Subscribe via RSS Feed Connect on Google Plus

Perniagaan Internet

February 16, 2012 2 Comments

Perniagaan Internet

Saya pasti ramai yang masih belum berjaya membuat duit dengan perniagaan internet. Malah lebih menyedihkan lebih ramai yang telah melaburkan duit tetapi masih belum dapat pulangan dari modal pelaburan yang diperuntukan seperti menyertai seminar,membeli ebook,vidoe,vcd atau audio.

Hari ini,apa yang saya lihat ramai orang yang tersalah sangka apakah maksud perniagaan internet yang sebenar. Perniagaan itu sendiri telah membuktikan ia terlalu luas dan menyeluruh dan internet itu hanyalah medium untuk digunakan sebagai tempat mempromosi,pengiklanan dan seangkatan dengannya. Jika ada mereka yang masih beranggapan bahawa perniagaan internet itu hanyalah berasaskan produk digital saja maka sedarlah anda telah memasukan diri sendiri dibawah tempurung atau boleh juga dikatakan satu sekatan minda yang amat merugikan untuk seorang yang digelar usahawan.

Perniagaan Internet

Teringat pada awal pembabitan dalam dunia perniagaan internet,saya sememangnya zero dan tidak tahu langsung apa itu perniagaan internet. Jika diikut zaman, saya rasa saya mungkin agak lewat menceburikan diri dalam dunia perniagaan internet. Disaat Internet Marketer atau Internet entrepreneur yang lain sudah sampai ke puncak membina empayar perniagaan menerusi internet saya baru saja hendak kenal apa itu perniagaan internet. Oh! kesian sungguh.Terkial-kial belajar itu dan ini.

Oleh kerana,saya sudah lali dengan kehidupan seorang usahawan dalam dunia yang lebih mencabar maka menceburi dunia perniagaan internet adalah tidak jauh beza.Pucuk pangkal balik kepada kita semula sama ada kita tahu apa yang kita lakukan dan kita tahu apa yang kita mahukan.

Masa itu adalah mata pedang yang tajam-Pepatah arab

Saya memperuntukan masa malam dan siang yang mana sehari mengambil masa sehingga 14 hingga 17 jam sehari untuk mempelajari dan menguasai teknik pemasaran di internet.Hasil penat lelah tersebut adalah tersangat berbaloi. Saya mencipta jualan beribu-ribu ringgit di Internet malah ada juga jualan tahunan mencecah ratusan ribu ringgit iaitu pada tahun 2011.

Esok adalah hari jadi saya yang ke 27 tahun. Maka saya juga mempunyai Azam baru dalam industri ini. Saya akan meluaskan lagi empayar perniagaan internet saya. Saya percaya usaha berseorangan adalah satu kerja yang sangat memakan masa dan melambatkan. Kerana Rasullah s.a.w juga tidak berdakwah menyebarkan Islam itu bersendirian tetapi ia digerakan oleh sebuah pasukan yang hebat. Oleh demikian saya juga telah membina pasukan saya tersendiri untuk mengempur cabaran dunia perniagaan internet. Syarikat juga telah di daftarkan domain syarikat juga telah dibeli .Kami akan duduk dibawah satu naungan bersama-sama untuk menjayakan misi dan visi syarikat.

Dari Mimpi Ke Realiti

Empat tahun yang lalu membuat pendapatan dari perniagaan internet hanya mimpi indah. Tetapi dari mimpi telah direalitikan oleh diri sendiri. Betapa puasnya diri tidak dapat di gambarkan. Alhamdulillah. Semoga diusia matang ini akan lebih mencapai kejayaan yang lebih banyak.

About the Author:

Perkenalkan, Saya Halif Saat. Seorang TravelPrenuer, InternetPreneur, Blogger dan penerbit ebook dalam Industri Travel & Internet Marketing. Mempunyai pengalaman dalam industri travel sekitar hanya 10 tahun dan merasai kerja berlainan posisi seperti Trainer, Tour leader, Tour Coordinator, Mutawif (umrah), Travel Consultant, Sales dan juga Marketing.

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Fakha says:

    Assalamualaikum Tn.

    infor yang sangat bagus,semoga usaha Tn ini akan mendapat keberkatan dariNya.aminnn……………..

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: