Ok kali ini saya nak berkongsi dengan anda bagaimana strategik harga yang dimainkan oleh pasaraya besar seperti TESCO,GIANT, ECONSAVE, MYDIN, CARREFOUR dan pelabagai lagi pasaraya-pasaraya besar yang terus naik bagai cendawan tumbuh.

Sebenarnya mereka mempunya strategik pemasaran harga mereka tersendiri yang telah pun disusun rapi dalam menarik pelanggan agar datang membeli di pasaraya mereka . Saya pasti info promosi akan dihantar  terus kerumah sama ada flyer atau tabloid pasaraya yang berdekatan dengan kediaman anda. Ada juga pasaraya yang menghantar pada mereka yang hanya menyertai ahli kelab yang ditubuhkan pasaraya saja. Ada juga yang pernah saya nampak mereka bekerja sama dengan bank tempatan dalam menghantar promosi. Apa pun cara yang penting info promosi harga runtuh itu sampai ke tangan anda 🙂

Strategik Rugi sini Untung sana!

Sebenarnya pihak pemasaran pasaraya telah mengkaji setiap barangan yang di label harga runtuh adalah barangan tarikan untuk orang datang ke tempat mereka. Kebanyakan daripada mereka selalunya menggunakan strategik ini dibahagian barangan keperluan. Sebagai contoh, Jika anda datang ke pasaraya untuk membeli bawang,cili kering atau asam keping sudah semestinya anda datang kesitu bukan semata-mata barangan ini  (jika benar pasti anda sebenarnya sedang membuang masa dan minyak!). Maka kebarangkalian adalah tinggi untuk anda beli barangan yang lain dan berkaitan sebagai contoh barangan lain adalah tepung,ikan bilis,telur,sayur,sotong,udang dan lain-lain. Oleh itu,Barang berkaitan yang lain adalah barangan keuntungan mereka dan barangan tarikan tadi mungkin ada keuntungan tetapi sedikit atau mungkin tiada langsung keuntungan.

Strategik untung pada belian seterusnya!

Strategik ini adalah untuk menarik atau mendapatkan pelanggan baru untuk membeli-belah di pasaraya mereka. . Strategik ini selalunya bila mana sebuah pasaraya baru saja dibuka. Mereka cuba sedaya upaya menarik seberapa banyak pelanggan baru untuk menangkap anda masuk ke dalam pelanggan jangka masa panjang. Mereka tahu pembelian pertama bukanlah pembelian untuk mengejar keuntungan tetapi keuntungan datang pada pembelian seterusnya. Pasaranya menawarkan paling banyak keperluan harian dan sudah pasti keperluan harian serperti makanan akan kehabisan dan anda perlu membelinya lagi. Bila mana pengurus jualan mereka nampak anda datang kali yang seterusnya telah membuatkan mereka senyum tanda sebahagian strategik mereka telah berjaya =)

Jadi,cuba kita aplikasi bagaimana teknik strategik harga ini boleh digunakan dalam perniagaan internet. Mungkin sekiranya anda menjual barangan baby stuff anda boleh buat teknik pertama dengan berikan harga runtuh pada produk botol susu tetapi keuntungan adalah datang dari stroller atau pakaian baby. Produk botol susu tadi hanya tarikan agar orang terus datang ke website anda. Mungkin juga boleh difikirkan dengan cara lain lagi agar besesuai.

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: